OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Raikan Hari Amal Antarabangsa bersama kami

Hari Amal Antarabangsa tahunan diadakan pada 5 September. Objektif utama hari ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan platform bersama bagi usaha yang berkaitan dengan kebajikan di seluruh dunia. Inilah masa yang sesuai untuk bersama-sama menyokong mereka yang memerlukan. Pasukan OctaFX telah membuat keputusan untuk membantu mengatasi masalah sosial yang rumit ini, tetapi kami memerlukan bantuan anda!

Hanya dengan berdagang seperti biasa, kami akan mendermakan 30 sen daripada setiap lot yang anda dagangkan. Langkah ini tidak akan memberikan kesan pada kunci kira-kira anda. Acara amal ini akan bermula pada 5 September dan berlangsung sehingga 11 September. Pasukan OctaFX akan menderma kepada projek tempatan yang bertujuan untuk membentuk pengaruh yang positif dalam masyarakat.

Sebelum ini, kami dapat menderma sejumlah dana yang besar kepada atlet kurang upaya di Indonesia dengan bantuan daripada pedagang. Dana ini dikumpulkan pada bulan Ramadan yang membolehkan mereka terus bersaing dalam sukan yang mereka minati. Selepas itu, kami telah menyumbangkan barangan keperluan dapur dan pakaian kepada orang yang tiada tempat berteduh yang memerlukan di Pedalaman Pakistan.

 

charity csr holidays

Nikmati Hari Kemerdekaan Malaysia dengan bonus 100%

Raikan ulang tahun ke-62 Hari Kemerdekaan di Malaysia dengan meriah.
Baca lagi Previous

Pertandingan Demo OctaFX Champion - Pusingan 90: pemenang meraih semuanya

Pusingan 90 Pertandingan Demo OctaFX Champion sudah selesai. Tahniah kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah pada bulan ini!
Baca lagi Next
Start livechat