OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan 65: Pedagang Indonesia menguasai pertandingan

Pusingan 65 Pertandingan Demo Juara OctaFX sudah selesai.

Tahniah kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Endi Wahyudi dari Indonesia
  • Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Sukiyatno dari Indonesia
  • Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Hansen Yosa dari Indonesia
  • Pemenang terakhir dalam pertandingan ini Hasan Sajali dari Indonesia memenangi hadiah USD100

Pada bulan ini pedagang kami telah mempelajari kepentingan merasai pengalaman kerugian dan juga keuntungan. Fokus, analisis fundamental dan berpegang pada strategi dagangan individu kegemaran mereka ialah faktor penting kejayaan para pemenang Pertandingan Demo Juara bulan ini.

TEMPAT PERTAMA: ENDI WAHYUDI DARI INDONESIA

Strategi saya menggunakan analisis fundamental, oleh itu saya meluangkan kebanyakan masa saya untuk berdagang apabila terdapat peristiwa berita yang besar. Saya membuka dagangan apabila saya yakin bahawa analisis pasaran fundamental berpadanan secara tepat dengan kalendar ekonomi dan tajuk berita utama. Setakat ini, saya belum pernah mengalami kerugian yang besar dan saya berharap tidak akan mengalaminya. Saya sangat gembira kerana menjadi pemenang pada bulan ini! 

TEMPAT KEDUA: SUKIYATNO DARI INDONESIA

Saya sangat gembira kerana mendapat tempat kedua dalam pertandingan pada bulan ini! Pada mulanya, saya fikir tidak berpeluang untuk berjaya kerana begitu ramai pedagang lain yang turut mengambil bahagian, tetapi saya teruja dan sentiasa fokus pada strategi dagangan saya. Saya bersyukur kerana segala-galanya berjalan dengan lancar, walaupun saya meluangkan masa yang banyak untuk menyertai pertandingan ini. Kemampuan saya untuk fokus dan konsisten ialah faktor penting kejayaan saya. Strategi saya menggabungkan teknik bekalan dan permintaan dengan kaki lilin dan saya berpegang pada pendekatan ini. Nampaknya saya membuat pilihan yang baik untuk berdagang GBPJPY dan USDJPY, mengalami beberapa kerugian pada peringkat awal pertandingan, tetapi pulih selepas itu.

Saya pasti akan berdagang pada akaun sebenar dengan dana hadiah saya, harap-harap saya akan mendapat untung. 

TEMPAT KETIGA: HANSEN YOSA DARI INDONESIA

Saya rasa bersyukur kerana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini dan saya teruja untuk cuba berdagang pada akaun sebenar dengan dana hadiah saya. Nasihat saya adalah bersabar dan tunggu waktu yang tepat untuk membuat dagangan - saya hanya berdagang semasa keadaan tertentu menggunakan analisis fundamental, oleh itu saya tidak perlu membuka dagangan pada setiap hari dan saya tidak mengalami kerugian yang besar. 

DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG TERAKHIR HASAN SAJALI DARI INDONESIA

Saya sangat gembira kerana menjadi pemenang terakhir pada bulan ini, tetapi saya telah melakukan beberapa kesilapan kerana sangat bercita-cita untuk memenangi tempat pertama. Saya banyak belajar daripada penyertaan dalam Pertandingan Demo Juara OctaFX ini, dengan gabungan keuntungan besar dan juga beberapa kerugian yang banyak pada minggu pertama. Strategi pilihan saya adalah menggunakan Fibonacci. Saya rasa ia bergantung pada orang yang pedagang jadikan sebagai guru dan cara mereka mentafsirkan analisis pasaran, tetapi saya percaya terdapat kemungkinan untuk menjadi pedagang baik dalam masa setahun.

Jadilah juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo Juara OctaFX

Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan ke-64: Memahami keuntungan dan kerugian

Pemenang terkini kami menjelaskan kepentingan untuk mengawal emosi anda dan meluangkan jumlah masa yang sesuai untuk mempelajari dan mengaplikasikan strategi dagangan untuk mengenal pasti peningkatan yang ketara. Apakah rahsia untuk berdagang? Baca lebih lanjut untuk mengetahui pendapat mereka.
Baca lagi Previous

Dapatkan hadiah yang dijamin dengan Dagang&Menang OctaFX

OctaFX memberikan hadiah! Kumpulkan lot hadiah setiap kali anda berdagang dengan OctaFX dan tukarkan untuk hadiah alatan teknologi yang hebat. Mudah sahaja, lebih banyak anda berdagang dengan kami, lebih baik hadiahnya.
Baca lagi Next
Mula livechat