Daftar masuk
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

PERTANDINGAN DEMO JUARA OCTAFX, PUSINGAN 69: SAYA DATANG, SAYA LIHAT, SAYA KUASAI!

Pusingan 69 Pertandingan Demo Juara OctaFX kini sudah selesai.

Tahniah kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  •      Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Humayoon Sultan dari Pakistan
  •      Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Indra Lesmana dari Indonesia
  •      Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Rifat Aldina dari Indonesia
  •      Pemenang terakhir, Dadang Juhanda dari Indonesia menerima USD100

Pemenang baru kami berkongsi perasaan dan pandangan mereka tentang pusingan yang lepas, serta mendedahkan faktor utama kejayaan mereka. Ketahui selanjutnya dalam temu bual kami dengan pedagang terbaik Pusingan 69 Pertandingan Demo Juara OctaFX.

TEMPAT PERTAMA: Humayoon Sultan DARI PAKISTAN     

Hal ini menarik bagi saya kerana saya telah mencuba banyak kali untuk menjadi juara dan kini saya berjaya, jadi saya sangat gembira! Walaupun tidak meluangkan masa yang banyak dalam pertandingan ini, saya berdagang hanya apabila saya rasa ia masa yang sesuai untuk membuka kedudukan.

Strategi saya berkesan pada arah aliran selepas menyemak situasi pasaran dan kemudian saya membuka pesanan. Saya menggunakan analisis teknikal dan mengikut arah aliran. Yen Jepun yang memberi saya keuntungan yang sangat besar dalam berdagang mengikut arah aliran.

Saya percaya untuk menjadi pedagang yang bagus bergantung pada pendekatan dan sikap anda terhadap perdagangan. Pada pendapat saya, beberapa bulan ialah masa yang mencukupi untuk menjadi pedagang yang bagus.

TEMPAT KEDUA: Indra Lesmana DARI INDONESIA

Saya rasa bangga memenangi pertandingan ini, jadi saya rasa bersyukur kerana mengambil bahagian! Saya rasa inilah caranya saya boleh mula berdagang dengan yakin. Saya tidak meluangkan masa yang banyak dalam pertandingan ini dan saya rasa disiplin membantu saya berjaya - strategi saya adalah bersabar dan berdisiplin. Sebab utama kerugian boleh jadi kecuaian dalam berdagang, pada pendapat saya. Mengambil masa yang lama untuk menjadi pedagang yang bagus dan saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.

TEMPAT KETIGA: Rifat Aldina DARI INDONESIA

Saya gembira menjadi pemenang OctaFX, ia benar-benar mendorong saya. Sekarang saya akan menyertai setiap pertandingan yang dianjurkan oleh OctaFX.

Saya rasa faktor utama kejayaan adalah dengan bersikap lebih bersabar dan menahan diri daripada mendapatkan keuntungan yang besar dalam satu dagangan. Sekarang saya berdagang mengikut corak lilin sahaja dan saya tiada perancangan untuk membangunkan teknik. Saya boleh mendapat keuntungan sebanyak $300 dalam satu dagangan dan saya juga menggunakan panggilan margin.

Saya rasa untuk menjadi pedagang yang bagus, setahun berlatih sudah mencukupi selagi anda belajar dengan bersungguh-sungguh.

 

DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT TERAKHIR: Dadang Juhanda DARI INDONESIA

Saya banyak meluangkan masa membangunkan kemahiran perdagangan dan belajar strategi untuk memenangi pertandingan ini. Sudah tentu saya akan menyertai pertandingan ini lagi.

Saya terus belajar dan strategi yang saya gunakan ialah Jalur Bollinger, saya juga mendapati garis arah aliran sangat berguna.

Saya andaikan 3 tahun pengalaman perdagangan mencukupi untuk menjadi pedagang yang bagus.

 

Jadi juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo Juara OctaFX.

octafx-champion

Perubahan waktu operasi Jabatan Kewangan

Pasukan OctaFX ingin memberitahu anda bahawa kami telah mengubah masa operasi Jabatan Kewangan kami
Baca lagi Previous

JADUAL DAGANGAN DAN WAKTU OPERASI SOKONGAN PELANGGAN SEMASA CUTI HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan waktu dagangan bagi semua instrumen semasa cuti Hari Krismas dan Tahun Baru. Kami juga ingin memberikan waktu operasi jabatan Sokongan Pelanggan. Sila pertimbangkan jadual berikut semasa merancang dagangan anda.
Baca lagi Next
Mula livechat