Daftar masuk
Buka akaun
Buka akaun
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan ke-57: petua untuk rakan pedagang

OctaFX dengan bangganya ingin mengumumkan pemenang pusingan ke-57 pertandingan demo Juara OctaFX! Empat pedagang bertuah akan berkongsi hadiah terkumpul bernilai USD 1,000 dan berikut merupakan senarai pemenang berkenaan:

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh En. Zaenal Mutaqin SE dari Indonesia
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Nikolaos Papanikolopoulos dari Greece
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh En. Al Hadian Harahap dari Indonesia
  • Tempat keempat dalam pertandingan ini, En. Dian Toni Tarda dari Indonesia dengan ganjaran sebanyak USD 100

Apakah rahsia kemenangan para pemenang? Baca temubual kami bersama mereka untuk mengetahui beberapa petua yang berguna!

Tempat pertama: En. Zaenal Mutaqin SE dari Indonesia

Saya amat bersyukur kepada Tuhan, saya berasa amat gembira kerana terpilih sebagai pemenang pertandingan Juara OctaFX! Sememangnya saya tidak melakukan dagangan pada setiap masa, saya hanya melakukannya apabila saya merasakan waktu itu sesuai untuk berdagang. Sekarang saya sedar bahawa sememangnya bagus untuk terus menyertai beberapa pertandingan lain yang OctaFX tawarkan. Tidak mustahil, sedangkan pertandingan ini pun dapat membawa kejayaan kepada saya. Petua saya ialah jangan terlalu terburu-buru atau mudah terbawa-bawa apabila melakukan dagangan semasa melakukan dagangan dan apabila menyedari bahawa terdapat pedagang lain yang mempunyai lebih ekuiti berbanding diri sendiri. Saya tidak mempunyai pelan terbaik untuk melakukan dagangan, saya hanya gunakan satu teknik yang saya rasakan bermanfaat untuk diri saya. Saya rasa keuntungan yang paling lumayan pernah saya perolehi ialah ketika saya melakukan dagangan dengan tenang dan tidak terburu-buru. Tetapi sudah tentulah, sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, tetapi kita harus sentiasa menilai diri sendiri. Saya rasa 2 tahun merupakan tempoh yang cukup panjang untuk saya menjadi seorang pedagang yang baik.

Tempat kedua: En. Nikolaos Papanikolopoulos dari Greece

Saya berasa amat gembira dan akhirnya saya merasakan bahawa usaha saya telah membuahkan hasil. Saya sentiasa mencuba untuk memperbaiki keupayaan dagangan saya, jadi saya mula mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh OctaFX untuk menguji kemahiran tersebut. Saya meluangkan masa sekurang-kurangnya 3-4 jam sehari untuk menyaksikan pasaran dan cuba untuk mencari titik masuk terbaik untuk kedudukan saya. Saya akan terus menyertai pertandingan OctaFX yang lain dan saya akan mengesyorkannya kepada rakan pedagang saya untuk melakukan perkara yang sama. Sememangnya pertandingan ini merupakan idea yang baik untuk mereka yang ingin mempertingkatkan kemahiran dagangan mereka. Bulan ini, saya melakukan dagangan tanpa melibatkan emosi: Saya cuba untuk tidak memikirkan tentang perkara yang telah dan akan berlaku. Saya pasti bahawa pendekatan ini dan juga idea mudah untuk mengikuti trend telah membantu saya untuk menjadi salah seorang daripada pemenang pada kali ini. Keuntungan paling lumayan saya ialah 231 pip dengan sejumlah ekuiti yang banyak yang telah saya laburkan dalam pasangan EURUSD. Saya pernah mengalami kerugian 541 pip dalam emas tetapi ketika itu saya hanya melakukan pelaburan yang kecil, jadi ia tidak terlalu menjejaskan portfolio dagangan saya. Nasihat untuk pedagang lain? Anda memerlukan masa yang panjang serta usaha yang keras untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, anda perlu sentiasa belajar dan mendapatkan maklumat yang betul mengenai faktor yang dapat mempengaruhi harga. Namun, semua itu pastinya membuahkan hasil.

Tempat ketiga: En. Al Hadian Harahap dari Indonesia

Memang sukar untuk saya percaya! Walaupun saya hanya tersenarai pada tempat ketiga, saya masih salah seorang daripada pemenang dan saya amat teruja mengenainya. Saya hanya melakukan dagangan apabila saya mempunyai masa terluang pada waktu siang dan juga malam. Yang pasti, saya akan terus mengambil peluang ini dan menyertai pertandingan dan promosi lain yang dianjurkan oleh OctaFX. Kemenangan ini telah menjadi inspirasi buat saya! Strategi, petua dan helah saya? Saya hanya sekadar memanfaatkan masa dan detik yang sesuai. Saya juga turut memberikan perhatian terhadap trend serta disiplin diri semasa melakukan dagangan, walaupun dalam dagangan yang ringkas. Saya mencabar diri saya untuk melakukannya dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya tidak pernah berasa jemu untuk terus belajar. Saya sentiasa mengikuti trend D1, H1, M30, M5 dan pelbagai teknik lain. Pada tahap ini, saya belum pernah mengalami sebarang kerugian. Saya ingin terus belajar mengikut kemampuan saya, dan terus melatih diri bagi memupuk tabiat untuk memantau pasaran. Nasihat saya untuk rakan pedagang yang lain, saya hanya boleh katakan bahawa semua keputusan berada di tangan anda. Anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk sampai ke puncak kejayaan, tetapi secara purata, anda memerlukan sehingga 4 bulan, 6 bulan atau pun 1 tahun untuk berjaya. Semua bergantung pada disiplin diri anda sebagai pedagang, di samping keinginan anda untuk belajar.

Sekarang tibalah masa anda untuk mencuba pertandingan demo Juara OctaFX dan menang dalam pusingan yang berikutnya! Anda hanya perlu daftar untuk pusingan yang akan datang! Tidak melibatkan risiko: ini merupakan pertandingan demo yang tidak memerlukan sebarang deposit. Hanya lakukan dagangan dan tingkatkan kemahiran dagangan anda sambil berpeluang untuk merebut salah satu daripada hadiah yang ditawarkan!

Anda boleh menjadi juara OctaFX yang seterusnya!

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Jadual dagangan Hari Kesyukuran AS

Jabatan Teknikal OctaFX ingin memaklumkan bahawa sempena perayaan Hari Kesyukuran yang akan datang, beberapa instrumen akan mengalami perubahan jadual dagangan. Bermula 24 November sehingga 25 November 2016, jadual dagangan untuk beberapa instrumen dan indeks akan mengalami perubahan. Sila teliti jadual berikut dalam merancang dagangan anda.
Baca lagi Previous

OCTAFX TELAH DICALONKAN UNTUK 4 ANUGERAH PALING BERPRESTIJ DALAM ANUGERAH FOREX 2016!

OctaFX amat berbesar hati atas penghargaan yang diberikan oleh para pelanggan dan pakar dagangan, dan kami juga amat berbangga untuk mengumumkan berita gembira berikut: OctaFX telah dipilih untuk mewakili 4 pencalonan dalam Anugerah Forex 2016!
Baca lagi Next
Mula livechat