OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX diiktiraf sebagai Broker Forex Terbaik Asia dan Broker ECN/STP Terbaik

Fx Daily Info, portal antarabangsa yang mengumpulkan berita terkini berkaitan pasaran pertukaran asing telah mengumumkan keputusan bagi Anugerah Broker 2019. Anugerah ini diberikan berdasarkan undian individu bebas di laman web Fx Daily.

Kami dengan gembiranya mengumumkan bahawa OctaFX telah diiktiraf sebagai yang terbaik dalam dua kategori yang paling penting: Broker Forex Terbaik Asia dan Broker ECN/STP Terbaik!

Selama beberapa tahun yang lalu, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan syarat dagangan yang terbaik di rantau Asia. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam undian ini. Keputusan yang cemerlang ini membuktikan kami berkembang maju dalam arah yang betul. Kami juga akan terus meningkatkan pengalaman anda bersama kami di peranti mudah alih mahupun desktop.

Selain itu, 28 peratus daripada semua pengundi telah memilih OctaFX sebagai Broker ECN/STP Terbaik. Ini bermakna lebih satu perempat daripada semua pelawat melihat kami sebagai broker yang boleh dipercayai. Gelaran ini membanggakan kami: menjadi broker ECN/STP bermakna kami menyediakan sebut harga yang sebenar daripada pembekal kecairan yang bereputasi tinggi. Semasa anda berdagang dengan kami, anda berdagang dalam pasaran sebenar dengan syarat yang terkini dan telus.

Terima kasih kepada anda semua yang telah memilih kami sebagai broker anda dan terima kasih atas undian anda. Sokongan anda mendorong kami untuk menjadi lebih baik pada setiap hari.

awards

Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan Ke-86: masa untuk menguji keupayaan anda

Pusingan ke-86 Pertandingan Demo kini berakhir, maka tibalah masanya untuk mengumumkan nama-nama pemenang. Syabas diucapkan kepada para pemenang pusingan kali ini atas prestasi mereka yang luar biasa.
Baca lagi Previous

Perubahan jadual dagangan sempena hari peringatan AS dan Cuti Bank Musim Bunga UK pada 28 Mei 2018

Sila ambil maklum mengenai perubahan terhadap jadual dagangan pada hari Isnin, 27 Mei seperti berikut.
Baca lagi Next
Start livechat