OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX memudahkan cara untuk mendapatkan alat Autochartist bagi dagangan yang lebih pintar

Kami melakukan yang terbaik untuk menyediakan pengalaman dagangan yang terbaik kepada para pedagang, oleh itu pada bulan Ogos ini kami melancarkan kempen promosi yang menawarkan Autochartist dengan syarat yang lebih baik, jadi lebih ramai pelanggan kami akan dapat membiasakan diri dengan analisis pasaran automatik dan mendapat manfaat daripadanya. Dari bulan Ogos hingga September, jika anda mempunyai sekurang-kurangnya $200 secara keseluruhannya dalam semua akaun dagangan anda, anda boleh memohon alat Autochartist percuma.

Alat ini membuat ramalan pergerakan pasaran yang boleh dipercayai pada masa nyata. Ini bermakna anda boleh melihat arah aliran harga sebelum membuat pesanan anda, menghapuskan keperluan untuk meneka arah pergerakan pasaran. Ramalan arah aliran dikira secara serentak bagi semua simbol, jadi anda sentiasa boleh bertukar kepada simbol yang dijangka akan memberikan lebih banyak untung. Laporan dalaman Autochartist mendakwa ramalan ini 83% tepat untuk simbol yang melibatkan USD.

Tambahan lagi, alat ini mengumpulkan dan memproses lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan pergerakan pasaran bagi setiap simbol boleh dagang termasuk anggaran aras sokongan dan rintangan, analisis ketidaktentuan dan data berguna yang lain.

Autochartist ialah pasang masuk kendiri, serasi dengan platform MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Alat ini digunakan secara meluas oleh pedagang profesional dan mudah untuk dikuasai oleh pedagang baru kerana kami menyediakan manual Cara Menggunakan Autochartist.

Untuk mendapatkan Autochartist, hanya pasangkannya (lihat panduan pemasangan) dan pastikan jumlah keseluruhan semua akaun dagangan anda ialah $200 atau lebih. Alat ini akan diaktifkan secara automatik untuk anda dalam masa sehari.

 

improvements

Aplikasi Dagangan OctaFX dilancarkan: kemas kini utama menyusul

Kami baru melancarkan aplikasi percuma untuk semua peranti Android. Aplikasi kami membolehkan anda mengakses Ruangan Peribadi anda dan mengurus akaun dagangan anda di mana-mana sahaja anda berada: di kedai kopi, dalam perjalanan, di taman.
Baca lagi Previous

Pertandingan Demo cTrader Weekly pusingan 100: temui pemenang bertuah!

Pusingan 100 Pertandingan Demo cTrader Weekly OctaFX yang penting sudah selesai. Pusingan yang istimewa ini menawarkan dua kali ganda tabung hadiah, lantaran itu meningkatkan keseronokan untuk mengetahui tentang keputusannya.
Baca lagi Next
Mula livechat