OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan ke-64: Memahami keuntungan dan kerugian

Pusingan ke-64 Pertandingan Demo Juara OctaFX kini telah selesai.

Tahniah diucapkan kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD 1,000 bulan ini!

  •       Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh Anouar Kasri dari Morocco
  •       Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh Anita Lestari dari Indonesia
  •       Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh Agus Supiyadi dari Indonesia
  •       Tempat keempat dalam pertandingan ini, Puan Sukamti dari Indonesia dengan ganjaran sebanyak USD 100

Pemenang terkini kami menjelaskan kepentingan untuk mengawal emosi anda dan meluangkan jumlah masa yang sesuai untuk mempelajari dan mengaplikasikan strategi dagangan untuk mengenal pasti peningkatan yang ketara. Apakah rahsia untuk berdagang? Baca lebih lanjut untuk mengetahui pendapat mereka.

TEMPAT PERTAMA: ANOUAR KASRI DARI MOROCCO

Teruja. Itulah perkataan untuk menggambarkan perasaan saya untuk menduduki tempat pertama. Memang hebat! Saya meluangkan banyak masa dan tenaga pada bulan ini untuk menjadi pedagang terbaik dalam bulan ini. Saya percaya bahawa kesungguhan dan kesabaran saya merupakan faktor utama dalam kejayaan saya. Saya memilih untuk menggunakan analisis teknikal untuk memantau pergerakan pasaran dan mengenal pasti titik kemasukan.

Strategi kemenangan saya termasuklah dengan menggunakan penarikan Fibonacci dan purata pergerakan untuk mendagangkan GBPUSD dan GBPJPY yang dipacu oleh ketidakstabilan yang tinggi. Keuntungan paling lumayan pernah saya terima adalah dalam pertandingan ini, tetapi saya turut mengalami beberapa kerugian. 

TEMPAT KEDUA: ANITA LESTARI DARI INDONESIA

Saya amat gembira kerana menjadi salah seorang pemenang pertandingan Demo Juara OctaFX. Saya tidak pernah menyangka untuk perkara ini berlaku, dan inilah pertama kali saya mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Saya menggunakan masa yang terluang untuk melakukan dagangan dan mula berdagang beberapa hari sebaik sahaja pertandingan bermula. 

Kunci kejayaan saya adalah dengan bersikap memilih dan sabar untuk memilih kedudukan dagangan yang betul. Saya menggunakan kombinasi analisis kuasa pada lilin H1 dan analisis fundamental. Ia mengambil masa kira-kira dua tahun untuk memahami pergerakan pasaran dan menjadi seorang pedagang yang baik. Saya telah menikmati keuntungan 200% bagi pasangan matawang GBPUSD semasa pertandingan menggunakan analisis fundamental. Pengalaman dagangan pertama saya dalam pertandingan ini amat menguntungkan, jadi saya pastinya akan menyertai lebih banyak promosi pada masa akan datang. 

TEMPAT KETIGA: AGUS SUPIYADI DARI INDONESIA

Saya amat gembira untuk mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Demo Juara OctaFX. Terima kasih diucapkan kepada pertandingan ini, saya banyak belajar daripadanya untuk menjadi pedagang yang lebih berdisiplin. Kunci kejayaannya adalah untuk mengembangkan potensi yang wujud dalam diri kita. Saya tidak percaya bahawa terdapat rahsia dalam melakukan dagangan, perkara yang penting adalah data sebenar yang perlu dipelajari dan diaplikasikan. Perkara paling penting dalam menjadi seorang pedagang yang mahir adalah untuk meluangkan masa yang sesuai untuk mempelajari teknik dagangan dan memahami pasaran.

DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG TEMPAT KEEMPAT, PUAN SUKAMTI DARI INDONESIA

Telah banyak yang saya pelajari dengan mengambil bahagian dalam pertandingan Demo Juara OctaFX. Saya akan terus berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih baik dalam pertandingan akan datang, dan sementara itu saya akan terus mengkaji teknik analisis pasaran dan berlatih untuk menjadi lebih cekap. Dalam beberapa kes yang saya ketahui, saya mungkin dapat memperoleh keuntungan yang lebih lumayan jika saya meluangkan lebih banyak masa untuk menganalisis kedudukan pasaran sebelum menempatkan dagangan. Kawalan emosi adalah kunci kejayaan saya.

Jadilah juara OctaFX

Capai peringkat yang seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan membawa kepada hadiah wang tunai, jadi daftar sekarang untuk mengambil bahagian dalam pusingan Pertandingan Demo Juara OctaFX yang berikutnya.

 

octafx-champion

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 daripada OctaFX

Tahniah kepada semua pelanggan kami yang berharga dan setia yang telah berjaya menyempurnakan Ramadan dan sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Baca lagi Previous

Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan 65: Pedagang Indonesia menguasai pertandingan

Pusingan 65 Pertandingan Demo Juara OctaFX sudah selesai. Pada bulan ini pedagang kami telah mempelajari kepentingan merasai pengalaman kerugian dan juga keuntungan. Fokus, analisis fundamental dan berpegang pada strategi dagangan individu kegemaran mereka ialah faktor penting kejayaan para pemenang Pertandingan Demo Juara bulan ini.
Baca lagi Next
Mula livechat