OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pemenang OctaFX Supercharged yang bercita-cita tinggi bersedia untuk membuka kisah kejayaan beliau

Pertandingan sebenar OctaFX Supercharged menghapuskan segala sempadan! Peserta yang pelbagai berasal dari negara dan benua yang berbeza telah terbukti lebih daripada sekadar pedagang yang baik. Mereka terus mencabar diri mereka walaupun selepas gagal dan menghadapi halangan. Mereka menghormati pedagang lain dan hanya mengundi untuk pertandingan yang adil. Pusingan 9 juga tidak terkecuali. Kami dengan gembiranya mengalu-alukan para pemenang dari seluruh dunia. Pemenang pertandingan sebenar Pusingan 9 OctaFX Supercharged - Peter Lu dari Kanada telah mencapai keputusan yang cemerlang dan menerima iPhone 6 sebagai hadiah untuk prestasi dagangan beliau yang hebat. Kami percaya bahawa kisah kejayaan Peter Lu akan menggalakkan semua pedagang, yang berpengalaman mahupun yang baharu untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan menunjukkan kemampuan mereka. Sementara itu, kami ingin berkongsi kisah kejayaan pemenang Pusingan 9 ini. 

Saya sangat menyukai pertandingan sebenar OctaFX Supercharged. Struktur pertandingan ini sangat menarik dan hadiah-hadiahnya sangat bernilai untuk menarik minat. Setiap bulan memberikan seseorang peluang untuk memulakan permainan, memenangi hadiah dan kemudian bersaing untuk merebut hadiah utama. Ini memang mengujakan! Saya sangat terlibat dalam pertandingan ini. Selepas tewas beberapa kali pada masa yang lepas, saya bertekad untuk menang dalam pusingan ini. Apabila akaun saya yang mula-mula didaftarkan gagal, saya dengan segera mendaftar akaun lain. Saya tidak akan berhenti bersaing jika saya mempunyai peluang yang munasabah. 

Saya rasa kemenangan saya disertai dengan sedikit tuah dan banyak bersabar. Saya tidaklah jauh lebih baik daripada orang lain. Banyak kali saya dalam kedudukan bahaya untuk dipintas. Terdapat beberapa pedagang yang sangat bagus yang saya rasa berhak untuk menang. Namun, nampaknya tuah berpihak kepada saya setakat ini. Saya banyak menggunakan dagangan berarah. Kaedah ini berfungsi dengan baik apabila saya mengenal pasti trend dengan betul. Walau bagaimanapun, saya mungkin juga menghadapi bahaya jika saya membuat penilaian yang salah. Secara umumnya, saya tidak mempunyai rancangan yang terperinci. Tetapi saya mempunyai beberapa garis panduan untuk membuat dagangan saya. Ini bukan masanya untuk mencuba pelbagai teknik. Ini masanya untuk mempamerkan kemahiran yang sudah terbina. 

Saya mendapat manfaat daripada keuntungan besar yang saya sifatkan sebagai nasib saya. Saya mempunyai firasat berasaskan corak carta Euro, bahawa undi pungutan suara Greek akan menyebabkan Euro jatuh. Ia memang berlaku mengikut telahan saya. Saya juga mengalami kerugian sederhana yang mana saya berjaya untuk mendapatkan semula. Saya tidak begitu mengingati perkara yang berlaku, tetapi secara umumnya, ia disebabkan oleh saya kurang memberi tumpuan atau tidak henti rugi tepat pada masanya. Seperti yang semua orang tahu, henti rugi merupakan satu perkara yang penting dalam berdagang. Sukar untuk menyatakan selama mana masa yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang baik.

Saya rasa ia bergantung pada keadaan peribadi. Jika anda meluangkan lebih banyak masa untuk belajar dan terus belajar, maka sudah tentu anda akan mempercepat proses pembelajaran. Ia mungkin juga bergantung pada ciri dan personaliti peribadi anda yang mungkin sukar untuk memanfaatkan. Keseluruhannya, saya rasa 3-5 tahun adalah anggaran masa yang baik jika anda tidak mempunyai pengalaman dagangan sebelum ini. Matlamat saya ialah untuk memenangi Tesla, saya sentiasa mensasarkan yang terbaik. Saya mempunyai keyakinan. Saya menasihati semua pedagang agar memanfaatkan peluang hebat yang disediakan oleh OctaFX ini. Tajamkan kemahiran dagangan anda dengan menyertai pertandingan sebenar OctaFX Supercharged. Belajar daripada kesilapan anda. Perbaik mengikut permainan. Tiada yang mustahil! 

Kami berterima kasih kepada En. Peter Lu kerana berkongsi kisah kejayaan beliau. Pemenang menerima hadiah iPhone 6 serba baharu yang akan tiba di Kanada tidak lama lagi! Setiap pedagang dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sebenar OctaFX Supercharged dan bersaing untuk merebut 10 hadiah yang hebat termasuk Tesla Model S, Smart Fortwo dan Renault Twizy!

Gemparkan dagangan anda dengan OctaFX!

octafx-supercharged success-story

Tahniah daripada OctaFX sempena Hari Raya Aidil Fitri

OctaFX ingin mengucapkan tahniah kepada para pelanggan Muslim sempena hari terakhir Ramadan – Malam Hari Raya.
Baca lagi Previous

Kejayaan para pemenang Pusingan 22 dalam pertandingan demo Mingguan cTrader!

Kami dengan gembiranya memaklumkan anda bahawa lima pemenang pertandingan demo Mingguan cTrader telah dikenal pasti dan ingin mengumumkannya.
Baca lagi Next
Mula livechat