OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Supercharged 2 untuk IB: Pemenang pertama Honda Jazz

Dalam Supercharged 2, kami telah mewujudkan sebuah kategori untuk rakan kongsi kami. Setiap tiga bulan, sesiapa yang paling aktif akan memenangi sebuah kereta Honda Jazz yang serba baru. Kini, selepas tiga bulan pertama telah berlalu, kami telah menemui pemenang pertama kami—Tanveer Ahmad Khan dari Pakistan. 

Kami telah bertanya beberapa soalan kepada beliau untuk mengetahui sama ada ia sukar ataupun tidak untuk beliau memenangi sebuah kereta di sepanjang tiga bulan tempoh pertandingan:

Mengapakah anda membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan IB kami?

‘Kerana apabila saya melihat kemudahan yang disediakan, serta Terma dan Syarat pertandingan ini, yang pada saya sangat bagus jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh broker lain. Saya turut berasa yang saya mampu memenangi hadiah tersebut. Itulah sebabnya mengapa saya menyertai pertandingan ini.’

Mengapakah anda bekerja bersama OctaFX?

‘Pertama sekali, saya ingin menyebut di sini bahawa prosedur deposit tempatan di Pakistan adalah sangat bagus dan membolehkan saya untuk menarik lebih ramai klien. Selain itu, tahap perkhidmatan dan juga syarat yang ditawarkan oleh kalian adalah sangat bagus.

Apakah manfaat kejayaan ini kepada anda?

‘Kejayaan ini bermakna saya perlu berusaha dengan lebih gigih dan mendapatkan lebih banyak kemudahan daripada syarikat. Yang pastinya menggalakkan saya untuk berusaha dengan lebih gigih.’

Adakah anda akan mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya, dan apakah sebabnya?

‘Sudah pasti saya akan terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, mudah-mudahan saya akan memenangi hadiah kereta yang seterusnya.‘

Pemenang pertama kami telah menikmati permulaan yang begitu bagus dalam pertandingan ini. Kami menggalakkan supaya semua rakan kongsi kami untuk terus berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam usaha mereka seperti yang telah dilakukan oleh Tanveer Ahmad Khan.

Kami ingin mengingatkan anda bahawa semua IB kami adalah berdaftar untuk kategori IB Supercharged 2 secara automatik. Kami akan menilai perkembangan anda pada setiap pusingan, agar rakan kongsi baru dapat mengambil bahagian dan merebut peluang mereka untuk memenangi sebuah kereta pada bila-bila masa!

promotions-and-contests

Pemenang pusingan 3 Supercharged 2: tiada yang mustahil

Pusingan 3 pertandingan Supercharged 2 telah berakhir dan berikut merupakan para pemenang dalam kesemua tiga kategori
Baca lagi Previous

Jadual dagangan Cuti Martin Luther King OctaFX

Jabatan Teknikal OctaFX ingin memaklumkan kepada anda bahawa sempena Cuti Martin Luther King yang akan datang, beberapa instrumen akan mengalami perubahan jadual dagangan. Sila teliti jadual berikut dalam merancang dagangan anda.
Baca lagi Next
Mula livechat