OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Belajar daripada kisah kejayaan pemenang Pertandingan Demo Juara OctaFX Pusingan 39

Kami dengan gembiranya ingin berkongsi kisah kejayaan para pemenang Pusingan 39. Sebahagian daripada nasihat mereka boleh menjadi inspirasi dan bermanfaat kepada para pedagang pada tahap yang berbeza. Izinkan kami mengulangi nama para pemenang:

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh En. Ruchan Syahroni dari Indonesia
  • Tempat Ke-2 dengan hadiah USD300 dimenangi oleh En. Krismono Indra Jayanto dari Indonesia
  • Tempat Ke-3 dengan hadiah USD100 dimenangi oleh En. Imam Sumaranto dari Indonesia
  • Pemenang terakhir dalam pertandingan ini ialah En. Shahidul dari Bangladesh, mendapat hadiah USD100

Tempat Pertama – En. Ruchan Syahroni dari Indonesia

OneFX717

Indonesia Indonesia
Rank 1 Gain 4972.57%

Saya berasa teruja dan seronok kerana menjadi juara dalam pertandingan ini. Saya ingin berterima kasih kepada OctaFX kerana memperkenalkan pertandingan sebegini dan untuk hadiah yang disediakan. Penyertaan dalam Pertandingan Demo Juara OctaFX adalah peluang yang sangat baik bagi saya mencuba sistem yang telah saya pelajari. Saya pelajari banyak perkara mengenai kekurangan dan lebihan. Walaupun saya mengambil masa yang lama untuk mendapatkan dan menguasai kemahiran saya, ia menyeronokkan kerana komuniti perdagangan yang sangat baik. Terdapat begitu ramai pedagang yang hebat dalam Pertandingan Demo Juara OctaFX. Ia peluang yang unik untuk membuktikan kepada diri saya bahawa teknik dan kemahiran saya berkesan, lantaran itu membuat saya berasa yakin. Langkah seterusnya ialah untuk berdagang dengan akaun sebenar. Teknik saya bergantung pada sokongan dan rintangan. Jangan berlebihan dalam berdagang dengan menggunakan banyak teknik, itu akan mengelirukan anda. Pada pendapat saya, 3 tahun diperlukan untuk menjadi pedagang yang bagus. Tetapi, saya meneruskan usaha untuk menguasai dan membangunkan kemahiran saya.

Tempat ke-2 – En. Krismono Indra Jayanto dari Indonesia

jayanto

Indonesia Indonesia
Rank 2 Gain 2670.29%

Saya berasa gembira kerana menjadi pemenang dalam pertandingan ini. Saya berdagang di samping melakukan aktiviti lain. Berdagang menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan tidak mengganggu dalam aktiviti yang lain. Saya menggunakan telefon android iaitu pilihan yang terbaik bagi saya - mudah dan sangat ringkas. Sudah tentu saya akan menyertai pusingan seterusnya. Daripada pengalaman peribadi, saya boleh katakan bahawa pengurusan psikologi dan mengikut pergerakan trend adalah perkara yang amat penting. Tetapi, jangan lupa juga tentang disiplin. Sedikit petua: setiap kali anda ingin memasuki atau melakukan transaksi, mula-mula tunggu isyarat pada tetingkap petunjuk (RSI dan CCI). Lebih penting lagi, saya suka menggabungkan antara isyarat Bollinger Bands, RSI dan CCI. Pada hari Jumaat yang lalu, saya meletakkan lebih banyak Lot dan saya pasti terdapat pengukuhan pada Euro dan saya memang betul! Semua pedagang adalah berbeza dan unik. Secara peribadi, saya mengambil masa enam bulan untuk lebih matang dalam psikologi perdagangan. Jadi, kuasailah kemahiran anda!

Pemenang terakhir – En. Shahidul dari Bangladesh

shahidul228

Bangladesh Bangladesh
Rank 2582 Gain -8008.61%

Saya gagal, tetapi saya akan memperbaik prestasi saya! Saya sudah pelajari pengajaran yang baik: biar lambat laga, asal menang! Adakah anda masih ingat kisah arnab dan kura-kura? Saya tidak berdagang sepanjang masa kerana saya ada waktu khusus untuk berdagang. Alat yang paling berkesan mengikut pendapat saya ialah sokongan satu hari, rintangan dan SMA. Saya rasa masa yang lama diperlukan untuk menjadi pedagang yang baik. Saya tidak berputus asa dan saya akan berjaya satu hari nanti! 

Kami ingin berterima kasih kepada para pedagang yang berkongsi kisah kejayaan mereka kerana kami percaya dengan berbuat begitu kami boleh membangunkan komuniti dagangan yang terdiri daripada pedagang yang mahir. Kami berharap kisah kejayaan ini memberikan inspirasi kepada anda! Sertai Pertandingan Demo Juara OctaFX untuk menempatkan kisah anda dalam berita kami pada bulan depan!

Jadilah Juara dengan OctaFX! 

octafx-champion success-story

Ucapan tahniah sempena tibanya bulan Ramadan yang mulia!

Para pedagang yang dihormati, OctaFX ingin mengucapkan tahniah kepada semua pedagang Muslim sempena tibanya bulan Ramadan - bulan yang mulia dan dinanti-nantikan!
Baca lagi Previous

Amaran turun naik tinggi pasangan mata wang Euro dalam keadaan krisis Greek cuba mencari penyelesaian

Oleh sebab hubungan Greece dan Eropah mengalami keadaan yang paling sukar, kemungkinan turun naik tinggi pasangan mata wang Euro meningkat.
Baca lagi Next
Mula livechat