OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

PERTANDINGAN DEMO JUARA OCTAFX, PUSINGAN KE-72: SAYA DATANG UNTUK MENANG

Pusingan ke-72 Pertandingan Demo Juara OctaFX kini telah selesai.

Tahniah diucapkan kepada empat lagi pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD 1,000 bulan ini!

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh Mulyadi dari Indonesia
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh Asraful Alam dari Bangladesh
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh Norbert Kiss dari Hungary
  • Tempat keempat diterima oleh Mohammad Tausif Ansari, dari Kuwait dengan ganjaran sebanyak USD 100

Para pemenang kami telah berkongsi perasaan dan pendapat mereka berkenaan pusingan terdahulu dan mendedahkan pendorong utama kejayaan mereka. Kenali siapa mereka serta pendapat mereka mengenai kemenangan dalam temu bual kami. Siapa tahu, kami mungkin menyebut kisah anda pula dalam pertandingan berikutnya!

TEMPAT PERTAMA: MULYADI DARI INDONESIA

Segalanya berjalan dengan lancar! Saya berasa amat berjaya dengan memenangi pertandingan ini!

Saya hanya melakukan dagangan pada masa lapang, dan saya tidak meluangkan sepenuh masa saya untuk pertandingan ini pun. Mulai hari ini, saya akan sentiasa mengikuti pertandingan ini serta promosi lain, untuk membuktikan kepada diri saya bahawa saya boleh mencapai lebih banyak perkara.

Sebenarnya, kunci kejayaan saya adalah dengan tidak bersikap cuai, dan saya perlu bersikap sabar dan cekal serta tidak melibatkan emosi dalam proses dagangan.

Secara jujur, saya amat terkejut dengan kemenangan saya, yang pastinya satu peristiwa yang sangat bertuah kerana saya hanya berdagang menggunakan akaun demo pada sebelum ini.

Tapi walau bagaimanapun, pengalaman sangat penting untuk berdagang dengan baik, bagi saya, 2 tahun pengalaman cukup untuk menjadikan anda seorang pedagang yang handal.

TEMPAT KETIGA: NORBERT KISS DARI HUNGARY

Sebelum ini, saya telah mengambil bahagian dalam pertandingan mingguan, tetapi saya tidak pernah menang. Memang seronok apabila pembelajaran yang bertahun lamanya akhirnya membuahkan hasil.

Saya tidak meluangkan terlalu banyak masa dalam pertandingan ini. Sebenarnya, saya telah benar-benar terlupa yang saya telah mendaftar, jadi saya mula melakukan dagangan satu minggu selepas pertandingan bermula dan berjaya membuka 9 dagangan sepanjang seluruh pertandingan.

Kunci kejayaan adalah untuk bersikap tenang dan sabar. (Saya tahu itu jawapan yang terlalu biasa, tapi ia memang benar.)

Taktik dagangan yang saya gunakan hanyalah analisis teknikal. Saya tidak melakukan dagangan pada setiap masa, tetapi sekadar menunggu untuk waktu pembukaan terbaik dan beri perhatian pada kedudukan yang saya rasakan paling sesuai.

Dalam pertandingan ini, hanya satu daripada kedudukan saya yang mengalami kerugian (-$250) dan saya telah menjana 900% keuntungan dengan 2 kedudukan, kedua-duanya merupakan pasangan matawang GBP/JPY.

Anda perlukan banyak masa dan tenaga untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, saya telah berdagang selama 4 tahun, tetapi saya masih tidak menganggap bahawa saya seorang pedagang yang baik.

Jadilah juara OctaFX

Capai peringkat yang seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan membawa kepada hadiah wang tunai, jadi daftar sekarang untuk mengambil bahagian dalam pusingan Pertandingan Demo Juara OctaFX yang berikutnya.

octafx-champion promotions-and-contests

PERUBAHAN JADUAL DAGANGAN DISEBABKAN PERALIHAN MASA MUSIM PANAS 2018

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan dalam jadual dagangan disebabkan peralihan masa musim panas.
Baca lagi Previous

JADUAL DAGANGAN HARI EASTER 2018

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan dalam jadual dagangan pada hari cuti Ester. Khamis 29 April, AUS200 dibuka dari pukul 02:50 hingga 17:00 EET.
Baca lagi Next
Mula livechat