OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX membantu sukan layar orang kurang upaya di Bali

Kami di OctaFX dengan gembiranya menyokong pendidikan dan yayasan sukan yang membantu membuat perubahan dalam kehidupan orang kurang upaya.

octafx boatOleh sebab itulah, kami di OctaFX dengan bangganya memanggil diri kami sebagai syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial yang memberi sokongan kepada orang kurang upaya. Salah satu yayasan yang kami bantu ialah Yayasan Sukan Bali (BSF), yang membantu ahli sukan kurang upaya di Bali dan Indonesia Timur menyertai pelbagai sukan. Kami menyokong 3 sukan, bagi pihak BSF:

  • Bola Keranjang Kerusi Roda
  • Ragbi Kerusi Roda
  • Sukan Layar Orang Kurang Upaya

Melalui usaha dan masa yang kami luangkan secara sukarela untuk BSF, kami sangat gembira untuk mengumumkan pembelian dan sumbangan terbaru bot layar para Hansa 303 bernilai $10,000 untuk program layar BSF.  Usaha ini akan membolehkan ramai orang kurang upaya di wilayah ini untuk menambah kemahiran yang sebelum ini sukar untuk dipenuhi.

BSF membantu memperbaik kehidupan ramai orang yang hidup dengan ketidakupayaan di Bali dan Indonesia Timur. OctaFX berbangga menjadi sukarelawan untuk yayasan ini. BSF memberi tumpuan kepada sukan orang kurang upaya, keperluan khas dan adaptif. Yayasan ini menjalankan banyak program untuk remaja autistik, palsi serebrum, buta, pekak bisu dan diamputasi. Para sailing ialah satu daripada banyak sukan yang boleh disertai oleh orang kurang upaya melalui BSF.

Usaha yayasan ini untuk membuat peruntukan dan mengumpulkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran di Indonesia bersama-sama dengan persekutuan sukan kebangsaan dan jawatankuasa Paralimpik, untuk memberi peluang kepada orang kurang upaya dalam sukan.

Bot para sailing pada masa ini digunakan dalam BSF dan akan dapat disaksikan aksinya dalam Bali International Disabled Sailing Regattas yang akan datang pada 8 - 12 September 2016.

bali-sports-foundation charity csr

OctaFX: mudanças nas condições de negociação devido à votação Brexit de 23 de junho.

A votação “Brexit”, que acontece no dia 23 de junho deste ano, sobre se deve ou não deve haver uma saída britânica da UE, é um dia importante a se ter em conta para os clientes da OctaFX.
Baca lagi Previous

Penyelenggaraan pelayan - Khamis, 23 Jun 2016.

Kami ingin memaklumkan anda bahawa kami akan menjalankan muat naik perisian berjadual untuk platform Metatrader 4 pada hari ini, pada pelayan Real untuk dagangan, Khamis, 23 Jun dari pukul 23:55 Masa pelayan (EEST).
Baca lagi Next
Mula livechat