OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Akaun Micro MetaTrader 4: kawal risiko anda terhadap dagangan logam

Mulai 13 Mei, prinsip pengiraan leveraj untuk XAUUSD (emas) dan XAGUSD (perak) akan mengalami perubahan.

Sebelum ini, tanpa mengira nisbah leveraj yang ditetapkan pada akaun Micro anda, logam yang anda dagangkan adalah pada nisbah leveraj 1:200. Kini, platform ini telah melakukan perubahan terhadap tetapannya dan membolehkan anda mengawal risiko anda sepenuhnya. Anda akan dapat melaraskan leveraj logam yang didagangkan dengan melaraskan leveraj pada akaun anda.

Sekiranya anda mengenakan leveraj 1:500 buat masa ini, tiada apa yang akan berubah dan leveraj untuk logam akan kekal pada 1:200. Tetapi jika selain daripada itu, leveraj akan mengalami perubahan secara berkadar:
Bagi leveraj akaun 1:200, leveraj untuk logam akan menjadi 1:80.

Bagi leveraj akaun 1:100, leveraj untuk logam akan menjadi 1:40.

Bagi leveraj akaun 1:30, leveraj untuk logam akan menjadi 1:12.

Dan seterusnya untuk pilihan leveraj lain.

Jika anda memutuskan untuk mengurangkan leveraj untuk logam, dagangan anda terdedah kepada risiko yang lebih rendah, tetapi anda mungkin perlu melakukan lebih banyak pelaburan dana peribadi bagi membuka dagangan dagangan pada volum yang lebih besar.

 

 

improvements trading-schedule trading-schedule-changes

Bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan

Selamat menyambut bulan mulia, bulan Ramadan pada kali ini. Semoga anda dan orang yang tersayang sentiasa mencapai segala matlamat dan keinginan anda selama ini. Kami mendoakan agar anda sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kebahagiaan, dan kami berjanji untuk memastikan perkara itu dapat dicapai.
Baca lagi Previous

Selamat Hari Wesak kepada semua pedagang kami!

Pada hari yang istimewa ini, kami memberikan penghormatan dan meraikan hari kelahiran Siddhartha Gautama, kemudiannya dikenali sebagai Gautama Buddha iaitu pengasas agama Buddha.
Baca lagi Next
Start livechat