OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Aplikasi Dagangan OctaFX dilancarkan: kemas kini utama menyusul

Kami baru melancarkan aplikasi percuma untuk semua peranti Android. Aplikasi kami membolehkan anda mengakses Ruangan Peribadi anda dan mengurus akaun dagangan anda di mana-mana sahaja anda berada: di kedai kopi, dalam perjalanan, di taman.

Anda tahu bahawa berita dan arah aliran pasaran kini berlaku dengan begitu pantas dan kami tahu anda inginkan alat yang boleh dipercayai untuk bersaing dengan kepantasan ini dan menjaga keuntungan anda. Di OctaFX, kami telah menyediakan penyelesaian yang mudah—Aplikasi Dagangan OctaFX. Bersama-sama dengan Wawasan Pasaran kami, aplikasi ini menjadikan telefon pintar anda sebagai papan pengawal yang membantu anda mengesan dan mengurus dana dagangan anda, serta memberikan tindak balas dalam masa beberapa saat. Sama ada anda perlu menyokong margin anda untuk pesanan yang dibuka atau menjejaki status deposit anda, anda boleh melakukannya hanya dengan beberapa ketikan.

Aplikasi mudah alih kami mula-mula dikeluarkan di Google Play pada bulan Mei 2018. Anda boleh mendapatkannya pada peranti anda sekarang untuk pengalaman yang lancar dalam mengubah tetapan akaun dagangan anda dan mengurus deposit. Contohnya, jika anda mempunyai idea pelaburan baru yang anda ingin segera bertindak, Aplikasi Dagangan OctaFX ialah alat yang anda perlukan: buat akaun baru pada platform yang anda suka, buat deposit, tentukan leveraj dan aktifkan bonus. Itu sahaja! Hanya satu minit dan anda sudah bersedia untuk berdagang, sama ada anda sedang dalam perjalanan perniagaan atau di restoran. Kami telah mengujinya: aplikasi ini berfungsi lebih cepat daripada perkhidmatan web dan anda hanya mendaftar masuk sekali.

Kami terus berinovasi dalam bidang ini dengan meningkatkan aplikasi secara kerap. Kemas kini yang akan datang akan menambah Bahasa Indonesia, Melayu, Thai dan lima bahasa lagi, serta memperkenalkan susun atur terperinci baru untuk akaun pertandingan sebenar dan demo. Di samping itu, anda akan dapat membuat pengeluaran secara terus dalam aplikasi di bawah tab Tindakan. Tunggu perkembangan selanjutnya untuk menjadi orang pertama yang mencuba semua ciri terbaru!

improvements

Acara istimewa sempena pusingan 100 pertandingan Demo cTrader

Pusingan ke-100 Pertandingan Demo Mingguan cTrader kami yang akan datang akan bermula. Kami berasa gembira untuk mengumumkan bahawa tabung hadiah kini jumlahnya mencapai 200%!
Baca lagi Previous

OctaFX memudahkan cara untuk mendapatkan alat Autochartist bagi dagangan yang lebih pintar

Mendapatkan alat analisis Forex lanjutan secara percuma tidak pernah semudah ini! Hanya pastikan anda mempunyai $200 atau lebih dalam akaun dagangan OctaFX anda dan anda boleh menikmati isyarat dagangan dan ramalan Forex bagi semua pasangan mata wang tanpa had atau bayaran.
Baca lagi Next
Mula livechat