OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX dinobatkan sebagai "Broker Forex Terbaik di Eropah"

OctaFX amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Forex-Awards.com telah menganugerahkan gelaran "Broker Forex Terbaik di Eropah tahun 2015" kepada kami. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, lebih banyak pedagang Eropah telah mula membuka akaun dagangan mereka dengan OctaFX, dan anugerah ini menyokong kukuh kejayaan kami dalam pasaran Eropah. Bagi menawarkan syarat dagangan terbaik kepada semua pelanggan kami di Eropah, beberapa minggu yang lalu, kami telah melancarkan laman web versi bahasa Jerman selepas pelancaran versi bahasa Sepanyol dan bahasa Portugis. Pedagang Eropah sememangnya dapat menikmati manfaat daripada tawaran spread rendah serta syarat dagangan kami yang merupakan antara yang terbaik dalam industri.

Forex-Awards.com, sebuah subsidiari Forex-Ratings.com, yang melakukan pengiktirafan syarikat pembrokeran FX melalui ribuan pelanggannya. Forex-Ratings.com menyemak dan menarafkan broker Forex sejak 2010. Ini merupakan sebuah perkhidmatan web yang semakin berkembang dalam menyediakan nasihat dan maklumat dalaman mengenai dagangan untuk para pedagang di seluruh dunia. Sistem pengundian ini membolehkan pedagang untuk memilih broker yang memenuhi keperluan mereka, jadi anugerah yang diberikan adalah berdasarkan pendapat umum yang sangat adil.

Kami juga amat berbangga kerana usaha kami telah mendapat pengiktirafan daripada pangkalan data broker Forex yang begitu popular, tetapi kami tak mungkin dapat mencapainya tanpa sokongan dari para pelanggan kami yang amat kami hargai. Kami amat berterima kasih atas segala penghargaan dan undian daripada anda.

Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman dagangan yang paling selesa kepada anda di samping kekal menerajui industri ini bagi tahun 2016!

Berdaganglah dengan OctaFX: broker terbaik anda.


awards

Jadual Dagangan Hari Presiden Amerika Syarikat

OctaFX ingin memaklumkan kepada anda mengenai perubahan terhadap waktu dagangan bagi pasangan matawang XAU/USD dan XAG/USD pada 15 Februari sempena Hari Presiden Amerika Syarikat. Dagangan bagi XAU/USD dan XAG/USD akan ditutup pada hari Isnin, 15 Februari 2015 jam 20:00 (EET) dan akan dibuka semula pada hari Selasa, 16 Februari 2015 jam 01:00 (EET).
Baca lagi Previous

OctaFX: broker Forex Akaun Islamik Terbaik

Hari ini kami ingin mengumumkan bahawa laman web berprestij ForexTraders.com telah mengiktiraf usaha kami dan menobatkan kami sebagai Broker Forex Akaun Islamik Terbaik tahun 2015.
Baca lagi Next
Mula livechat