Daftar masuk
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan ke-58: tiga faktor kejayaan utama

Kami sedia untuk mengumumkan pemenang bertuah bagi pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan ke-58! Hadiah berjumlah USD 1,000 bakal dikongsi bersama empat pedagang:

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh En. Karsono Muslamat dari Indonesia
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Said Yacouti dari Morocco
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh En. Muhlish Tri Hidayat dari Indonesia
  • Tempat keempat dalam pertandingan ini, En. Eka Birawan dari Indonesia menerima ganjaran sebanyak USD 100

Anda ingin mengetahui faktor kejayaan utama dalam melakukan dagangan? Berikut merupakan perkongsian oleh para pemenang kami:

Tempat pertama: En. Karsono Muslamat dari Indonesia

Saya berasa amat gembira dan berbesar hati atas kemenangan dalam pertandingan ini, kejayaan ini bagaikan satu anugerah buat diri saya.

Pertandingan ini tidak memerlukan banyak masa, saya hanya berdagang pada waktu-waktu tertentu yang saya rasakan penting untuk dagangan dilakukan. Saya sentiasa terbuka untuk setiap peluang menyertai pertandingan sebenar, dan kejayaan ini nampaknya bakal menjadi titik permulaan untuk saya menjadi pedagang yang berjaya dalam bidang ini. Kunci kejayaan saya ialah disiplin diri dan keyakinan terhadap teknik dagangan yang saya gunakan. Strategi saya adalah untuk mengelakkan sebarang keputusan yang terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai untuk membuka sesuatu kedudukan. Saya pernah mengalami kerugian secara tiba-tiba, dan saya tidak mempunyai sebarang keuntungan yang besar pada ketika itu, namun setiap kali saya membuka kedudukan selepas itu, saya sentiasa memperoleh keuntungan kecil yang dapat membantu saya untuk berjaya pada akhirnya. Saya merupakan seorang pedagang yang belajar secara bersendirian, saya tidak memiliki sebarang pendidikan khas dan saya memerlukan masa yang panjang untuk belajar. Selepas beberapa kerugian yang dialami sepanjang 2 tahun ini, boleh saya katakan bahawa kini saya merupakan seorang pedagang yang berjaya.

Tempat kedua: En. Said Yacouti dari Morocco

Saya amat berbangga kerana akhirnya saya berjaya memperoleh tempat kedua! Telah saya perhatikan pertandingan ini selama lebih kurang satu bulan dan saya membuat keputusan untuk mencuba nasib pada kali ini. Dan sudah tentu, saya juga akan menyertai pertandingan pusingan yang akan datang. Saya rasa faktor utama kepada kejayaan saya ialah analisis jangka sederhana hampir yang saya lakukan sepanjang pertandingan ini. Strategi saya boleh dihuraikan dengan ayat mudah: beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Bukankah ia begitu mudah dan sempurna? Pertandingan ini turut mengajar saya mengenai satu perkara berharga: Saya mengalami lebih banyak kerugian apabila saya menggunakan strategi jangka panjang. Saya tidak pasti berapa banyak masa yang diperlukan untuk seseorang menjadi pedagang yang berjaya, kerana saya juga masih belajar. Tetapi saya percaya bahawa kita boleh menjadi pedagang berjaya jika kita mampu mengawal diri dan menjadi lebih sabar.

Tempat ketiga: En. Muhlish Tri Hidayat dari Indonesia

Syukur kepada Tuhan! Saya amat gembira, kerana saya tidak pernah menjangka kemenangan ini selepas hampir tiga tahun saya mengambil bahagian dalam pertandingan demo, tetapi kini saya berjaya menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah! Dari segi masa yang diluangkan, saya hanya berdagang antara jam 5 dan 7 waktu tempatan. Selepas itu saya matikan telefon bimbit saya untuk saya memulakan rutin harian yang lain. Kadang-kala, saya juga berdagang pada waktu petang selepas saya pulang dari bekerja. Dengan izin Tuhan, saya akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini semula. Pada pendapat saya, terdapat tiga faktor kejayaan dalam dagangan: 1.

menguasai teknik; 2. mengawal emosi; 3. kesabaran. Saya hanya menggunakan satu teknik sahaja sepanjang pertandingan ini dan saya telah mengamalkannya selama lebih kurang 10 bulan. Sebenarnya saya gunakan teknik Fibonacci. Saya telah terlibat dalam dagangan Forex selama 3 tahun dan kini pulangan modal saya ialah sebanyak 30%. Setakat ini, saya masih belum menjadi yang terbaik, tetapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik.

Sertai para pemenang pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan ke-60! Hanya buka akaun baru dan mula berdagang!

Jadilah salah seorang Juara OctaFX!

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Perubahan jadual cuti Hari Natal dan Tahun Baru

Jabatan Teknikal OctaFX ingin memaklumkan kepada anda bahawa sempena cuti Hari Natal dan Tahun Baru yang akan datang, beberapa instrumen akan mengalami perubahan jadual dagangan.
Baca lagi Previous

Jadual dagangan Cuti Martin Luther King OctaFX

Jabatan Teknikal OctaFX ingin memaklumkan kepada anda bahawa sempena Cuti Martin Luther King yang akan datang, beberapa instrumen akan mengalami perubahan jadual dagangan. Sila teliti jadual berikut dalam merancang dagangan anda.
Baca lagi Next
Mula livechat