OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pusingan ke-48 pertandingan demo Juara OctaFX: pemenang diraikan

Keputusan Pusingan ke-48 pertandingan demo Juara OctaFX kini diumumkan, dan tibalah masanya untuk kita raikan para pemenang yang berjaya memperolehi kedudukan teratas:

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh En. Omid Shahni Mandani dari Afghanistan
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Fakih Aziz Darojat dari Indonesia
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh En. Syudi Prayitno dari Indonesia
  • Pemenang tempat keempat dalam pertandingan ini, En. Ipon Kusbandi dari Indonesia menerima ganjaran sebanyak USD 100

Para pedagang ini tidak sabar untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka dalam menyertai pertandingan ini, berikut merupakan perkongsian mereka:

Tempat kedua - En. Fakih Aziz Darojat dari Indonesia

ajat58

Indonesia
Rank2 Gain5139.68%

Saya amat gembira atas kemenangan saya dalam pertandingan ini! Saya yakin bahawa saya seorang yang efisien jadi saya sentiasa berharap untuk menjadi salah seorang daripada para pemenang pertandingan ini secepat mungin; dan akhirnya impian menjadi kenyataan! Rancangan saya yang seterusnya adalah untuk menyertai semua pusingan yang akan datang dalam pertandingan ini. Saya berharap untuk terus menang. Dengan kekuatan mental dan keupayaan dalam melakukan analisis berita, ianya tidak sesukar yang disangka. Strategi saya ialah dengan berada kekal dalam haluan Fundamental, dan saya juga amat menyarankannya kepada semua pedagang yang ingin melonjakkan nama mereka. Dengan latihan dan pembelajaran selama satu tahun – sesiapa pun boleh menjadi pemenang!

Tempat ketiga – En. Syudi Prayitno dari Indonesia

Wesyu

Indonesia
Rank3 Gain2740.96%

Sebenarnya, saya sendiri tidak menyangka yang saya akan menjadi pemenang tempat ketiga dalam pusingan kali ini. Kejayaan ini adalah satu kejutan buat saya dan saya amat berterima kasih kepada OctaFX atas peluang yang diberikan di samping menguji kemahiran dagangan para peserta. Apabila saya mendapati bahawa terdapatnya pertandingan seperti Juara OctaFX ini, saya memang teruja. Tak pernah disangka bahawa wujudnya pertandingan demo yang khusus buat mereka belum bersedia untuk berdagang menggunakan akaun sebenar. Bagaimana cara saya berdagang? Biasanya saya hanya duduk di hadapan komputer riba saya sepanjang masa, sambil membelek-belek carta sekali dua setiap hari untuk menentukan sasaran yang seterusnya. Apabila saya rasa saya sudah cukup gagal, saya akan berhenti. Petuanya adalah untuk tidak menjadi terlalu tamak untuk memenangi untung berjuta-juta dan jangan sesekali kecewa sekiranya tidak bernasib baik. Selain itu, kukuhkan disiplin fizikal dan mental anda. Itulah kunci utamanya. Saya masih belum pernah memperolehi keuntungan satu kali yang begitu lumayan, cara dagangan saya adalah dengan melakukan dagangan bagi mendapatkan keuntungan kecil yang lebih kurang seperti cara biasa. Berkenaan dengan alat dagangan pula… saya hanya gunakan jalur Bollinger dan purata pergerakan. Itulah cara saya berdagang. Di sini saya ingin menasihati para pedagang baru: luangkan masa sekurang-kurangnya 3 bulan mengenali akaun demo. Jangan terburu-buru untuk berdagang dalam dunia nyata. Ambil sedikit masa dan bawa bersabar untuk mencapai kejayaan.

Tempat keempat - En. Ipon Kusbandi dari Indonesia

iponkusbandi

Indonesia
Rank2588 Gain-287.22%

Sayalah pemenang terakhir pada kali ini, tapi itu tak mematahkan semangat saya. Kini ia menjadi cabaran untuk menjadi yang lebih baik dalam pusingan akan datang. Pertandingan ini banyak mengajar saya, terutamanya tentang cara untuk mengawal emosi. Strategi yang gagal saya laksanakan ialah corak lilin yang saya cuba bangunkan sendiri. Secara keseluruhan, penglibatan saya dalam pertandingan ini tidak menggunakan terlalu banyak masa kerana saya merupakan seorang pedagang intrahari dan setiap hari saya hanya luangkan sedikit masa sahaja untuk berdagang Forex. Bagi dagangan jenis ini, pengalaman selama 1 tahun sudah cukup untuk saya mempelajari banyak perkara. Keuntungan yang paling besar pernah saya perolehi adalah bagi pasangan matawang EUR/GBP. Saya berharap yang saya dapat meneroka lebih banyak perkara pada masa hadapan.

 Sertai pusingan seterusnya dalam pertandingan demo Juara OctaFX – daftar segera! 

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Pusingan ke-37 pertandingan demo Mingguan cTrader: pemenang diumumkan

Minggu yang baru bermakna lima lagi pemenang akan diumumkan dalam pusingan baru pertandingan demo Mingguan cTrader OctaFX! Kali ini, dana hadiah berjumlah $400 akan dibahagikan kepada para pedagang bertuah dari seluruh dunia.
Baca lagi Previous

Pertandingan demo Mingguan cTrader, Pusingan ke-38: kejayaan baru dan peluang baru

Satu lagi pertandingan mingguan kini berakhir, dan dengan itu kami ingin memperkenalkan lima pedagang bertuah yang berjaya memperoleh kemenangan untuk pusingan ke-38 dalam pertandingan demo Mingguan cTrader. Kali ini, semua pemenang nampaknya datang dari Indonesia!
Baca lagi Next
Mula livechat