Daftar masuk
Buka akaun
Buka akaun
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan 60: semangat dan keuntungan

Satu lagi Pusingan pertandingan demo Juara OctaFX telah berakhir dan empat orang pedagang berkongsi dana hadiah sebanyak USD 1000. Berikut ialah para pemenangnya:

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD 500 dimenangi oleh En. Reaj Uddindari Bangladesh
  • Tempat kedua dengan hadiah USD 300 dimenangi oleh En. Salamet dari Indonesia
  • Tempat ketiga dengan hadiah USD 100 dimenangi oleh En. Pham Phu Quidari Vietnam
  • Pemenang terakhir dalam pertandingan ini, En Kadmani dari Indonesia diberikan hadiah USD 100

Apakah strategi Forex yang para pedagang ini akan cadangkan? Bacalah untuk mengetahui cara mencapai kecemerlangan!

Tempat Pertama: En. Reaj Uddin dariBangladesh

Apa perasaan saya tentang menjadi Juara OctaFX? Jawapannya mudah sahaja - saya rasa sangat baik! Saya mendapat mesej daripada kawan saya yang memberitahu tentang pertandingan ini, jadi saya mengambil bahagian. Pertandingan ini langsung tidak mengambil masa saya yang lama. Saya mungkin akan turut menyertai pusingan seterusnya. Saya berdagang menggunakan semua pengetahuan yang saya dapat selama ini dan semua perhatian yang boleh saya berikan pada ketika itu. Itulah kunci kejayaan utama saya. Sejujurnya, keuntungan yang saya dapat dalam pertandingan ini merupakan keuntungan yang paling hebat pernah saya dapat. Saya mengambil masa yang lama untuk menjadi pedagang yang benar-benar berjaya, mungkin dari 3 hingga 5 tahun. Oleh itu, kita semua perlu belajar, saya juga.

Tempat kedua: En. Salamet dari Indonesia

Rasa seronok dapat menang walaupun hanya di tempat kedua! Dagangan adalah pengalaman yang menyeronokkan bagi saya, jadi saya hanya mengambil masa untuk menganalisis dan memasuki pasaran, begitulah caranya saya berdagang. Saya tahu ini hanyalah permulaan bagi kejayaan saya, oleh itu saya akan meneruskan dan menyertai setiap pusingan baru bagi pertandingan ini pada masa akan datang. Sudah tentu saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Kunci kejayaan saya ialah pengetahuan, jadi saya sentiasa menggunakan pengetahuan yang saya dapat daripada pelbagai sumber. Dalam pertandingan ini, saya hanya mengikut arah aliran dan melakukan yang terbaik. Saya sentiasa bertindak dengan berhati-hati untuk meminimumkan kerugian dan memaksimumkan peluang, jadi saya tidak mengalami kerugian yang besar. Semuanya bergantung pada usaha individu, tetapi anda mungkin juga memerlukan mentor yang boleh dipercayai. Berdasarkan pengalaman saya, boleh mengambil masa lebih daripada lima tahun untuk menjadi pedagang yang sebaik mungkin.

Tempat ketiga: En. Pham Phu Qui dariVietnam

Saya agak kecewa kerana hanya memenangi tempat ketiga selepas mendahului untuk masa yang lama. Tetapi...apa-apa sahajalah. Saya masih mendapat hadiah yang kecil. Saya juga ingin menyertai pertandingan lain, saya rasa seronok untuk bersaing sekarang! Saya fikir saya lebih bersemangat berbanding orang lain, jadi saya rasa ia suatu kelebihan bagi seorang pedagang. Gabungan strategi saya ialah analisis teknikal + fundamental. Ironinya, keuntungan paling baik saya dan kerugian paling besar berlaku pada hari terakhir pertandingan.

Sudah bersedia untuk mencuba sendiri Pertandingan demo Juara? Semudah itu: hanya buka akaun baru dan sertai pusingan seterusnya sekarang!

Pertandingan demo Juara OctaFX: kejayaan yang menjadi inspirasi

octafx-champion promotions-and-contests success-story

OCTAFX MERAIKAN ULANG TAHUN KELIMA DAN PERTUMBUHAN YANG HEBAT SELAMA LIMA TAHUN

OctaFX, broker forex yang terkenal kerana menawarkan spread terendah dalam industri, meraikan ulang tahun kelimanya pada bulan Februari ini dan mengumumkan pertumbuhan yang hebat selama lima tahun berturut-turut.
Baca lagi Previous

OctaFX menerima anugerah untuk Syarat Dagangan Terbaik 2016 daripada FX Report

Pada tahun 2016, OctaFX menawarkan satu set syarat dagangan baru dan dipertingkat, dan langkah ini diiktiraf sebagai terbaik dalam industri oleh majalah FX Report, yang mana penganalisis pakar menilai institusi kewangan di seluruh dunia. OctaFX juga telah dianugerahkan sebagai Broker Forex STP Terbaik 2016 oleh majalah Forex Report, anugerah yang telah diberikan kepada kami selama dua tahun berturut-turut.
Baca lagi Next
Mula livechat