Daftar masuk
Buka akaun
Buka akaun
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

OctaFX diundi pedagang sebagai Broker Antarabangsa Terbaik 2015 dalam Anugerah FX Empire!

Tahun 2016 kini telah bermula, namun pakar Forex masih melakukan penilaian terhadap prestasi kami pada tahun lalu. Hari ini, kami amat berbangga untuk mengumumkan bahawa salah satu daripada laman web utama dalam industri ini telah mengiktiraf OctaFX: kami telah dikenali sebagai Broker Antarabangsa Terbaik 2015 oleh FX Empire! OctaFX telah diundi sebagai yang Terbaik dalam kategorinya oleh majoriti pedagang dari seluruh dunia, dan kami amat berbangga atas pengiktirafan setinggi ini pada peringkat antarabangsa.

Anugerah FX Empire merupakan sebuah pertandingan yang dianjurkan setiap tahun yang melibatkan pedagang untuk mengundi broker terbaik pilihan mereka. Pada tahun 2015, lebih daripada 10,000 pedagang telah mengundi broker terbaik untuk 10 kategori. 

Kami telah dicalonkan sebagai Broker Antarabangsa Terbaik 2015 bersama Exness, Plus500, FxPro, dan calon yang terpilih dalam kategori ini juga telah diundi oleh para pedagang yang menggunakan perkhidmatan industri setiap hari. 

Kami amat berbesar hati untuk mengakui bahawa OctaFX telah memperoleh 46% daripada undian! 

Anugerah Broker Antarabangsa Terbaik ini mengiktiraf aktiviti lokalisasi yang dilakukan dalam perkhidmatan dagangan serta tawaran dan perkhidmatan secara umum serta tarikannya secara global.

Anugerah FX Empire sememangnya bukan sebarangan dan dilihat penting oleh pemain industri, lebih-lebih lagi dalam kalangan pedagang sendiri, yang melihat anugerah berkenaan sebagai satu bentuk sokongan yang sebenar dari segi kepercayaan dan kualiti yang boleh diharapkan daripada para broker.  Dengan bantuan FX Empire, para pedagang baru kini boleh mencari pembekal perkhidmatan pembrokeran yang ideal dengan mudah bagi memenuhi segala keperluan mereka. Baca ulasan penuh OctaFX di www.FXEmpire.com dengan mengikuti pautan ini. Sekiranya anda berpuas hati dengan pengalaman dagangan anda bersama OctaFX, jangan segan untuk meninggalkan ulasan anda ulasan perkhidmatan kami

Buka akaun dengan OctaFX: Broker Antarabangsa Terbaik 2015!

awards

OctaFX: broker Forex Akaun Islamik Terbaik

Hari ini kami ingin mengumumkan bahawa laman web berprestij ForexTraders.com telah mengiktiraf usaha kami dan menobatkan kami sebagai Broker Forex Akaun Islamik Terbaik tahun 2015.
Baca lagi Previous

Pusingan ke-37 pertandingan demo Mingguan cTrader: pemenang diumumkan

Minggu yang baru bermakna lima lagi pemenang akan diumumkan dalam pusingan baru pertandingan demo Mingguan cTrader OctaFX! Kali ini, dana hadiah berjumlah $400 akan dibahagikan kepada para pedagang bertuah dari seluruh dunia.
Baca lagi Next
Mula livechat