OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX Copytrading: pembukaan baru untuk semua orang

Kami telah melancarkan perkhidmatan baru yang meluaskan pilihan anda untuk mendapat untung dengan cara yang aktif dan pasif—OctaFX Copytrading. Kini pedagang baru boleh menyalin kedudukan daripada pro secara automatik dan mempelajari strategi mereka, manakala pedagang berpengalaman kini boleh memohon status Pedagang Master dan mula mengumpulkan komisen daripada penyalin mereka.

Sama ada anda mahu menjana pendapatan dengan cara yang lebih pasif atau menyemak secara menyeluruh teknik dagangan daripada pedagang yang paling mahir, anda boleh melihat senarai Pedagang Master di laman kami dan mula menyalin dagangan yang anda suka dengan beberapa klik. Jika anda tiada banyak masa untuk memantau pasaran dan anda masih mahu wang anda bekerja untuk anda, atau jika anda ingin berehat daripada dagangan dan mencari strategi melabur yang sangat menguntungkan untuk jangka pendek, ciri ini untuk anda!

Kami menawarkan pelbagai alat pengurusan risiko untuk menyokong anda apabila anda mengamanahkan modal anda kepada Pedagang Master: kami mengumpulkan semua data prestasi dagangan Pedagang Master dan menunjukkannya kepada orang awam dan kami membolehkan anda menyesuaikan ambang yang dagangan baru akan berhenti disalin jika Pedagang Master tertentu mengalami kerugian yang banyak. Anda juga boleh mempelbagaikan portfolio anda dengan memperuntukkan wang kepada Pedagang Master yang berbeza menggunakan strategi yang berbeza dan berdagang pada simbol yang berbeza—langkah ini mengurangkan risiko dengan ketara.

Jika anda rasa anda pedagang yang berpengalaman dan anda mahu membolehkan orang lain menyalin dagangan anda untuk mendapatkan bayaran, anda dengan mudah boleh membuat profil master anda dan menerangkan strategi dagangan anda. Kami akan menambah anda ke dalam kumpulan master yang mana pedagang dan pelabur akan melihat prestasi dan penerangan strategi anda. Apabila anda menjadi Pedagang Master, kami menggalakkan anda tidak menunggu penyalin menemui anda, tetapi bertindak dengan cara yang lebih proaktif: mempromosikan profil master anda dan membuat beberapa akaun dagangan untuk strategi dagangan yang berbeza.

Selain itu, untuk lebih memudahkan anda mengurus kewangan anda antara pedagang master dan untuk mengumpulkan untung, kami telah memperkenalkan Dompet khas untuk Ruangan Peribadi anda. Sekarang anda boleh mengumpulkan dana dalam Dompet anda sebelum mengedarkannya kepada Pedagang Master, menambah untung anda ke Dompet pada penghujung setiap hari dagangan atau dengan mudah mengeluarkan wang daripada satu lokasi.

improvements

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Pasukan OctaFX ingin mengucapkan tahniah kepada semua klien kami di Malaysia pada Hari Malaysia yang akan datang. Di hari yang istimewa ini, kami mendoakan yang terbaik untuk anda. Kami harap segala impian anda akan tercapai di musim cuti ini!
Baca lagi Previous

OctaFX Copytrading: aplikasi pintar kami yang baru untuk kemudahan melabur

Kami telah mencipta aplikasi kendiri yang menyediakan semua keperluan anda sebagai pelabur. Aplikasi ini menyalin semua fungsi yang boleh didapati kepada Penyalin dalam perkhidmatan OctaFX Copytrading di laman kami. Sekarang anda boleh melabur dan mengurus kewangan anda di mana-mana sahaja, dalam satu aplikasi percuma yang direka secara eksklusif bagi tujuan ini.
Baca lagi Next
Mula livechat