OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pemenang bertuah Pusingan 7 pertandingan sebenar OctaFX Supercharged mendapat hadiah iPhone 6!

Tujuh semestinya nombor bertuah untuk pemenang Pusingan 7 pertandingan sebenar OctaFX Supercharged. En. Joko Purwanto dari Indonesia menerima iPhone 6 serba baharu - hadiah bulanan untuk pencapai yang cemerlang. En. Joko Purwanto sentiasa menunjukkan hasil yang baik dan pertandingan ini menjadi salah satu daripada pencapaian yang hebat dalam koleksi beliau. Anda boleh membaca kisah kejayaan beliau dalam suapan ini.

Penyertaan dalam pertandingan sebenar OctaFX Supercharged menyeronokkan dan dalam masa yang sama mencabar. Saya sangat menyukai dagangan bebas sebut harga semula semasa saya membuka atau menutup kedudukan. Gaya dagangan saya santai. Saya sentiasa mengikuti dan memerhatikan penyiaran berita ekonomi dan jadual. Peraturan penting dagangan saya ialah berdagang tanpa tekanan! Peraturan kedua saya ialah berdagang dengan jujur. Dan saya juga tidak lupa tentang berehat. Apabila tiba masa puncak untuk berehat, berehatlah! Selain itu, teknik juga penting dalam berdagang. Saya sudah mencuba banyak teknik. Tetapi strategi yang paling sesuai untuk saya ialah pengurusan modal. Saya juga tidak pernah lupa mengenai pengurusan kewangan dan tekanan apabila saya berdagang. Anda akan memperoleh wang apabila menguasai teknik dan menangani emosi anda. Saya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dengan mengikut peraturan mudah ini. Saya pernah mendapat keuntungan melebihi 1000 pip hanya dalam 5 hari! Namun, saya juga pernah mengalami kerugian kerana berdagang juga mengenai belajar dan membangunkan kemampuan serta kemahiran anda. Saya percaya adalah mungkin untuk mempelajari asas hanya dalam tempoh 2 bulan. Menguasai kemahiran anda nampaknya mengambil masa. Secara peribadi, saya sudah berdagang selama 8 tahun dan saya tahu perkara yang penting untuk mencapai matlamat. Pertama sekali, kawal emosi dan uruskan tekanan anda. Jangan tamak dan simpan rekod wang yang anda sudah gunakan, hanya untuk memastikan anda tidak menjejaskan kewangan peribadi anda.

Kami berterima kasih kepada En. Joko Purwanto kerana berkongsi nasihat dengan para pedagang. Kami menghargai pedagang yang bertahan lama ini yang terus berdagang di OctaFX dan menunjukkan kepercayaan beliau kepada kami. Pemenang akan menerima hadiah beliau - iPhone 6, yang akan tiba di Indonesia tidak lama lagi! Ikut kami diFacebook untuk melihat gambar-gambar para pemenang yang bertuah! Pertandingan sebenar OctaFX Supercharged semakin terkenal dan berterusan memberikan hadiah! Ambil bahagian dalam pertandingan ini dan bersaing untuk merebut 10 hadiah yang hebat termasuk hadiah utama - Tesla Model S, Smart Fortwo dan Renault Twizy!

Gemparkan dagangan anda dengan OctaFX

octafx-supercharged success-story

Temui pemenang Pusingan 18 pertandingan demo mingguan cTrader!

Kami terus memberikan hadiah kepada para pemenang pertandingan demo mingguan cTrader. Pada minggu ini seramai 650 orang peserta bersaing dalam Pusingan 18 untuk memenangi hadiah wang sebenar untuk akaun cTrader mereka. Tetapi hanya 5 orang pemenang yang berjaya! Para pedagang ini telah membuktikan bahawa mereka tahu cara berdagang!
Baca lagi Previous

OctaFX mengalu-alukan pemenang pertandingan demo Juara OctaFX Pusingan 39!

Kami berbangga untuk mengumumkan para pemenang bagi Pusingan 39 pertandingan demo Juara OctaFX! Pengagihan wang sebanyak $1000 antara empat pemenang yang bertuah diteruskan.
Baca lagi Next
Mula livechat