Daftar masuk
Buka akaun
Buka akaun
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan 56 dikuasai oleh Pedagang Indonesia!

Pusingan 56 pertandingan demo Juara OctaFX sudah tamat dan para peserta bersedia untuk berkongsi pengalaman dagangan mereka yang menghasilkan kejayaan untuk mereka. Pusingan ini benar-benar dikuasai oleh Pedagang Indonesia - semua kedudukan dimenangi oleh peserta dari Indonesia.Empat orang pedagang yang bertuah kini boleh berkongsi dana hadiah sebanyak $1000 mengikut kedudukan mereka:

  • Tempat pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh En. Lalu Putra Setia Derajat dari Indonesia.
  • Tempat kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh En. Iqra Wirya Dinata dari Indonesia.
  • Tempat ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh En. Marsanto, Spdari Indonesia
  • Pemenang terakhir dalam pusingan ini, En. Soehartono dari Indonesia memenangi USD100

Adakah anda ingin mengetahui cara untuk mengekalkan kemenangan dan tidak berputus asa? Berikut ialah beberapa kisah menarik daripada para juara kita!

Tempat pertama: En. Lalu Putra Setia Derajat dari Indonesia

penjahat

Indonesia
 
Rank1 Gain16427.20%

Saya sangat gembira mengetahui bahawa saya menjadi pemenang untuk pertandingan legenda ini! Saya tidak percaya bahawa perkara ini akhirnya berlaku, kerana saya tidak terlalu banyak dan tidak kerap berdagang, hanya apabila saya ada masa lapang. Kejayaan ini akan menjadi rangsangan yang baik untuk menyertai semua pertandingan dan promosi yang diadakan oleh OctaFX! Faktor utama kejayaan saya adalah berdasarkan dua perkara - kepercayaan dan kesabaran. Saya cuba memberikan tumpuan dan mengikut aliran pasaran, itu saja. Keuntungan terbaik saya ialah dalam pasangan GBPUSD dan betapa bertuahnya saya - tiada kerugian yang besar sama sekali! Pada pendapat saya, anda memerlukan masa tiga bulan untuk menjadi pedagang yang baik yang boleh mendapatkan keuntungan yang konsisten.

Tempat kedua: En. Iqra Wirya Dinata dari Indonesia

Iqra

Indonesia
Rank2 Gain7044.22%

Terima kasih kerana mengadakan pertandingan yang hebat! Saya sangat gembira dapat terlibat dalam pertandingan ini walaupun saya tidak meluangkan begitu banyak masa untuk berdagang. Rancangan saya ialah melakukan yang terbaik untuk mencapai keputusan yang lebih baik, jadi saya pasti akan menyertai pertandingan dan promosi OctaFX yang lain. Jika anda bertanya kepada saya tentang unsur penting untuk berjaya dalam dagangan, saya akan beritahu bahawa anda perlu bertenang dan mengawal emosi anda. Strategi yang membantu saya ialah untuk mengikuti arah aliran MA, tiada yang lebih sempurna daripada itu! Menurut pengalaman saya, belajar dan berlatih mengambil masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun untuk menjadi pedagang yang baik, masa yang anda luangkan untuk menjadi pedagang yang cemerlang tiada hadnya, ambillah peluang anda!

Tempat ketiga: En. Marsanto, Sp dari Indonesia

MtPro

Indonesia
Rank3 Gain5456.80%

Saya sangat gembira kerana berada dalam kalangan pemenang! Saya tidak percaya bahawa saya boleh mengubah modal sebanyak USD1000 menjadi USD54000. Saya sangat terkejut dan mengubah pandangan saya terhadap dagangan Forex, sekarang saya rasa lebih yakin.

Ini kali pertama saya menyertai pertandingan secara serius, saya memberikan tumpuan walaupun rasa terdesak apabila ekuiti saya menjunam jatuh. Jika anda pernah mengalami keadaan seperti ini, anda pasti akan memahami betapa bersyukurnya saya sekarang dan betapa fikiran saya berubah selepas pertandingan ini. Saya rasa saya akan cuba berdagang melalui akaun sebenar menggunakan dana hadiah ini. Sudah tentu, saya tidak akan menggunakan semuanya kerana saya juga ingin menggunakan wang. Saya akan berdagang dengan akaun OctaFX Mikro saya.

