OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Satu lagi tahun yang hebat dengan OctaFX

Selamat Tahun Baru kepada semua pelanggan OctaFX yang meraikan Tahun Baru di seluruh dunia! Kami harap anda meluangkan masa cuti anda bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana perayaan!

Sempena tahun 2019 yang bakal menjelang, OctaFX mempersembahkan ringkasan tahunan bagi inovasi syarikat paling hebat yang dilancarkan pada tahun 2018 ini! Pasukan kami bekerja 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk menyediakan pengalaman dagangan yang hebat untuk anda dan berikut ialah senarai ciri baru yang kami perkenalkan dengan tujuan yang tepat:

OctaFX Copytrading

Aplikasi Copytrading

Aplikasi Dagangan OctaFX

Program Master IB dan Jemput Rakan

OctaFX Copytrading telah diperkenalkan! Kini anda boleh berdagang seperti profesional dan menyalin dagangan daripada Pakar, atau anda boleh menjadi Pakar dan mendapat komisen daripada Penyalin anda.

Kami juga membangunkan Aplikasi Copytrading untuk Android bagi menyalin dagangan di mana-mana sahaja anda berada.

Aplikasi Dagangan OctaFX telah dilancarkan pada Android dengan antara muka intuitif untuk berdagang di mana-mana sahaja. Aplikasi ini boleh didapati dalam sembilan bahasa dan diberikan penarafan yang tinggi di Google Play.

Kami telah memperkenalkan program Master IB baru. Program ini menggalakkan rakan kongsi kami yang paling berpengaruh untuk menarik IB lain dan pelanggan mereka kepada perkhidmatan kami. Kami juga menambah program Jemput Rakan iaitu program yang pelanggan menerima komisen daripada rakan-rakan mereka yang mendaftar menggunakan pautan mereka.

Pertandingan dan tawaran:

Supercharged 2

Kami melancarkan pertandingan sepanjang tahun yang baru - Supercharged 2 - melalui pertandingan ini anda berpeluang memenangi kereta yang hebat dan bergaya, telefon pintar dan jam pintar atasan.

Pertandingan cTrader Weekly

Pada tahun ini pelanggan kami bersaing dalam 21 Pusingan pertandingan cTrader Weekly dengan USD 8,400 dikongsi antara pemenang pada tahun ini! Selain itu, pada tahun ini kami meraikan pusingan pertandingan ke-100 dengan dana hadiah berganda!

Pertandingan OctaFX Champion

10 pusingan pertandingan OctaFX Champion dilangsungkan dengan USD 10,000 dikongsi antara para pemenang pada tahun ini! Kami mengucapkan kepada para pedagang pertandingan semoga berjaya dan mencapai lebih banyak kemenangan pada tahun depan!

Pertandingan IB

Pencalonan IB dalam pertandingan Supercharged telah dilancarkan. Pada setiap suku tahun, kami menghadiahkan satu daripada empat kereta Honda Jazz baru dengan konfigurasi kenderaan RS CVT kepada IB.

Tawaran khas tempatan:

Bank tempatan di Vietnam dan Nigeria

Kami menambah deposit bank tempatan di Vietnam dan Nigeria.

Bahasa Vietnam dan Urdu ditambah ke laman web

Laman web kami kini dikendalikan dalam 12 bahasa!

Tiada swap dan komisen di Pakistan dan Bangladesh

Kami membatalkan semua komisen dan bayaran pada akaun Mikro MT4 dan Pro MT5 untuk pedagang dari Pakistan dan Bangladesh.

Sambutan Diwali

Kami meraikan Diwali bersama pelanggan India dan mengumumkan banyak tawaran perayaan.

 

Sambutan Ramadan

Kami meraikan Bulan Ramadan yang Mulia dan mengumumkan tawaran yang hebat untuk meraikannya.

Program Berdagang dan Menang

Lebih daripada 10,000 hadiah telah dihantar secara keseluruhannya dari tarikh bermulanya promosi Berdagang dan Menang! Kami sangat teruja untuk melihat seramai 1,004 orang dari Indonesia, Thailand, India dan Malaysia menikmati aktiviti berdagang di platform kami dan menerima hadiah kerana melakukannya.

Kadar pertukaran tetap untuk rupiah/ringgit/rupee


Kami melaksanakan kadar tetap untuk Ringgit Malaysia, Rupiah Indonesia dan Rupee India untuk deposit dan pengeluaran.

USD 1 = 3 ringgit

USD 1 = 10000 rupiah

USD 1 = 55 rupee

 

Aktiviti Amal:

Bali Sports Foundation di Bali

Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Malaysia

SOS Children's Villages Pakistan di Pakistan

Membantu mangsa gempa bumi di Lombok

Kami meraikan Ramadan dengan tawaran hebat dan menderma sebanyak USD 16,000 kepada badan amal dengan bantuan para pedagang kami yang berdagang pada bulan Ramadan dan kami mendermakan dana daripada setiap lot yang didagangkan. Kami juga dapat membantu organisasi amal seperti Bali Sports Foundation di Bali, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Malaysia dan SOS Children's Villages Pakistan di Pakistan. Kami juga mendermakan dana untuk membantu mangsa gempa bumi di Lombok.

OctaFX mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda! Kami harap anda terus bersama kami pada tahun 2019 untuk menyaksikan promosi baru yang menarik, peningkatan dalam syarat dagangan kami dan pengenalan perkhidmatan yang inovatif dan pilihan kaedah pembayaran baru!

Semoga dagangan anda akan lebih menguntungkan, pengalaman anda bersama kami sentiasa positif dan dagangan anda berjaya dengan penuh kepastian!

Terima kasih untuk tahun 2018 yang hebat dan jumpa lagi pada tahun 2019!

holidays improvements

Jadual dagangan dan waktu operasi sokongan pelanggan semasa cuti hari krismas dan tahun baru

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan waktu dagangan bagi semua instrumen semasa cuti Hari Krismas dan Tahun Baru. Kami juga ingin memberikan waktu operasi jabatan Sokongan Pelanggan. Sila pertimbangkan jadual berikut semasa merancang dagangan anda.
Baca lagi Previous

Pertandingan Demo OctaFX Champion, pusingan 82: Ketabahan ialah faktor penting

Pusingan 82 Pertandingan Demo OctaFX Champion sudah selesai. Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!
Baca lagi Next
Mula livechat