OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX Copytrading: aplikasi pintar kami yang baru untuk kemudahan melabur

Kami telah mencipta aplikasi kendiri yang menyediakan semua keperluan anda sebagai pelabur. Aplikasi ini menyalin semua fungsi yang boleh didapati kepada Penyalin dalam perkhidmatan OctaFX Copytrading di laman kami. Sekarang anda boleh melabur dan mengurus kewangan anda di mana-mana sahaja, dalam satu aplikasi percuma yang direka secara eksklusif bagi tujuan ini.

Aplikasi OctaFX Copytrading ialah penyelesaian yang hebat untuk mereka yang tidak mahu melabur dengan bank:

  • anda boleh melaburkan sebarang jumlah tanpa had bawah atau atas

  • anda sentiasa boleh mengawal wang anda dan boleh mengeluarkannya pada bila-bila masa

  • keuntungan anda lebih tinggi dan anda menerimanya lebih cepat daripada akaun simpanan.

Anda bermula dengan memilih Pedagang Pakar untuk diikuti: bandingkan prestasi keseluruhan, jumlah komisen dan bilangan pelanggan mereka.

Ingatlah bahawa pedagang terbaik sekalipun jarang-jarang menutup semua pesanan mereka dengan untung. Oleh itu, kami mengesyorkan anda membahagikan pelaburan anda antara beberapa Pedagang Pakar yang menggunakan strategi berbeza dan berdagang simbol yang berbeza. Kami juga membina alat pengurusan risiko: anda boleh menetapkan peratusan penurunan—bahagian daripada pelaburan anda yang boleh anda risikokan sebelum menggantung langkah menyalin Pedagang Pakar tertentu—atau anda boleh menutup dagangan yang anda salin dan mendapatkan wang yang anda laburkan dengan segera, pada bila-bila masa.

improvements new_features

OctaFX Copytrading: pembukaan baru untuk semua orang

Kami telah melancarkan perkhidmatan baru yang meluaskan pilihan anda untuk mendapat untung dengan cara yang aktif dan pasif—Salin Dagangan OctaFX.
Baca lagi Previous

Aplikasi OctaFX Copytrading kini dalam bahasa anda

Pada 24 September, kami memperkenalkan naik taraf awal untuk aplikasi mudah alih OctaFX Copytrading.
Baca lagi Next
Mula livechat