OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Hadiah pertama dalam Pusingan ke-51 Pertandingan demo Juara OctaFX menjadi hadiah ulang tahun.

Satu lagi Pusingan pertandingan demo Juara OctaFX kini berakhir, dan kami dengan bangganya ingin mengumumkan para pemenangnya:

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh En. Alexander Lukyanchikov dari Ukraine
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Zainal Abidin dari Indonesia
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh Cik Zunairoh Zunairoh dari Indonesia
  • Tempat keempat dalam pertandingan ini, En. Alfredo Martinez Martinez dari Sepanyol telah memperolehi ganjaran sebanyak USD100

Apakah strategi yang boleh digunakan? Adakah menggunakan semua strategi merupakan satu idea yang bagus? Perlukah anda memilih pasangan matawang tunggal atau berdagang dengan beberapa pasangan matawang sahaja? Bolehkah orang lama mempelajari helah terbaru? Adakah risiko Forex tidak dapat dielakkan? Sekiranya anda bersedia untuk mendapatkan jawapan untuk persoalan di atas, teruskan membaca kisah kemenangan daripada para pemenang kami:

Tempat pertama - En. Alexander Lukyanchikov dari Ukraine

alex1732

Ukraine
Rank1 Gain11426.92%

Terima kasih atas ucapan tahniah yang diberikan! Saya amat gembira untuk berkongsi pengalaman saya dalam pertandingan ini. Adakah anda pernah melihat avatar saya? Sudah beberapa tahun saya menggunakan avatar ini. Ia sebenarnya menggambarkan matlamat saya dalam pertandingan ini: pada mulanya saya sekadar memandang ke arah cermin; tapi kini saya sudah menoleh ke arah lain. Saya berjaya mencapai matlamat hidup saya dan kini saya amat gembira. Pada 2 Julai nanti, saya akan menyambut ulang tahun ke-65. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada OctaFX, kejayaan ini merupakan hadiah ulang tahun terbaik buat saya. Anda fikirkanlah sendiri: pencen saya di Ukrain hanya bersamaan dengan $51 sebulan. Jumlah itu lebih sedikit daripada $600 setahun.

Sudah 8 tahun saya menceburi dagangan ini dan kini saya yakin bahawa dengan memilih satu pasangan matawang adalah lebih baik daripada melihat trend untuk beberapa pasangan matawang lain. Sekiranya anda menumpukan perhatian terhadap satu pasangan matawang sahaja, semua dana anda akan dilokalisasikan, maka lebih mudah untuk anda mengurus dan mengawalnya. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin bercanggahan dengan idea untuk melakukan semua strategi secara sekaligus. Strategi saya mungkin tidak begitu sesuai untuk trend matawang lain, tetapi ia amat berkesan untuk trend pasangan AUDUSD bagi bulan Mei. Saya mula melakukan kesilapan pada bahagian kedua pertandinga ini, jadi saya cuba untuk melaksanakan lindung nilai, kemudian apabila saya menyedari kesalahan yang saya lakukan saya mula memperoleh keuntungan.

Saya tidak habiskan semua masa yang ada dengan strategi ini: apabila saya gagal meramal pergerakan seterusnya, saya akan tunggu selama beberapa hari untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas terhadap trend berkenaan.

Faktor utama dalam kejayaan saya dapat digambarkan sepenuhnya melalui petikan oleh Mark Douglas:

“Apabila ditanya mengenai rahsia kejayaan, mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah mencapai sebarang keadaan yang konsisten dalam pengumpulan harta melalui dagangan sehinggalah mereka mempelajari cara untuk menetapkan disiplin diri, kawalan emosi, dan keupayaan untuk mengubah fikiran agar seiringan dengan pasaran. Pertamanya, saya ingin menyatakan bahawa disiplin diri, kawalan emosi dan keupayaan untuk mengubah fikiran selepas sesuatu komitmen merupakan isu-isu psikologi yang tiada kena mengena dengan perkhidmatan berita, perkhidmatan penasihatan, tukaran baru, atau system dagangan fundamental – sama ada berkomputer atau tidak. Keduanya, berdasarkan pengalaman dagangan, pemerhatian dan penyelidikan yang dilakukan, saya mendapati bahawa semua pedagang – kedua-dua pemenang dan juga pedagang yang kalah – mempunyai pengalaman yang hampir sama. Sama ada pada peringkat permulaan atau pada tahap tertentu dalam kerjaya dagangan mereka, semua pedagang pernah mengalami kekeliruan, kekecewaan, kebimbangan serta kesakitan disebabkan kegagalan. Pedagang bertuah yang berjaya melepasi fasa ini yang akan mula mengumpul harta merupakan antara mereka yang berjaya menghadapi dan mengatasi isu-isu psikologi yang sangat merumitkan mengenai maksud sebenar untuk menjadi seorang pedagang, dan proses untuk menyedari dan melakukan perubahan ini biasa mengambil masa beberapa tahun untuk diatasi, walaupun dalam kalangan mereka yang terbaik. … Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa adalah sukar untuk mengajar helah baru kepada orang lama, namun ia sepatutnya berbunyi “Orang lama tidak boleh mempelajari helah baru”. Keadaan ini tidak menggambarkan bahawa mustahil untuk seseorang tanpa mengira usia untuk melakukan sesuatu perkara baru. Keupayaan tidak menjadi isu di sini.”

