OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

PERTANDINGAN DEMO JUARA OCTAFX, PUSINGAN KE-73: Trend Forex sentiasa menjadi trend anda

Pusingan ke-73 Pertandingan Demo Juara OctaFX kini telah selesai.

Tahniah diucapkan kepada empat lagi pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD 1,000 bulan ini!

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh Ajmal Akbar dari Pakistan
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh Oksana Konovalova dari Uzbekistan
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh En. Ezman Muhammad dari Malaysia
  • Tempat keempat diterima oleh Munawir, dari Indonesia dengan ganjaran sebanyak USD 100

Para pemenang Pertandingan Demo OctaFX Pusingan ke-73 telah berkongsi perasaan dan pendapat mereka berkenaan pusingan terdahulu dan mendedahkan pendorong utama kejayaan mereka. Ketahui semua rahsia mereka dalam temu bual bersama kami di bawah.

TEMPAT PERTAMA:Ajmal Akbar DARI Pakistan

Saya telah menemui pertandingan OctaFX ini daripada carian Google. Selepas beberapa kali melakukan dagangan, saya boleh katakan bahawa platform OctaFX adalah sangat bagus kerana pelaksanaan yang dilakukannya sangat pantas. Saya amat gembira atas kemenangan dalam pertandingan OctaFX ini.

Saya tidak menggunakan semua masa yang ada, tetapi kebanyakan daripadanya saya gunakan untuk berdagang dalam pertandingan ini, dan perkara yang saya gemar lakukan adalah untuk mengikuti trend, kerana dalam Forex, trend sentiasa menjadi sahabat terbaik anda. Selain itu, saya juga sentiasa menggunakan analisis teknikal, pengurusan risiko dan fundamental yang saya bangunkan sendiri.

Saya akan cuba untuk menyertai semua promosi OctaFX kerana inilah perkara yang saya suka lakukan.

Perlu saya katakan, hampir semua dagangan yang saya lakukan membuahkan hasil, tetapi saya tidak mempunyai mata apabila saya kerugian terhadap dagangan yang dilakukan.

Bagi saya, seorang memerlukan masa selama 3 hingga 5 tahun untuk menjadi seorang pedagang yang handal, sekiranya anda melakukan dagangan secara penuh masa.

TEMPAT KEDUA: Oksana Konovalova DARI Uzbekistan

Saya berasa amat gembira dan berbangga kerana berjaya menjadi salah seorang pemenang daripada ratusan peserta dalam pertandingan yang sengit ini!

Dan kini, selepas kejayaan yang diperolehi, saya berasa yakin dengan kemampuan saya dan mempunyai keinginan untuk terus menyertai pertandingan OctaFX yang lain.

Faktor utama yang mendorong kejayaan saya adalah sikap psikologi. Kesabaran dan ketabahan. Pada penghujung pertandingan, saya mula untuk mengejar langkah. Saya pernah berfikir untuk melakukan tindakan yang lebih berisiko, tetapi saya menghalang diri saya daripada melakukannya dan berjaya mencapai kejayaan!

Strategi yang saya gunakan adalah seperti berikut. Separuh pertama pertandingan digunakan untuk dagangan berita bagi meningkatkan deposit. Separuh kedua pertandingan ini kebanyakannya dimanfaatkan untuk mendagangkan tahap sokongan-rintangan.

Strategi yang paling membuahkan hasil adalah pada kejatuhan EUR dalam separuh pertama pertandingan. Kemudian, deposit saya telah meningkat, yang pada masa hadapan, boleh dikatakan cukup untuk menggerakkan gaya dagangan yang kurang berisiko. Hanya terdapat beberapa dagangan yang tidak berjaya pada peringkat akhir pertandingan.

Untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, anda perlu bekerja keras selama beberapa tahun. Anda memerlukan kemahiran analitikal untuk memahami hubungan rapat antara kebanyakan faktor pasaran yang semakin meluas, dan anda juga perlu cuba untuk membangunkan intuisi, dan dengan adanya perkara ini keputusan terbaik dapat dilakukan.

TEMPAT KETIGA: Ezman Muhammad DARI Malaysia

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada OctaFX kerana menyediakan sebuah platform terbaik kepada pedagang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta membangunkan strategi dalam dagangan Forex mereka.

Saya tidak menjangka bahawa kali ini saya berjaya untuk berada dalam kalangan pedagang terbaik, kerana saya tidak pernah mengharapkan keputusan ini. Sasaran sebenar saya adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman saya pada kali ini.

Strategi dagangan saya adalah dengan melakukan analisis pada waktu pagi dan mula berdagang pada tengah hari. Saya mungkin akan cuba untuk mengambil bahagian dalam pertandingan seterusnya untuk melihat sejauh mana saya boleh pergi. Nasihat saya buat pedagang lain: Sentiasa bersabar. Tunggu untuk peluang yang terbaik. Jangan terburu-buru.

Ada kalanya saya perlu melihat kembali sejarah dagangan yang terdahulu. Kerugian pasti akan berlaku, apa yang penting adalah untuk mengamalkan Pengurusan Wang dengan betul.

DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT KEEMPAT KAMI: Munawir DARI Indonesia

Saya melakukan dagangan dalam pertandingan ini kerana saya mahu memperbaiki prestasi saya dan cuba untuk mengalahkan peserta lain.Saya mempunyai nasihat kepada pedagang lain: jangan buka sebarang kedudukan apabila terdapat khabar mengenai ketidakstabilan yang tinggi.

Keuntungan terbaik pernah saya alami dalam pertandingan ini apabila terdapat berita mengenai NZD, saya memperoleh 50 pip.

Strategi dagangan yang saya gunakan ialah analisis Fundamental. Saya telah melakukan dagangan selama2 tahun, dan saya masih belum menjadi seorang pedagang yang mahir, saya percaya bahawa kita memerlukan banyak masa dan usaha untuk bergelar seorang pedagang yang berjaya.

Jadilah juara OctaFX

Capai peringkat yang seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan membawa kepada hadiah wang tunai, jadi daftar sekarang untuk mengambil bahagian dalam pusingan Pertandingan Demo Juara OctaFX yang berikutnya.

promotions-and-contests

OCTAFX MEMPERKENALKAN SPREAD TETAP

Kos dagangan serta risiko yang lebih rendah! OctaFX memperkenalkan ciri-ciri spread tetap untuk akaun MT4 Micro dengan matawang USD.
Baca lagi Previous

Pengalaman seminar OctaFX saya!

Pengembaraan OctaFX ke Malaysia kini telah berakhir, mari kita dengar pendapat salah seorang daripada tetamu yang hadir dalam seminar ini, yang juga telah menjadi pemenang pertandingan testimoni terbaik. Beliau telah mendapat ganjaran sebanyak USD $100 daripada OctaFX.
Baca lagi Next
Mula livechat