OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pusingan 67 Pertandingan Demo Juara OctaFX: bertenang dan teruskan berdagang

Pusingan 67 Pertandingan Demo Juara OctaFX kini sudah selesai.

Tahniah kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Agung Yuanto dari Indonesia
  • Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Ardo Ramdhani dari Indonesia
  • Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Mochamad Zamroni dari Indonesia
  • Pemenang terakhir, Irvan Irvan dari Indonesia menerima USD100

Pemenang baru kami berkongsi perasaan dan pandangan mereka tentang pusingan yang lepas, serta memberitahu kami betapa intensifnya penyertaan mereka dan mendedahkan faktor penentu dalam kejayaan mereka. Ketahui selanjutnya dalam temu bual kami dengan pedagang terbaik Pusingan 67 Pertandingan Demo Juara OctaFX.

TEMPAT PERTAMA: AGUNG YUANTO DARI INDONESIA

Saya sangat teruja dapat memenangi tempat pertama kerana saya memberikan sepenuh masa dan tumpuan saya terhadap pusingan ini untuk mencapai keputusan yang terbaik. Saya perlu bersabar untuk mendapat tempat pertama. Saya tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dan juga promosi yang akan datang daripada OctaFX.

Saya masih baru, oleh itu saya belum menemui strategi yang terbaik untuk saya. Saya harap dalam masa kira-kira 10 tahun lagi saya akan menjadi pedagang profesional. Sejujurnya, hadiah ini merupakan keuntungan yang hebat untuk saya kerana saya agak kerap mengalami kerugian.

TEMPAT KEDUA: ARDO RAMDHANI DARI INDONESIA

Saya sangat gembira dapat menjadi pemenang kedua. Saya memberikan perhatian semasa pertandingan ini untuk mencari strategi yang sesuai untuk saya. Saya rasa saya mendapat tempat kedua kerana bersabar dan gigih manakala peserta lain berebut-rebut untuk membuka kedudukan. Kemenangan ini memberi saya dorongan untuk terus menyertai pertandingan dan promosi OctaFX pada masa depan. Memenangi pusingan ini ialah keuntungan saya yang terbesar dan paling menarik.

TEMPAT KETIGA: MOCHAMAD ZAMRONI DARI INDONESIA

Saya sangat teruja untuk menjadi pemenang, walaupun tempat ketiga kerana inilah kemenangan pertama saya dalam pertandingan OctaFX. Saya tidak betul-betul terlibat dalam pertandingan ini dari mula, tetapi apabila hampir tamat, saya menumpukan seluruh masa dan usaha saya untuknya. Saya memanfaatkan semua peluang yang ada, oleh itu saya terus mengambil bahagian dalam Pertandingan Juara OctaFX dan juga promosi lain.

Faktor utama kejayaan pada pendapat saya ialah ketabahan dan keupayaan untuk belajar daripada kesilapan sendiri.

Strategi saya untuk pertandingan ini ialah Breakout digabungkan dengan sokongan rintangan, tetapi saya terus terbuka untuk alternatif lain yang mungkin lebih baik. Pada pendapat saya, lima tahun diperlukan sekurang-kurangnya untuk menjadi pedagang yang baik, kerana pada peringkat ini pedagang akan belajar daripada kegagalan dan mendapat pengalaman yang baik dalam pergerakan pasaran yang dinamik.

 

Jadi juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo Juara OctaFX.

octafx-champion

MT4 dan MT5 memutuskan sambungan dengan semua binaan di bawah 1065

Pada 1 Oktober, MetaTrader4 akan memutuskan sambungan dengan semua binaan di bawah 1065.
Baca lagi Previous

Temu bual dengan pedagang

Kami menemu bual pedagang kami, Irma Anisa dari Indonesia, dan Efstathios Doufekas dari Greece, untuk berkongsi pengetahuan mereka dan memberi anda gambaran tentang perdagangan Forex.
Baca lagi Next
Mula livechat