OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pemenang Pertandingan MyFXbook berkongsi kejayaan dengan anda!

Tiga pedagang yang paling berjaya telah memberitahu perbezaan OctaFX dalam Pertandingan MyFXbook: 

Encik Vadim Rybalko: Saya suka tawaran ini dan terminal anda berfungsi tanpa gangguan and requotes, dimana sangat sesuai untuk menyusun strategi yang berbeza. Saya berharap pengalaman ini dapat digunakan dalam bergadang dengan akaun sebenar.

Encik Bloni Dedi Fanri Simarmata: Saya boleh katakan ciri OctaFX yang banyak membantu saya untuk menang - ianya adalah ciri "One Click Trading". Saya dapat membuat transaksi dengan cepat hanya menggunakan satu klik sahaja. Pertandingan ini juga membantu saya berdisiplin dalam berdagang.

Encik Claudio Pietroni: Pertandingan dalam MyFXbook ini adalah yang terbaik kerana ianya diuruskan oleh OctaFX dengan spread yang rendah. Ciri OctaFX turut membantu saya dalam spread yang minimum dan perlaksanaan yang cepat.

Encik Vadim Rybalko dari Rusia, pemenang tempat pertama:

Saya adalah pengguna baru MyFXbook, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada OctaFX kerana menganjurkan pertandingan sebegini - Saya sangat seronok. Ianya turut memberikan saya pengalaman bersama OctaFX dan hasilnya memberangsangkan!

Ianya adalah sesuatau yang tidak disangkakan yang saya menang dalam pertandingan ini. Saya berdagang hanya di waktu lapang, dan saya rasa sangat bertuah seperti keinginan saya yang mahu berada di tangga 10 teratas. Saya juga mencuba sistem dagangan menggunakan indikator yang disediakan. Baki dagangan saya naik mencanak dan saya tidak pernah mengalami kerugian berterusan.

Jika anda ingin nasihat daripada saya sebagai orang yang baru bermula, saya hanya mampu kata yang saya sudah berdagang selama 5 tahun dan masih berdagang, saya juga masih dalam proses belajar. Saya nasihatkan anda untuk mencari "Holy Grail" anda tersendiri.

Encik Bloni Dedi Fanri Simarmata dari Indonesia – pedagang kedua terbaik:

Sudah tentu saya rasa sangat gembira untuk menjadi salah satu pemenang. walaubagaimannapun saya tidak meluangkan banyak masa, ianya boleh dilihat dari bilangan transaksi yang saya lakukan semasa pertandingan berlangsung.

Strategi yang saya gunakan adalah analisis teknikal menggunakan indikator "trendlines" dan berdagang secara manual. Sesekali saya menggunakan aras "support" dan "resistant". Saya dapat aplikasikan disiplin dalam sistem dagangan saya semasa pertandingan. Saya tidak dapat melaksanakannya pada pertandingan yang lepas.

Semasa pertandingan, saya mendapat banyak keuntungan melalui dagangan pasangan GBP/USD, ianya boleh mencecah 69 pips dan yang paling penting ialah saat pasaran bergerak mengikut analisis saya, ianya sangat mengujakan. Semasa pertandingan juga saya pernah mengalami sekali kerugian namun ianya tidak dikira. Faktor yang sangat membantu kejayaan saya ialah disiplin semasa mengaplikasikan teknik-teknik dagangan saya.

Saya telah mengenali Forex semenjak dari tahun 2007. Saya merasakan bahawa hanya disiplin yang mampu menjadikan anda pedagang yang bagus. Untuk yang baru berjinak berdagang, saya sarankan anda untuk melatih diri berdisiplin dalam berdagang, dan jika mampu mendisiplikan diri selama 3 bulan anda mampu jadi pedagang yang terbaik.

Encik Claudio Pietroni dari Itali, pemenang ketiga:

Sebagai pemenang ianya pasti mengujakan, dan seperti dijangkakan. Jika saya meletakkan matlamat dalam fikiran saya - Saya akan capainya kelak. Semasa pertandingan berlangsung, saya hanya meluangkan beberapa jam sahaja berdagang, sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab saya sepenuhnya terlibat dalam membesarkan anak-anak saya. Kunci kejayaan saya? Saya yakin dan banyak bersabar kerana berdagang bukan hanya membuka posisi sepanjang masa.

Strategi saya adalah berdasarkan teknik "time-frame" yang dicipta oleh saya sendiri dan semua dagangan dijalankan secara manual. Keterujaan saya adalah semasa order yang terakhir dimana saya ingat bahwa saya akan rugi kesemuanya namun saya yakin untuk menghabiskan hingga ke garisan akhir. Saya tidak rugi kerana posisi saya yang sering dalam keuntungan.

Untuk menjadi pedagang yang terbaik saya merasakan anda perlu mengalami pengalaman rugi untuk melihat sejauh mana anda tanganinya dan maju ke hadapan.

Saya berdagang lebih daripada 10 tahun dan saya pernah mengalami beberapa masalah kerana ada orang yang tidak mempercayai dalam kerjaya dagangan saya! Saya pernah mengalami kerugian banyak duit namun selepas semua itu terjadi saya tetap teruskan dan bekerja lebih kuat dan sekarang lihatlah hasilnya! Saya lakukan semua ini khususnya untuk kedua-dua anak saya dan saya harap mereka akan lihat ayah mereka sebagai pemenang kelak!

Nantikan untuk sertai promosi dan pertandingan OctaFX yang baru!

promotions-and-contests success-story

Pertandingan Demo OctaFX Champion Pusingan ke-28 dimenangi Indonesia!

Pertandingan kami yang popular telah memasuki pusingan ke-29 dan hari ini dengan bangganya kami mengumumkan keputusan pusingan yang lepas!
Baca lagi Previous

Pemberitahuan Kemaskini MT4 untuk semua Pedagang OctaFX

Sokongan Pelanggan OctaFX ingin memberitahu anda bahawa terminal pelanggan MT4 perlu dikemaskini kerana versi lama daripada 600 tidak lagi disokong mulai Jumaat, 1 Ogos.
Baca lagi Next
Mula livechat