Apa yang saya perlukan untuk mendapatkan keuntungan ialah terus yakin dan mengikut data pasaran. Saya pasti bahawa USDJPY berada dalam julat 100-105 dan arah aliran GBPUSD menurun. Tetapi, saya kerapkali tidak dapat menahan untuk membuka beli GBPUSD. Walau bagaimanapun, semasa berdagang akaun sebenar, saya akan cuba lebih pasti dengan ramalan saya sendiri. Saya menggunakan MACD dan spekulasi dan saya membuat kesilapan kerana tidak menggunakan rancangan itu. XAUUSD betul dalam ramalan saya, tetapi kerana saya tertarik, saya menetapkan Sasaran Untung yang tidak rasional. Jadi, menjadi rekod utama saya untuk berdagang XAUUSD.

Pada pendapat saya, dua tahun mencukupi untuk menjadi pedagang yang baik dan jangan lupa untuk bersabar dan berdisiplin sepanjang masa.

Pemenang terakhir pusingan ini: En. Soehartono dari Indonesia

Lapipo

Indonesia
Rank1814 Gain-255.79%

Saya rasa bertuah berada dalam senarai pemenang, tetapi saya pasti bahawa saya akan meningkatkan keputusan saya dengan menyertai Pusingan 57 pertandingan demo Juara OctaFX dan kali ini saya akan bersedia untuk menjadi juara! Saya meluangkan banyak masa dan usaha untuk berdagang dan saya menumpukan perhatian pada mempelajari graf arah aliran untuk membuka pesanan. Tetapi, strategi saya gagal kerana tidak membuat potongan kerugian.

Saya biasanya berdagang pada akaun OctaFX selama lebih kurang sejam pada pukul 7 pagi, 3 petang dan 9 malam.

Pusingan ini merupakan ulang tahun bagi saya - ia kali ke-10 saya menyertai pertandingan demo OctaFX dan saya mendapat tempat ke-4 sebanyak dua kali.

Secara ringkas tentang strategi saya: Bollinger Bands (BB), purata bergerak, semafor ZZ 3 peringkat dan tumpuan pada JPY. Saya sudah berdagang selama hampir 19 tahun, tetapi saya belum menemui corak yang sesuai, tetapi jika anda dapat belajar dengan sabar dan komitment, saya rasa anda boleh menjadi pedagang yang cekap dalam masa setahun.

Adakah anda sudah bersedia untuk mencuba sendiri pertandingan demo Juara OctaFX? Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk menyertai pertandingan kami yang hebat ini. Hanya daftar di sini dan terima cabarannya! 

Sertai pertandingan demo Juara OctaFX hari ini!

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Selamat datang pemenang Pusingan 54 Pertandingan demo Mingguan cTrader:

Satu lagi pusingan pertandingan demo mingguan cTrader sudah tamat dan keputusan pertandingan diumumkan. Sementara para pemenang Pusingan 54 meraikan kejayaan mereka, semua pedagang yang ingin menguji kemampuan dagangan mereka boleh menyertai pertandingan ini. Kami rasa gembira untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Baca lagi Previous

OctaFX: perubahan dalam syarat dagangan untuk US30, NAS100, SPX500

OctaFX mengemas kini syarat dagangan untuk indeks AS. Kami ingin memberitahu anda bahawa bermula dari 31.10, leveraj untuk indeks US30, NAS100, SPX500 akan diturunkan daripada 1:50 kepada 1:10 di platform dagangan Metatrader 5. Leveraj akan diturunkan dari 31 Oktober hingga 14 November disebabkan oleh kemungkinan ketaktentuan tinggi yang berlaku semasa pilihan raya presiden AS.
Baca lagi Next
Mula livechat