OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan 63: Penunjuk kejayaan

Pusingan 63 Pertandingan Demo Juara OctaFX sudah selesai. Tahniah kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

Tahniah kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  •       Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Boery Waluyo dari Indonesia
  •       Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Giana Winda Putri dari Indonesia
  •       Tempat ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Tan Wai Chew dari Malaysia
  •       Pemenang terakhir dalam pertandingan ini Seregey Kuchmenko dari Uzbekistan menerima hadiah USD100

Sabar, analisis dan ketabahan. Adakah anda layak menjadi juara? Pemenang bulan Mei sememangnya layak. Baca selanjutnya untuk mengetahui cara mereka berdagang sehingga berjaya.

TEMPAT PERTAMA: BOERY WALUYO DARI INDONESIA

Saya sangat gembira kerana memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Demo Juara OctaFX pada bulan ini dan saya akan mengambil bahagian dalam pertandingan akan datang selepas kejayaan ini. Teknik saya melibatkan analisis mudah untuk menentukan sama ada pasaran meningkat atau menurun sebelum membuka dagangan. Selepas saya membuat dagangan, saya menggunakan penunjuk Fibonacci untuk mengenal pasti aras utama sokongan dan rintangan. Aras Fibonacci ialah sasaran keuntungan saya. Saya cuba mengelakkan teknik scalping dan kekal pada analisis saya sendiri bagi pergerakan teknikal dalam pasaran. Selain menggunakan penunjuk Fibonacci, saya juga menggunakan penunjuk EMA 34, EMA 5, EMA 7 dan RSI (Indeks Kekuatan Relatif) untuk memahami arah pasaran.

Semua dagangan saya semasa pertandingan ini mencapai keuntungan - ini tidak dijangka sama sekali. Saya sentiasa mengira keuntungan saya berdasarkan jumlah mata atau pip yang boleh dicapai; pada pendapat saya, lebih banyak pip yang dicapai, lebih baik strategi dagangan kita.

Saya tidak boleh menetapkan tempoh masa yang perlu diambil untuk menjadi pedagang yang bagus kerana keadaan pasaran sangat dinamik. Apabila pedagang lebih memerhatikan dan lebih memahami keadaan pasaran, lebih baik peluang mereka untuk menjadi pedagang yang baik. Saya percaya kita boleh belajar daripada satu sama lain untuk meningkatkan strategi dagangan individu kita. 

TEMPAT KEDUA: GIANA WINDA PUTRI DARI INDONESIA

Saya rasa sangat gembira menjadi salah seorang pemenang pada bulan ini! Saya benar-benar rasa seronok mengambil bahagian dalam pertandingan ini, tetapi saya hanya boleh berdagang sekali-sekala. Memang benar anda tidak perlu menumpukan semua masa anda untuk berdagang bagi mencapai kejayaan! Sudah tentu saya akan mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya pada bulan Jun.

Strategi saya adalah tentang analisis fundamental dan banyak bersabar. Saya membuka pasaran pada masa pengumuman berita penting dan menganalisis sifat kisah berita itu ketika diumumkan setiap hari berdasarkan kalendar ekonomi. Menggunakan teknik ini saya mendapat 250 pip hasil daripada pengumuman berita yang mempengaruhi NZD. Saya rasa anda boleh menjangkakan untuk menjadi pedagang yang bagus selepas setahun pembelajaran yang berterusan - itulah yang memerlukan dedikasi.

TEMPAT KETIGA: TAN WAI CHEW DARI MALAYSIA 

Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu saya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Demo Juara OctaFX pada bulan ini. Saya sudah berdagang forex selama lebih dari tiga tahun tetapi saya tidak menggunakan strategi yang khusus, saya bergantung pada pengalaman dan naluri. Saya menggunakan carta H4 kerana inilah teknik yang paling cekap masa bagi saya. Saya tidak fikir saya pedagang yang cemerlang, tetapi saya percaya saya memiliki mentaliti yang betul (dan mungkin juga tuah! Saya tidak mengalami kerugian yang besar semasa pertandingan ini). Pada pendapat saya, sekurang-kurangnya setahun diperlukan untuk menjadi pedagang yang bagus, selagi anda memiliki sikap yang betul. 

octafx-champion success-story

Perubahan dalam syarat dagangan disebabkan oleh Pilihan Raya Parlimen di UK

Harap maklum bahawa keperluan margin akan berubah di setiap platform pada 8 Jun 2017 disebabkan oleh Pilihan Raya Parlimen di UK. Perubahan berikut akan dikuatkuasakan dari 00:00 EEST 8 Jun 2017 hingga 00:00 EEST 12 Jun 2017.
Baca lagi Previous

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 daripada OctaFX

Tahniah kepada semua pelanggan kami yang berharga dan setia yang telah berjaya menyempurnakan Ramadan dan sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Baca lagi Next
Mula livechat