Daftar masuk
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

Dapatkan inspirasi daripada kisah kejayaan pemenang pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan 38!

Kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman para pemenang pertandingan demo Juara OctaFX dengan anda. Kisah yang pelbagai dan penuh dengan nasihat yang baik serta mungkin berguna terutamanya kepada pelabur baharu. Sahutlah cabaran ini! Dan kisah kejayaan yang seterusnya mungkin mengenai anda.

Sekali lagi, dialu-alukan para pemenang Pusingan 38:

  • Tempat pertama - En. Crisojohennus Egi Bin Johnson dari Malaysia
  • Tempat kedua - En. Carvel Gabbidon dari Jamaica
  • Tempat ketiga - En. Achmad Dermawan Simatupang  dari Indonesia
  • Tempat keempat - En. Andrey Gladkih dari Hungary

Tempat pertama - En. Crisojohennus Egi Bin Johnson dari Malaysia

crisjohnson

Malaysia Malaysia
Rank 1 Gain 9371.22%

Saya sangat gembira kerana memenangi pertandingan ini, malah saya lebih terkejut dan teruja kerana mengatasi para pedagang yang sangat kompetitif. Penyertaan dalam pertandingan ini ialah peluang yang sangat baik untuk saya meningkatkan kemampuan dagangan saya kerana berdagang merupakan perkara yang penting dalam hidup saya. Saya tidak akan berhenti daripada menyertai pertandingan dan akan mencuba pertandingan lain juga. Pembelajaran merupakan proses yang berterusan! Berdasarkan pengalaman, saya tahu selain daripada asas dagangan, "psikologi dagangan" juga sangat penting untuk pedagang. Saya maksudkan, pedagang perlu merangka set peraturan mereka sendiri dan mematuhinya. Sementara itu, pedagang perlu sentiasa mempertimbangkan tentang pengurusan risiko dan kewangan. Strategi saya yang sempurna boleh dihuraikan sebagai: "Apabila pasaran bull kelihatan berubah maka tiba masanya untuk jual." Berdagang ialah seni dan saya tidak menumpukan pada untung dan rugi, tetapi lebih mementingkan rancangan saya. Saya sudah berdagang selama 6 tahun dan hanya tahun lepas saya mendapat pulangannya. Saya ada Guru dan mentor yang membantu saya menjadi pedagang yang baik. Orientasi ke arah matlamat ialah satu-satunya cara untuk berjaya!

Tempat kedua - En. Carvel Gabbidon dari Jamaica

maxja

Jamaica Jamaica
Rank 2 Gain 3555.10%

Saya rasa teruja dengan pencapaian ini kerana saya berusaha keras untuk mencapai matlamat saya. Saya berdagang selama 2 jam sehari semasa waktu dagangan saya. Perkara yang saya pelajari ialah kesabaran merupakan perkara penting untuk berjaya dan juga kemampuan untuk menguruskan kewangan. Strategi dagangan saya sendiri adalah gabungan beberapa teknik asas dan analisis dagangan peribadi saya. Teknik cuba-cuba paling berkesan untuk saya, jadi sekarang saya telah merangka dan membangunkan gaya dagangan saya sendiri. Bercakap mengenai pencapaian saya, pencapaian terbesar ialah semasa pilihan raya di Britain, yang mana memberi kesan kepada paun British. Itu merupakan keuntungan yang besar buat saya!

Tempat ketiga - En. Achmad Dermawan Simatupang  dari Indonesia

KOMANDAN

Indonesia Indonesia
Rank 3 Gain 3300.75%

Saya agak berpuas hati dengan keputusan dan pertandingan ini. Saya mengakui saya berdagang 1 jam sehari, yang mana memang tidak mencukupi. Ketabahan dan kesabaran sangat penting dalam berdagang. Misalnya, kesabaran amat penting semasa menentukan penunjuk dagangan. Secara peribadi, saya memantau penunjuk dengan berhati-hati dan itu membantu saya mendapat keuntungan. Perkara yang saya suka mengenai pertandingan ialah ia membantu memelihara wang yang banyak daripada kerugian. Biasanya tempoh masa 7 tahun diperlukan untuk menjadi pedagang yang benar-benar bagus.

Tempat keempat - En. Andrey Gladkih dari Hungary

Saya suka pertandingan ini, semuanya bagus. Sejujurnya, penyertaan ini mengambil semua masa saya. Malangnya, saya paling teruk. Saya cuba pelbagai kaedah, tetapi nampaknya semuanya gagal. Saya percaya, mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk menjadi pedagang yang baik.

Kami ingin berterima kasih kepada para pedagang yang berkongsi kisah kejayaan mereka kerana kami percaya dengan berbuat begitu kami boleh membangunkan komuniti dagangan yang terdiri daripada pedagang yang mahir.  Sertai pendaftaran  pusingan seterusnya pertandingan ini dan menjadi juara! Pusingan seterusnya dibuka kepada semua peserta!  

Jadilah Juara dengan OctaFX! 

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Perubahan dalam jadual dagangan

OctaFX ingin memaklumkan kepada anda mengenai perubahan dalam jadual dagangan. Perubahan berlaku pada instrumen dagangan XAU/USD, XAG/USD.
Baca lagi Previous

Berkongsi kemeriahan dan kegembiraan Waisak dengan OctaFX

OctaFX ingin mengucapkan tahniah kepada semua pedagang dan pelanggan yang menyambut Hari Waisak. Kami percaya bahawa percutian yang meriah akan memberikan cahaya ke dalam rutin harian anda!
Baca lagi Next
Mula livechat