OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan Ke-86: masa untuk menguji keupayaan anda

Pusingan ke-86 Pertandingan Demo kini berakhir, maka tibalah masanya untuk mengumumkan nama-nama pemenang.

Syabas diucapkan kepada para pemenang pusingan kali ini atas prestasi mereka yang luar biasa.

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh Koko Koeha Ruzaman dari Indonesia.
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh Rahmadhi Pamungkas dari Indonesia.
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh Sanusi Mamat dari Malaysia.
  • Tempat keempat diterima oleh Willy Nugroho Trisula dari Indonesia dengan ganjaran sebanyak USD 100.

Pedagang terbaik bulan ini berkongsi pendapat mereka mengenai pertandingan ini dan mendedahkan strategi dan rahsia kejayaan mereka.

 Koko Koeha Ruzaman, Tempat Pertama

‘Saya amat gembira kerana telah berjaya menjadi juara bulan ini. Saya tidak tergesa-gesa dalam melakukan dagangan dan tidak juga mengambil masa yang lama dalam pertandingan ini, kerana bagi saya, keupayaan untuk menanti masa yang sesuai untuk menyertai pasaran adalah faktor kejayaan utama. Strategi kemenangan yang berkesan untuk saya adalah keupayaan untuk melakukan analisis fundamental serta memantau berita dengan rapi. Saya ingin mencuba teknik batang lilin pula pada masa akan datang.

Bahagian yang paling mencabar buat saya adalah kerugian pada sejumlah yang besar ketika berita Brexit disiarkan, tetapi saat yang paling menguntungkan adalah apabila saya memperolehi keuntungan sebanyak 12,800%.

Saya sentiasa teruja untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak pertandingan di masa akan datang. Saya berharap saya dapat melakukannya.

Saya juga percaya bahawa satu tahun pengalaman cukup untuk menjadi faktor kepada keputusan yang hebat.’

Rahmadhi Pamungkas, Tempat Kedua

‘Saya amat gembira kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini kerana saya percaya bahawa ini adalah salah satu cara untuk menguji keupayaan diri saya sendiri untuk mengendalikan berbilang akaun dagangan.

Saya hanya mencari peluang dalam TF H4 pada syarat Penawaran dan Permintaan yang terbentuk serta mencari corak batang lilin yang mengesahkan peristiwa pembalikan. Saya membuka perintah saya secara manual tetapi saya tidak menghabiskan masa sepanjang hari untuk memerhatikan carta. Hanya kira-kira satu atau dua jam digunakan untuk mencari peluang terbaik untuk memasuki pasaran.

Bagi pasangan NZDJPY dan NZDUSD, keuntungan keseluruhan saya mencecah $80,000. Walaupun dengan jumlah kerugian yang besar, keuntungan yang diperoleh ini lebih daripada mencukupi untuk menanggung kerugian itu.

Saya tidak berani cakap yang saya sebenarnya merupakan seorang pedagang yang mahir, kerana saya masih menganggap diri saya sebagai seorang pedagang baru. Saya masih belajar. Saya baru sahaja mula konsisten dalam melakukan dagangan sejak bulan Januari 2019. Kesabaran adalah faktor utama untuk dimiliki, walaupun jika anda mempunyai strategi yang terbaik.’

Sanusi Mamat, Tempat Ketiga

‘Inilah kali pertama saya bergelar seorang juara. Saya amat komited dan telah meluangkan banyak masa untuk melakukan dagangan. Kebanyakan masa saya diluangkan untuk memahami carta untuk cuba memasuki pasaran pada masa yang paling sesuai.

Semuanya telah saya tempuhi dengan penuh kesukaran, tetapi lama-kelamaan saya temui strategi yang paling berkesan untuk saya gunakan: Saya hanya berikan tumpuan pada satu pasangan matawang dan cuba untuk memahaminya dengan mendalam. Corak batang lilin, serta sokongan dan rintangan merupakan antara fokus utama saya dalam dagangan ini.

Saya mengambil masa kira-kira 3 tahun untuk menjadi seorang pedagang yang mahir dan saya masih berhasrat untuk terus belajar. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam lebih banyak pertandingan pada masa akan datang.’

Pemenang Tempat Keempat, Nugroho Trisula

‘Saya benar-benar ingin memperbaiki diri dan menjadi pemenang tempat pertama pada kali berikutnya. Saya sedar bahawa pengurusan kewangan sememangnya sangat penting.’

Kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang kami sekali lagi!

Penting!  Mulai pusingan yang berikutnya, tempat terakhir tidak lagi akan menerima ganjaran hadiah. Kami akan memberikan ganjaran tunai sebanyak $60 kepada pemenang tempat keempat dan $40 kepada pemenang tempat kelima.

Ingin mengambil bahagian dan menang?
Jangan lepaskan peluang anda untuk ditampilkan dalam pengumuman pemenang pertandingan seterusnya dan daftar untuk pusingan Pertandingan Demo Juara OctaFX yang berikutnya sekarang.

promotions-and-contests

Supercharged 2 untuk IB: tinggal dua kereta lagi

Suku kedua Supercharged 2 telah berlalu dan kita sudah mendapat pemenang kedua bagi kategori untuk rakan kongsi kita—Akhtar Ahmad Khan dari Pakistan.
Baca lagi Previous

OctaFX diiktiraf sebagai Broker Forex Terbaik Asia dan Broker ECN/STP Terbaik

Kami dengan gembiranya mengumumkan bahawa OctaFX telah diiktiraf sebagai yang terbaik dalam dua kategori yang paling penting: Broker Forex Terbaik Asia dan Broker ECN/STP Terbaik!
Baca lagi Next
Start livechat