Daftar masuk
Buka akaun
Buka akaun
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

OctaFX menggembirakan pedagang dengan tawaran akaun baru

OctaFX, broker forex yang terkenal kerana menawarkan spread terendah dalam industri, hari ini mengumumkan satu rombakan penuh akaun dan syarat dagangannya. Dalam usaha berterusan untuk memberikan respons kepada permintaan para pelanggan dan menambah baik prestasi dagangan, OctaFX meningkatkan syarat-syarat di kedua-dua akaun MT4 dan cTrader serta melancarkan Akaun Pro MT5 baru.

Akaun Pro baru OctaFX direka bentuk untuk disesuaikan dengan pedagang yang ingin memanfaatkan platform MT5 yang baru. MT5 menawarkan ciri-ciri baru termasuk antara muka pengguna baru yang dipertingkat, keupayaan untuk lindung nilai, membuka berbilang dagangan untuk simbol yang sama termasuk dalam arah bertentangan, serta keupayaan untuk membuat pesanan Had Henti Beli dan Had Henti Jual, dan banyak lagi.

Selain mendayakan dagangan pada MT5, Akaun Pro baru OctaFX memberi pengguna spread terapung yang lebih rendah, bermula daripada 0.2 pip. Bagi mereka yang berminat dengan pasangan mata wang tambahan, indeks (Nikkei 225, Nasdaq 100 S&P 500 Dow Jones 30), logam berharga atau minyak mentah, sejumlah 44 instrumen kini dimasukkan. Akaun Pro adalah bebas komisen dan gabungan had volum minimum 0.01 lot, leveraj 1:200 dan alat analisis MT5 membolehkan pedagang menyesuaikan strategi mereka dengan mana-mana keadaan pasaran.

OctaFX telah menggabungkan ciri-ciri terbaik akaun Mikro dan ECN mereka sebelum ini ke dalam akaun Mikro MT4 baru yang dipertingkat. Ini termasuk spread bermula daripada 0.4 pip, volum minimum 0.01 lot dan leveraj 1:500. Bilangan instrumen dagangan yang boleh didapati dengan akaun Mikro MT4 telah ditambah untuk menyertakan 28 pasangan mata wang serta emas dan perak. Akaun ECN MT4 baru kini tidak lagi tersedia tetapi pengguna sedia ada bagi jenis akaun lama (MT4 atau cTrader) boleh terus menggunakan akaun lama mereka untuk dagangan.

Pedagang yang berminat dalam akses pasaran langsung kini dapat memilih akaun ECN cTrader OctaFX yang telah dirombak. Akaun ini menampilkan spread mentah daripada 0.0 pip, komisen yang kompetitif dan 35 pasangan mata wang di samping emas dan perak serta sebut harga tahap II.  

 "Kami telah mendengar dengan teliti kehendak pelanggan kami dan membangunkan set akaun yang direka bentuk bukan sahaja untuk memenuhi hampir semua keperluan pedagang kami, tetapi juga menyediakan syarat-syarat dagangan yang menerajui pasaran", kata jurucakap OctaFX. "Kami telah membina reputasi dengan mengutamakan pelanggan dan kami berasa seronok kerana sekali lagi dapat menggembirakan para pedagang di OctaFX.com dengan syarat-syarat dagangan yang tiada tandingannya."

Berikut ialah beberapa ulasan pelanggan OctaFX:

Saya sangat menyukai akaun Pro! Akaun ini memberikan spread yang amat rendah, termasuk lebih banyak instrumen dan lebih menarik lagi kerana terdapat CFD dan Tenaga dalam platform OctaFX.

Muhammad Hafizul Abdul Rashid

Saya sangat menyukai spread. Saya dapat tahu terdapat platinum dan palladium di situ dan 1:200 ialah leveraj yang baik, saya rasa ia selamat... Akaun pro ini ada indeks, OctaFX tidak pernah menawarkannya sebelum ini. Saya sangat gembira.

Maxim Ferberov 

Untuk maklumat lanjut tentang akaun OctaFX atau jika anda ingin membuka akaun Pro MT5 OctaFX, Mikro MT4 atau ECN cTrader baru, sila klik di sini.

Pilih akaun yang paling sesuai untuk anda

improvements

Pusingan 55 pertandingan demo Juara OctaFX: $1000 untuk para pemenang!

Pertandingan demo Juara OctaFX ialah cabaran sebenar untuk juara sebenar, oleh itu mari kita ucapkan tahniah kepada para pedagang yang terbaik dalam Pusingan 55! Dana hadiah berjumlah $1000 telah dikongsi antara pakar Forex berikut...
Baca lagi Previous

GER30 (MT5), 3 Oktober 2016

OctaFX ingin memaklumkan anda mengenai perubahan terhadap jadual dagangan bagi instrumen GER30 (MT5). Dagangan bagi pasangan GER30 (MT5) akan ditutup pada hari 3 Oktober 2016. Dagangan logam akan dibuka semula pada hari 4 Oktober, 09:00 EET.
Baca lagi Next
Mula livechat