OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Demo OctaFX Champion, Pusingan 89: hanya yang terkuat akan bertahan

Pusingan 89 Pertandingan Demo OctaFX Champion sudah selesai.

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah pada bulan ini!

  •      Tempat pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Agung Kusuma Wardana dari Indonesia
  •      Malangnya pemenang tempat kedua dibatalkan kelayakannya
  •      Tempat ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Helmi Arif dari Indonesia
  •      Tempat keempat dengan hadiah USD60 dimenangi oleh Najam Ul Hassan dari Pakistan
  •      Tempat kelima dengan hadiah USD 40 dimenangi oleh Oksana Konovalova dari Uzbekistan

Pemenang baru kami berkongsi perasaan dan pandangan mereka tentang pusingan yang lepas, serta mendedahkan faktor utama kejayaan mereka. Berikut ialah temu bual kami dengan pedagang terbaik Pusingan 89 Pertandingan Demo OctaFX Champion.

Tempat pertama: Agung Kusuma Wardana dari Indonesia

Saya sangat gembira kerana memenangi pertandingan ini dalam kalangan ribuan peserta, mendapat hadiah wang tunai sememangnya hebat! Saya tidak berdagang setiap hari, oleh itu tidak meluangkan masa yang banyak. Saya akan cuba menyertai pertandingan OctaFX yang lain. Rahsia kejayaan saya adalah bersabar dan mengawal emosi semasa berdagang. Saya tidak mempunyai sebarang strategi yang khusus, saya hanya melihat pada garisan sokongan dan rintangan apabila membuka kedudukan dalam pasaran.

Keuntungan saya yang paling besar semasa pertandingan ini adalah ketika berdagang pasangan JPY dan saya tidak ingat menerima kerugian yang besar semasa pertandingan ini.

Tempat ketiga: Helmi Arif dari Indonesia

Saya bersyukur kepada Allah dan saya berasa sangat gembira kerana menjadi juara OctaFX.

Nasihat saya kepada semua pedagang adalah bersabar dan berdagang dengan berhati-hati. Saya menggunakan isyarat dagangan dalam strategi dagangan saya.

Tempat keempat: Najam Ul Hassan dari Pakistan

Saya sangat gembira. Saya berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan ekuiti saya dan saya gembira kerana melakukan yang terbaik. Saya bersyukur kepada Allah kerana mendapat tempat keempat dalam pertandingan ini. Saya berasa sangat teruja. Saya berpendapat saya pedagang yang bagus dan selepas memenangi pertandingan ini keyakinan saya pada tahap yang paling tinggi.

Saya berdagang semasa sesi London dan sesi New York. Sebaliknya saya menghindari sesi pasaran yang lain kerana saya mempunyai idea yang baik tentang sesi London dan New York.

Saya ada menyertai pertandingan promosi yang lain seperti pertandingan cTrader dan saya akan menyertai Pertandingan Demo Champion yang seterusnya dan akan melakukan yang terbaik dan cuba memenangi hadiah sekali lagi.

Teknik dagangan saya adalah menunggu sehingga pasaran mencapai aras sokongan dan rintangan. Saya menggunakan penunjuk 30 SMA dan RSI dengan menggunakan tempoh masa H4 dan H1. Apabila pasaran mencapai aras sokongan dan rintangan, saya melihat lilin bulis dan bearis mengikut tempoh masa H1 dan H4.  Menggunakan teknik ini, saya berjaya mendapat +$10,000 dengan satu dagangan dalam pertandingan.

Tempat kelima: Oksana Konovalova dari Uzbekistan

Saya bangga kerana berjaya menjadi salah seorang yang terbaik antara ramai peserta dan memenangi hadiah. Saya meluangkan masa yang banyak dalam pertandingan ini. Saya berdagang sehingga saat akhir, mengharapkan kedudukan yang lebih tinggi. Selepas kemenangan ini saya yakin dengan kebolehan saya dan berfikir untuk mengambil bahagian dalam pertandingan lain yang anda adakan.  Saya sudah mempunyai banyak pengalaman dalam berdagang. Saya menggunakan pengetahuan saya dan mengawal emosi saya yang membuahkan kejayaan. Dalam pertandingan ini, kebanyakannya saya berdagang mengikut berita. Saya mengambil kira bukan sahaja berita ekonomi tetapi juga peristiwa politik. Dagangan dibuat pada pasangan mata wang utama.

Tiada keuntungan yang hebat atau kerugian yang besar semasa pertandingan ini. Selaras dengan strateginya, saya mendapat pertumbuhan yang stabil dalam baki saya.

Untuk menjadi pedagang yang bagus, anda perlu bekerja keras selama beberapa tahun. Kita memerlukan kemahiran analisis untuk memahami perhubungan antara banyak faktor dalam pasaran yang baru muncul dan kita juga perlu cuba membangunkan gerak hari, hanya dengan perkara ini kita akan membuat keputusan yang lebih baik. 

Jadi OctaFX Champion

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo OctaFX Champion.

octafx-champion promotions-and-contests

Tahun untuk peluang baru: ulang tahun kelapan OctaFX

Kami menghampiri ulang tahun ini dalam keadaan yang sebaik mungkin. Selama lapan tahun ini, kami telah mengukuhkan tumpuan untuk menghasilkan produk yang memenuhi setiap keperluan anda.
Baca lagi Previous

Pertandingan Supercharged 2 IB: cara pasukan dari Vietnam memenangi Honda Jazz

Ketahui cara rakan kongsi ketiga yang memenangi Honda dalam Supercharged 2 untuk IB bergantung pada pasukan beliau dan apa maksudnya bertanggungjawab untuk komuniti.
Baca lagi Next
Start livechat