OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pengalaman seminar OctaFX saya!

Pengembaraan OctaFX ke Malaysia kini telah berakhir, mari kita dengar pendapat salah seorang daripada tetamu yang hadir dalam seminar ini, yang juga telah menjadi pemenang pertandingan testimoni terbaik - Rohaizan Jaafar. Beliau telah mendapat ganjaran sebanyak USD $100 daripada OctaFX.

Berikut merupakan testimoni beliau:

"Saya datang ke sini untuk menghadiri seminar OctaFX di Pulau Pinang, Malaysia dan saya ingin berkongsi detik-detik manis dan pengalaman saya bersama anda.

Saya sangat gembira dan menikmati program ini, terutamanya apabila mendengar ucapan daripada En. Pavel serta pengenalan beliau yang cukup jelas mengenai salin dagangan, di samping penjelasan menarik mengenai latar belakang OctaFX, hadiah yang diberikan, sijil, manfaat deposit serta strategi dagangan. Seminar ini sangat bermanfaat kepada semua pedagang baru yang hadir semalam.

Dengan seramai kira-kira 45 orang yang hadir, kami dapat berbincang secara bersemuka, terutamanya bersama En. Pavel yang telah memilih saya sebagai pemenang hadiah pertandingan, atas jawapan yang telah saya berikan.

Buah tangan yang diberikan juga sangat menarik, kami semua menerima sehelai baju berserta topi yang cantik. Makanan yang disajikan juga tidak begitu berat tetapi cukup sedap.

Pasukan Azeehan daripada OctaFX Malaysia juga telah menyampaikan ucapan yang menarik serta berkongsi maklumat dalaman mengenai kerja mereka, di samping memperkenalkan OctaFX kepada kami. OctaFX sangat beruntung untuk mempunyai pasukan Azeehan yang telah berjaya mempromosikan syarikat dengan begitu baik dan cemerlang (saya berharap saya dapat menyertai mereka dalam sesi jelajah suatu hari nanti).  Saya telah menghadiri banyak seminar pada sebelum ini dan saya rasa OctaFX sering menganjurkan seminar yang sangat berjaya! Terima kasih banyak diucapkan kepada pasukan OctaFX.

Saya berharap untuk memenangi ganjaran USD 100 ini daripada OctaFX."

success-story

PERTANDINGAN DEMO JUARA OCTAFX, PUSINGAN KE-73: Trend Forex sentiasa menjadi trend anda

Pusingan ke-73 Pertandingan Demo Juara OctaFX kini telah selesai. Tahniah diucapkan kepada empat lagi pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD 1,000 bulan ini!
Baca lagi Previous

KADAR PERTUKARAN RINGGIT TETAP. TAWARAN BARU UNTUK PELANGGAN MALAYSIA!

OctaFX memperkenalkan Kadar Ringgit Tetap untuk pelanggan Malaysia!
Baca lagi Next
Mula livechat