OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pusingan ke-47 pertandingan demo Juara OctaFX: berkongsi kejayaan

Keputusan bagi Pusingan ke-47 pertandingan demo Juara OctaFX  kini telah tiba, jadi mari kita bertemu dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang terbaru yang berkongsi dana hadiah berjumlah $1000:

  • Tempat pertama dengan ganjaran sebanyak USD 500 diterima oleh En. Aderio Budaya dari Indonesia
  • Tempat kedua dengan ganjaran sebanyak USD 300 diterima oleh En. Irwan Hadi Widiastono dari Indonesia
  • Tempat ketiga dengan ganjaran sebanyak USD 100 diterima oleh En. Lukman Penataran Pardede dari Indonesia
  • Tempat keempat dalam pertandingan ini, En. Dedi Dadia Aswata dari Indonesia dengan ganjaran sebanyak USD 100

Para pemenang ini amat teruja untuk berkongsi kisah kejayaan mereka:

Tempat pertama - En. Aderio Budaya dari Indonesia

Aderio

Indonesia
Rank1 Gain1636.84%

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada OctaFX kerana menganjurkan pertandingan ini yang membolehkan saya untuk mengasah kemahiran dagangan saya. Melalui pertandingan ini, saya dapat membandingkan kemahiran dagangan saya dengan para pedagang yang lain. Saya amat gembira apabila mendapati sayalah pemenang tempat pertama. Saya lihat terdapat banyak lagi pedagang yang lebih hebat, tetapi saya terus berusaha tanpa berputus asa dan lakukan yang terbaik. Banyak masa yang saya luangkan untuk pertandingan ini: penglibatan aktif ini menunjukkan betapa seriusnya saya terhadap pertandingan ini. Walau bagaimanapun, saya masih berupaya untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa, jadi ia tidaklah mengganggu rutin saya yang lain. Saya sudah semakin bersemangat sekarang dan saya ingin cuba untuk menyertai pertandingan lain dan berharap untuk menjadi yang terbaik sekali lagi. Kunci kejayaan saya hanyalah kesabaran, dan jangan bersikap tamak. Kesabaran yang saya maksudkan adalah dengan menunggu detik terbaik semasa dagangan pembukaan dan bersabar ketika mengumpul serta menunggu sebarang Ambil Untung yang besar. Strategi saya ialah untuk membangunkan sebuah pelan yang menggunakan beberapa penanda dan alat analisis teknikal. Dengan petua ini, saya merasai sendiri manfaatnya apabila memperoleh 600 pip dalam satu dagangan. Dari segi tempoh masa, saya mengambil masa selama setahun untuk mempelajari semua perkara mengenai dagangan seperti sekarang. Saya pasti satu tahun merupakan tempoh yang memadai untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya.

Tempat kedua - En. Irwan Hadi Widiastono dari Indonesia

widijahe

Indonesia
Rank2 Gain1633.50%

Saya amat berbangga dan berasa bertuah untuk dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam pertandingan ini. Saya rasa kunci kejayaannya ialah untuk sentiasa bertenang, stabil, berikan tumpuan dalam setiap situasi dan keadaan yang berlaku. Itulah yang saya lakukan. Selain itu, strategi kegemaran saya ialah untuk membaca berita untuk mengkaji batasan dari segi sokongan dan rintangan ekonomi yang berlaku. Pada pendapat saya, tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, kerana perkara yang paling penting ialah penetapan minda. Dagangan bukanlah suatu perjudian, dan setiap pedagang perlu jelas dengan perkara itu. Dan dalam pertandingan ini... saya perlu katakan yang sebenarnya saya tidak meluangkan semua masa saya untuk melibatkan diri dalam pusingan ini; saya hanya melakukannya secara bersahaja dan berdagang dengan mudah. Sudah tentu saya akan menyertai pusingan akan datang dalam pertandingan dan juga promosi lain oleh OctaFX.

Tempat ketiga - En. Lukman Penataran Pardede dari Indonesia

Taranoke

Indonesia
Rank3 Gain1443.99%

Saya amat berbangga untuk menjadi salah seorang pemenang dalam pertandingan ini, kerana sehingga tengah hari Jumaat yang lalu, saya berada di kedudukan yang kelapan. Kemudian apabila saya menyemak kedudukan akhir, alangkah terkejutnya: Saya berada di tempat ketiga! Amat mengejutkan buat saya kerana saya hanya membuka dan menutup kedudukan apabila saya ada masa yang terluang. Saya tidaklah meluangkan masa berjam-jam untuk mendapatkan peluang yang terbaik, saya hanya lakukannya apabila saya boleh. Saya tak ada sebarang strategi, saya hanya tunggu waktu yang sesuai untuk memasuki pasaran kemudian saya akan tunggu sekali lagi. Petua utama dalam dagangan Forex saya ialah untuk bersabar dan jangan terlalu mengejar untung yang lumayan. Sudah tentu saya akan menyertai pertandingan lain yang dianjurkan oleh OctaFX! Saya selesa untuk mengambil bahagian dalam pusingan pertandingan demo Juara pada kali ini, jadi apa salahnya untuk lakukannya lagi?

Tempat keempat - En. Dedi Dadia Aswata dari Indonesia

Walaupun saya bukanlah daripada kalangan pemenang tempat teratas, saya masih teruja untuk menerima hadiah ini. Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pertandingan ini: Saya sedar akan kekurangan saya dari segi pengaturan, dan saiz lot yang saya gunakan juga terlalu besar. Boleh saya katakan bahawa pertandingan demo Juara telah banyak membantu mengubah pandangan saya selama ini. Alat yang biasa saya gunakan adalah LWMA 8, 16, 32, 96, 120 dan 480 bagi tempoh dagangan selama 15 minit, dan Bollinger Band; matlamat saya adalah untuk melakukan analisis pasaran yang lebih terperinci. Pada pendapat saya, seseorang pedagang memerlukan masa selama 3 tahun untuk berjaya, jadi saya masih mempunyai masa untuk menjadi pedagang yang berjaya.

Kini, tibalah masa untuk anda pula mendaftar dalam pusingan seterusnya dan rebutlah peluang untuk berjaya dalam pertandingan demo Juara OctaFX!

 

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Pusingan ke-35 Pertandingan demo mingguan cTrader: cabaran baru dengan pemenang baru

Kini tinggal 5 hari lagi untuk pusingan pertandingan demo mingguan cTrader yang seterusnya. Pusingan ke-36 akan mengambil tempat tidak lama lagi, jadi tibalah masanya untuk anda mendaftar dan turut serta dalam pertandingan ini untuk melengkapkan serta memenangi pelbagai hadiah menarik!
Baca lagi Previous

Hadiah berjumlah $400 untuk para pemenang pertandingan demo Mingguan cTrader Pusingan ke-36

Keputusan akhir Pusingan ke-36 bagi pertandingan demo Mingguan cTrader kini telah tiba, dan seperti biasa kami akan mengumumkan lima pemenang bagi pusingan kali ini!
Baca lagi Next
Mula livechat