OctaFX | OctaFX Forex Broker
    Daftar masuk
      Buka akaun
      Berita Syarikat
      Back

      Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan ke-59: strategi terbaik untuk menang

      Kita sudah ke penghujung bulan, dan ini bermakna tibalah masa untuk kita mengumumkan nama pemenang Pertandingan Demo Juara Pusingan ke-59! Kali ini, hadiah terkumpul sebanyak USD 1,000 akan dikongsi antara para pedagang ini:

      • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh Cik Rawsan Jamila dari Bangladesh
      • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Jin Hong Lu dari China
      • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh En. Sanusi dari Indonesia
      • Tempat keempat dalam pertandingan ini, En. Jon Tra Polta dari Indonesia dengan ganjaran sebanyak USD 100

      Masa untuk mempelajari beberapa helah dagangan daripada pemenang kami! Baca temubual kami bersama mereka untuk mengetahui cara untuk berjaya:

      Tempat pertama: Cik Rawsan Jamila dari Bangladesh

      Apakah perasaan saya menjadi Juara OctaFX? Mudah sahaja: Saya berasa gembira! Sudah lama saya mula mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jadi saya amat teruja untuk menjadi juara pada kali ini. Pertandingan ini merupakan peluang terbaik, jadi saya akan sentiasa mengambil bahagian. Faktor kejayaan saya ialah dengan melakukan perkara yang betul pada masa yang betul. Itu sahaja. Cara itu sentiasa berkesan untuk saya berbanding yang lain. Strategi saya ialah Surih Semula Fibonacci, biasanya saya hanya akan menggunakan strategi ini sahaja. Keuntungan terbaik saya ialah $7,080. Kali ini, saya tidak menghadapi kerugian yang besar. Nasihat saya buat pedagang baru: tiada had masa untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya. Tetapi saya rasa anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk mencapai kejayaan sekiranya anda sudah mempunyai pendidikan yang bersesuaian.

      Tempat kedua: En. Jin Hong Lu dari China

      Saya hanya melakukan dagangan, bertanding dan berharap untuk menang pada sepanjang bulan. Jadi, saya amat berbangga untuk melihat usaha ini akhirnya membuahkan hasil. Mungkin saya perlukan lebih banyak masa untuk belajar, tetapi selepas itu, saya akan cuba untuk menyertai lebih banyak pusingan pertandingan ini! Faktor kejayaan saya ialah... nasib yang baik, mungkin. Saya tidak mempunyai strategi yang khusus, saya hanya membuka kedudukan yang besar.

      Tempat ketiga: En. Sanusi dari Indonesia

      Saya tidak meluangkan banyak masa untuk melakukan dagangan, jadi saya amat berbangga untuk menjadi salah seorang pemenang dalam pusingan ini. Saya pasti akan menyertai lebih banyak pertandingan yang dianjurkan oleh OctaFX nanti. Kunci kejayaan saya ialah fokus dan pengiraan yang baik. Saya telah mencuba pelbagai strategi, tetapi saya masih tidak dapat menentukan strategi terbaik buat saya. Anda sentiasa boleh mendapatkan maklumat dalaman dari sini. Luangkan masa satu tahun untuk memperkukuhkan strategi dagangan anda, dan anda akan menjadi seorang pedagang yang berjaya!

      Tempat keempat: En. Jon Tra Polta dari Indonesia

      Saya berjanji kepada diri saya untuk mempertingkatkan prestasi saya untuk menewaskan peserta lain. Walau bagaimanapun, dagangan jangka panjang bukan merupakan cara dagangan terbaik buat saya, jadi saya perlu mencuba nasib dengan menyertai pertandingan lain pada masa akan datang. Saya amat gemar menggunakan Bollinger Band semasa melakukan dagangan, ia merupakan strategi dagangan kegemaran saya dan saya amat menyarankannya.

      Bersedia untuk mencuba pertandingan demo Juara? Daftar sekarang untuk mengambil bahagian dalam pusingan berikutnya dan bersedia untuk menang!

      OctaFX: membawa peluang kepada anda

      octafx-champion promotions-and-contests success-story

      Jadual dagangan Cuti Martin Luther King OctaFX

      Jabatan Teknikal OctaFX ingin memaklumkan kepada anda bahawa sempena Cuti Martin Luther King yang akan datang, beberapa instrumen akan mengalami perubahan jadual dagangan. Sila teliti jadual berikut dalam merancang dagangan anda.
      Baca lagi Previous

      OctaFX: Broker Forex Terbaik di Eropah untuk dua tahun berturut-turut!

      OctaFX telah diiktiraf sebagai Broker Terbaik di Eropah tahun 2016 oleh Forex-Awards.com
      Baca lagi Next
      Start livechat