OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pusingan ke-50 pertandingan demo Juara OctaFX: cara untuk terus menang

OctaFX dengan bangganya ingin mengumumkan pemenang terbaru dalam pertandingan demo Juara! Mari kita alu-alukan pemenang berkenaan:

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh En. Kariyanto Kariyanto dari Indonesia
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Noor Ul Amin dari Pakistan
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh Cik Ledi Manullang dari Indonesia
  • Tempat keempat dalam pertandingan ini, En. Abd Hadi dari Indonesia dengan ganjaran sebanyak USD 100

Anda ingin mempelajari cara untuk berdagang dan terus menang? Baca petua kejayaan daripada para pedagang terbaik kami!

Tempat pertama - En. Kariyanto Kariyanto dari Indonesia

dyfan

Indonesia
Rank1 Gain3921.70%

Sudah lama berdagang dengan OctaFX, dan kini tibalah giliran saya pula! Saya berjaya memenangi tempat pertama! Saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada OctaFX atas peluang yang diberikan ini. Sejujurnya, saya hanya belajar ketika berdagang: dahulu, saya sering meluangkan banyak masa untuk melakukan dagangan (yang tidak selalunya berjaya), tapi kini saya hanya menunggu masa yang sesuai untuk melakukan dagangan, jadi tidak banyak masa yang digunakan. Memandangkan saya lebih berjaya sekarang, saya rasa saya akan terus menyertai pertandingan OctaFX. Siapa tahu, mungkin saya akan menang secara berturut-turut pada kali ini. Saya berasa bahawa kejayaan saya datang dari kesabaran, keupayaan untuk menggunakan detik-detik pasaran yang tepat serta keazaman yang tinggi. Selain itu, saya juga sering merebut semua peluang dagangan yang ada. Lebih banyak kesempatan yang dimanfaatkan, lebih tinggi peluang saya untuk berjaya. Ya, saya pernah mengalami kerugian besar sebelum ini, kerana dahulunya saya (dan masih) merupakan seorang pedagang yang baru belajar, tetapi saya berharap saya dapat mempelajarinya dengan lebih cepat dan pantas. Saya telah melakukan dagangan selama 5 tahun dan saya telah merasai pengalaman yang menyeronokkan yang diharapkan dapat membantu saya untuk melakukan dagangan pada masa hadapan.

Tempat kedua - En. Noor Ul Amin dari Pakistan

noorsb

Pakistan
Rank2 Gain2268.62%

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada OctaFX kerana menganjurkan sebuah pertandingan yang sangat mengujakan. Pertandingan ini bagus untuk mencabar diri sendiri untuk bersaing dengan para pedagang lain! Saya bukanlah seorang pedagang sepenuh masa: Saya mempunyai pekerjaan tetap, dan dagangan sekadar hobi saya. Saya melakukan dagangan dari masa ke masa sekiranya berkesempatan.  Saya bercadang untuk menyertai pertandingan lain yang dianjurkan oleh OctaFX, mungkin juga saya akan menyertai lebih daripada satu pertandingan. OctaFx mempunyai pelbagai pilihan pertandingan untuk disertai. Kunci kejayaan saya merupakan usaha gigih dan analisis terperinci dalam pasaran. Saya rasa pasti ada sebabnya mengapa saya memperoleh salah satu daripada hadiah dalam pertandingan ini. Saya tidak menggunakan sebarang EA atau penunjuk lain; satu-satunya strategi yang digunakan ialah strategi saya sendiri. Kebanyakan daripada dagangan saya telah membuahkan hasil pada kali ini. Walau bagaimanapun, salah satu daripada dagangan berkenaan mengalami kerugian yang melebihi 6,000, namun saya memperolehi keuntungan sebanyak 6,290 selepas itu. Jadi saya telah memperolehi semula wang yang rugi tersebut. Berdasarkan pengalaman saya, melalui pembelajaran serta latihan amali, kira-kira 6 bulan diperlukan untuk seseorang menjadi pedagang yang baik.

Tempat ketiga - Cik Ledi Manullang dari Indonesia

ledicantik89

Indonesia
Rank3 Gain1714.33%

Jika anda bertanya mengenai apakah perasaan saya, saya boleh katakan yang saya sangat gembira! Saya hanya melakukan dagangan ketika saya mempunyai masa yang singkat, jadi saya bukanlah seorang pedagang sepenuh masa. Saya tidak pernah menyangka untuk menjadi pemenang, tapi akhirnya saya di sini! Saya akan terus berusaha untuk menyertai pertandingan ini dalam pusingan seterusnya walaupun selepas kejayaan ini. Semasa melakukan dagangan, saya cuba bersikap optimistik dan yakin - ini merupakan keadaan terbaik yang boleh dibayangkan ketika berdagang. Saya juga sabar untuk menunggu saat-saat yang sesuai, dan saya tidak mudah terpengaruh dengan emosi. Saya telah memperolehi keuntungan lumayan buat kali pertama dalam pertandingan ini, tanpa sebarang kerugian! Bercakap mengenai pengalaman... tekaan saya ialah masa yang perlu diluangkan untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya adalah tidak terhad. Seorang pedagang yang baik sanggup untuk belajar daripada pengalaman dengan penuh kesabaran.

Pemenang tempat keempat dalam pertandingan ini - En. Abd Hadi dari Indonesia

Saya merupakan seorang pedagang baru dalam Forex. Walaupun saya gagal pada kali ini, saya tetap berbangga dengan hadiah saguhati sebanyak $100. Saya telah banyak belajar daripada pengalaman dalam pertandingan ini, daripada strategi kepada pengiraan lot. Kegagalan yang dialami membuatkan saya berasa lebih bermotivasi untuk mencuba dengan lebih baik, untuk belajar mengenai pasaran dan mengkaji perkara asas dalam analisis teknikal dan fundamental. Yang pastinya, kini saya lebih berusaha dan mempunyai keazaman untuk mempelajari cara menjadi seorang pedagang yang berjaya. Dengan OctaFX, saya percaya bahawa di sebalik setiap kegagalan pastinya ada kejayaan. Saya berharap saya tidak akan mengalami kegagalan lagi selepas ini, dan mungkin saya memerlukan masa selama 2-3 bulan untuk menjadi pedagang yang lebih baik. Sekali lagi, terima kasih banyak, OctaFX.

Sedia untuk mencuba sendiri pertandingan demo Juara OctaFX ini? Hanya daftar di sini dan sahut cabaran ini!

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Pusingan 41 pertandingan demo Mingguan cTrader OctaFX: memberi peluang untuk kecemerlangan

Masa berlalu dengan cepat, jadi berikut ialah satu lagi keputusan mingguan untuk pertandingan demo Mingguan OctaFX cTrader. Dialu-alukan lima lagi pemenang dan lima lagi hadiah berharga yang diberikan kepada pedagang paling mahir Pusingan 41 pertandingan demo Mingguan cTrader.
Baca lagi Previous

Deposit akaun euro anda dengan Skrill!

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan anda bahawa bermula hari ini anda boleh mendeposit akaun dagangan euro anda dengan Skrill! OctaFX memperkenalkan deposit terus dan pengeluaran untuk Skrill dalam mata wang euro.
Baca lagi Next
Mula livechat