Tempat kedua - En. Zainal Abidin dari Indonesia

zero888

Indonesia
Rank2 Gain7439.93%

Saya amat gembira kerana memperoleh tempat kedua pada pusingan kali ini, kerana semua usaha keras saya telah membuahkan hasil! Saya meluangkan selama 3-4 jam sehari untuk melakukan dagangan. Saya cuba untuk mendisiplinkan diri sebaik mungkin tanpa menjadi terlalu tamak. Itulah rahsia kejayaan saya. Dan strategi yang saya gunakan pula ialah SR dan MM. Saya telah melakukan dagangan selama lebih 2-3 tahun dan saya amat yakin untuk mempertingkatkan keupayaan saya ke arah yang lebih baik. Terima kasih kepada OctaFX, atas penghargaan terhadap kemahiran dagangan saya!

Tempat ketiga - Cik Zunairoh Zunairoh dari Indonesia

yuni3456

Indonesia
Rank3 Gain1939.40%

Saya tidak pernah berasa begitu teruja! Saya berasa amat bertuah untuk menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah. Saya tidak meluangkan begitu banyak masa untuk melakukan dagangan, tetapi saya sentiasa memberikan tumpuan dalam setiap dagangan. Saya akan berehat daripada melakukan dagangan buat seketika dan tidak akan berdagang sekadar untuk memperolehi kemenangan. Selepas itu, saya yakin untuk meneruskan pertandingan semula. Saya amat yakin bahawa pengalaman dapat mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan melakukan sesuatu dengan lebih baik. Pengalaman selama lebih kurang 3 tahu atau lebih sudah cukup untuk menjadikan pakar dalam melakukan dagangan. Pengalaman dan kesabaran merupakan factor utama dalam dagangan yang berjaya. Berdasarkan pengalaman saya, data Forex sedia ada tidak semestinya akan mempengaruhi kedudukan carta, jadi nasihat saya adalah supaya jangan mempercayai data yang ada bulat-bulat. Strategi ini sentiasa membantu saya, terutamanya apabila saya berjaya memperolehi 100 pip dalam satu transaksi tunggal.

Pemenang tempat keempat dalam pertandinga ini - En. Alfredo Martinez Martinezdari Sepanyol

Saya merancang untuk memperbaiki prestasi saya dengan ketara untuk pusingan seterusnya dalam pertandingan ini. Telah banyak yang saya pelajari melalui dagangan ini, dan kali ini saya menyedari bahawa adalah berbahaya untuk melakukan dagangan pada leveraj yang tinggi, terutamanya apabila dagangan anda berkisar dengan aset ketidakstabilan tinggi. Walau bagaimanapun, untuk memenangi sesuatu pertandingan, anda perlu menerima risiko ini dan risiko bermaksud kerugian dan juga keutungan yang lumayan. Keuntungan yang tinggi amat diperlukan untuk melayakkan anda untuk disenaraikan dalam pertandingan ini.

Saya tidak menggunakan henti rugi pada kali ini dengan harapan aset akan bergerak seperti yang saya hajatkan, tetapi trend telah menunjukkan keadaan yang sebaliknya. Dengan leveraj yang amat tinggi, semuanya berlaku dengan begitu pantas. Ini hanyalah sekadar pertandingan, jadi saya tidak mengalami sebarang kerugian wang sebenar; namun kedudukan pada tangga keempat sebenarnya tidaklah begitu teruk jika dibandingkan dengan hadiah yang diperolehi. Jadi, memang berbaloi untuk mengambil risiko dalam pertandingan ini. Tanpa risiko, tiada keuntungan.

Sepanjang pertandingan ini, saya sentiasa memantau pasaran dengan semakan berkala (setiap 3-4 jam). Pada mulanya saya memperolehi keuntungan yang agak lumayan, namun pada penghujung minggu pertama baki saya menjadi negatif. Walau bagaimanapun, operasi utama saya merupakan operasi Beli dengan pasangan EURCAD. Alat dagangan kegemaran saya adalah Purata Pergerakan Bersilang dan Pengayun Pintar.

Mungkin masa yang diluangkan adalah berbeza bagi setiap individu bergantung pada keadaan yang dihadapi, namun setelah dua tahun setengah saya mencuba pelbagai perkara, saya rasakan bahawa saya semakin hampir untuk bergelar seorang pedagang yang baik. Kini saya hanya perlu mendagangkan sedikit masa untuk akaun demo bagi tujuan latihan.

 

Anda berinspirasi? Daftar untuk pusingan seterusnya dan jadilah salah seorang daripada Juara OctaFX!

 

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2016 dari OctaFX

Para pedagang yang dihormati! OctaFX ingin mengucapkan kepada semua pedagang yang beragama Islam, selamat menyambut bulan Ramadan – bulan yang mulia dan paling dinanti-nantikan dalam takwim Islam. Ramadan memberikan peluang untuk umat Islam bermuhasabah diri dan terus beribadat kepada-Nya. Ia sememangnya antara hari-hari yang penting dalam tahun Islam.
Baca lagi Previous

Saints Foundation menjaringkan gol di stadium Saint Mary dengan bantuan OctaFX.

Bola sepak merupakan sebahagian yang penting dalam masyarakat kita dan dikenali di dunia sebagai sukan universal di banyak negara. Ia mendidik dan memberi inspirasi kepada orang ramai pelbagai usia, menyatukan orang ramai dan masyarakat.
Baca lagi Next
Mula livechat