OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Demo OctaFX Champion, Pusingan 83: Kemenangan Menyelesaikan Segala-Galanya

Pusingan 83 Pertandingan Demo OctaFX Champion sudah selesai.

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Abdul Shakoor dari Pakistan
  • Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Junming Zhang dari China
  • Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Imam Mustofa dari Indonesia
  • Pemenang terakhir, Azzumar dari Indonesia menerima USD100

Pemenang baru kami berkongsi perasaan dan pandangan mereka tentang pusingan yang lepas, serta mendedahkan faktor utama kejayaan mereka. Ketahui semua rahsia mereka dalam temu bual kami dengan pedagang terbaik dalam Pertandingan Demo OctaFX Champion terbaru.

TEMPAT PERTAMA: Abdul Shakoor dari Pakistan

Saya sangat gembira kerana menjadi pemenang. Saya rasa pengalaman, kerja keras dan dedikasi saya yang membantu kemenangan saya. Saya menggunakan scalping dan mengikut trend apabila berdagang. Semasa pertandingan ini, saya mendapat keuntungan yang besar apabila mula menjual. Saya pasti akan menyertai pertandingan yang seterusnya!

TEMPAT KEDUA: Junming Zhang dari China

Terima kasih kepada OctaFX kerana menyediakan platform yang kami boleh menunjukkan kemahiran dagangan kami. OctaFX adalah yang terbaik kerana spread rendah dan pelaksanaan pantas.

Pada bulan pertandingan, saya ketepikan perkara yang lain untuk menumpukan perhatian pada pertandingan ini.Saya bersedia untuk pertandingan yang akan datang selepas memenangi pertandingan ini pada kali ini. Faktor utama kejayaan saya ialah sikap yang baik, saya tidak kisah tentang untung atau rugi, tetapi saya tidak pernah ragu-ragu. Perkara yang membezakan saya dengan orang lain mungkin kemampuan saya untuk merebut peluang daripada berita tergempar yang memberikan kesan pada pasaran FX. Strategi dagangan saya adalah melukis garis trend turun dan naik pada carta garis K dan membuat pesanan pada kedudukan yang ekstrem bagi garis atas dan bawah. Bukan sahaja saya memanfaatkan kuasa momentum, tetapi juga memanfaatkan perdagangan menentang trend dan sedikit kenaikan semula.

Keuntungan terbesar saya dibuat sebelum keputusan FOMC dan panduan dasar diumumkan. Saya membuat 150 lot panjang pada EUR/USD dan ekuiti akaun saya meningkat daripada USD 100,000 kepada lebih daripada USD 200,000. Kerugian terbesar saya kira-kira USD 40,000 daripada pesanan pendek USD/CAD.

Saya rasa perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk menjadi pedagang yang baik.

TEMPAT KETIGA: Imam Mustofa dari Indonesia

Saya sangat gembira. Saya berdagang dalam pertandingan ini pada masa kerja, oleh itu saya tidak meluangkan banyak masa.

Saya rasa faktor utama kejayaan ialah pedagang mesti memahami pengurusan risiko bagi kerugian dan keuntungan dan belajar cara membaca arah pasaran.

Strategi saya dalam dagangan adalah mencuba untuk melaksanakan pelan dagangan yang berdisiplin, mengehadkan henti rugi, cuba mendapatkan sebanyak mungkin keuntungan dan perdagangan mental yang berani.

Keuntungan saya yang besar berlaku apabila saya menggunakan carta 5 minit dan mendapat keuntungan yang besar dalam tempoh masa yang singkat dan kerugian berlaku apabila henti rugi saya mencapai harga dagangan.

Pada pendapat saya, menjadi pedagang yang baik ialah proses yang berterusan dan lebih banyak pembelajaran dan latihan akan mengasah kemahiran analisis kita.

Dan tahniah kepada pemenang tempat terakhir: Azzumar, dari Indonesia

Jadi juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo OctaFX Champion.

octafx-champion promotions-and-contests

Tahun Baru Cina telah tiba di OctaFX

Raikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini dengan penuh gembira dan kemeriahan. Kami berharap agar anda semua dapat mencapai setiap perkara yang paling bermakna dalam kehidupan anda.
Baca lagi Previous

Lindungi Diri Anda daripada Komplot 'Pempengaruh' di Media Sosial

Berhati-hati dengan aktiviti memancing data dan penipuan yang meniru perkhidmatan kami yang aktif baru-baru ini. Ini termasuk laman web ‘o-ctafx . com’ yang tidak mempunyai kaitan dengan kami. Pemiliknya telah mereplikakan produk kami secara haram dan menggunakannya untuk memikat pelabur.
Baca lagi Next
Start livechat