OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Jadual dagangan OctaFX berubah disebabkan berakhirnya waktu jimat siang

Pasukan OctaFX ingin memberitahu anda bahawa pada hari Ahad, 28 Oktober, waktu jimat siang akan berakhir di Eropah. Sila ambil perhatian bahawa pasaran Forex dan pelayan kami akan berubah daripada EEST kepada EET pada tarikh ini. Waktu pelayan kami juga akan berubah kepada EET (Waktu Eropah Timur) bermula pada hari Ahad, 28 Oktober. Sila pertimbangkan maklumat ini apabila merancang dagangan anda.

Selain itu, sila ambil perhatian bahawa pada hari Jumaat, 3 November, dagangan bagi semua instrumen yang tersedia akan ditutup pada pukul 23:00 EET (waktu pelayan), disebabkan waktu di AS ditukar kepada Waktu Piawai seminggu kemudian.

Berikut ialah jadual waktu untuk kemudahan anda (30 Oktober - 3 November):

Instrumen

Buka (EET, Waktu pelayan)

Tutup (EET, Waktu pelayan)

XAU/USD

 00:00

23:00 

XAG/USD

 00:00

 23:00

XPT/USD

 00:00

 23:00

XPD/USD

 00:00

 23:00

XBR/USD

 02:00

 23:00

XTI/USD

 00:00

 23:00

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Sila hubungi Sokongan Pelanggan jika anda mempunyai sebarang soalan.

Terima kasih kerana memilih OctaFX sebagai broker pilihan anda!

trading-schedule

Usaha Amal Ramadan di Malaysia: menyokong Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari

Di OctaFX, kami berusaha menyokong masyarakat setempat dan menghasilkan kesan yang positif. Kami telah melancarkan program amal pada bulan Ramadan yang mulia untuk membantu mereka yang memerlukan. Di Malaysia, kami membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, sebuah organisasi yang membantu anak-anak yatim dari usia yang sangat muda. Melalui aktiviti dagangan anda, kami dapat mengumpulkan dan menderma sebanyak RM29,500 untuk usaha yang murni ini.
Baca lagi Previous

Pertandingan Demo OctaFX Champion, pusingan 80: Jangan menentang arah aliran

Pusingan 80 Pertandingan Demo OctaFX Champion sudah selesai. Tahniah kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1,000 pada bulan ini!
Baca lagi Next
Start livechat