OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Perubahan dalam syarat dagangan disebabkan oleh pilihan raya Presiden AS

Pelanggan yang dihormati, sebagai tambahan kepada kemas kini syarat dagangan untuk indeks AS disebabkan oleh pilihan raya Presiden AS yang akan datang, kami ingin memaklumkan anda tentang perubahan dalam syarat dagangan yang akan dilakukan dari 7 November hingga 9 November pada semua platform dan akaun.

Leveraj akan diturunkan kepada 1:200 untuk pasangan mata wang dan 1:50 untuk logam dan minyak. 

Keperluan margin akan dinaikkan 5 kali ganda untuk akaun dengan baki yang lebih tinggi daripada $10000 (atau setara). 

Langkah ini dilakukan disebabkan oleh keadaan ketaktentuan yang tinggi, kecairan yang rendah dan spread yang melebar dijangka berlaku semasa tempoh pilihan raya Presiden AS. Syarat dagangan dijangka kembali seperti biasa pada pukul 00:00 EET (Waktu pelayan) 10 November.

Kami ingin mengingatkan anda bahawa bermula dari 31.10, leveraj untuk indeks US30, NAS100, SPX500 akan diturunkan daripada 1:50 kepada 1:10 di platform dagangan Metatrader 5. Leveraj akan diturunkan dari 31 Oktober hingga 14 November.

Sila pertimbangkan maklumat ini semasa merancang dagangan anda. 

Kami ingin anda mengetahui bahawa perubahan selanjutnya boleh dibuat bergantung pada ketaktentuan pasaran.

 Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Sila hubungi Sokongan Pelanggan kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan. Jika terdapat sebarang soalan, sila hubungi kami di alamat e-mel support@octafx.com.

trading-schedule

Jadual dagangan OctaFX berubah disebabkan oleh berakhirnya Waktu Jimat Siang

Pasukan OctaFX ingin memberitahu anda bahawa pada hari Ahad, 30 Oktober, Waktu Jimat Siang akan berakhir di Eropah. Sila ambil perhatian bahawa waktu pasaran Forex dan pelayan kami ditukar daripada EEST kepada EET pada tarikh ini. Waktu pelayan kami akan menjadi EET (Waktu Eropah Timur) bermula hari Ahad, 30 Oktober.
Baca lagi Previous

Syarat dagangan akan kembali seperti biasa pada 10 November

Kami ingin anda mengetahui bahawa perubahan yang dilakukan semasa tempoh pilihan raya Presiden AS akan dikembalikan kepada biasa pada malam ini, 10 November.
Baca lagi Next
Mula livechat