OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Mendekati kewangan dan dagangan

Sejak tahun 2011, kami telah mengumpulkan lambakan maklumat terperinci tentang pasaran kewangan, pengurusan wang, pelaburan jangka panjang dan jangka pendek, psikologi dagangan serta pelbagai bidang lain yang berkaitan dengan dagangan dan penjimatan. Kini, kami telah memutuskan untuk menyatukan semua maklumat tersebut untuk anda dan menjemput pakar dagangan yang disegani untuk menyumbangkan pengalaman mereka terhadap pustakan berkenaan. Inilah juga sebab bagaimana idea untuk mewujudkan blog OctaFX muncul.

Kami baru masih mula melangkah, tetapi kami sudah memutuskan untuk menjadikan blog kami lebih menarik untuk seramai audiens yang mungkin. Selain daripada keterangan daripada strategi dan amalan dagangan, anda juga akan dapat menemui artikel berkenaan gaya hidup, petua mudah tentang cara untuk menjimatkan wang bagi mencapai matlamat kewangan tertentu atau sekadar untuk keperluan masa hadapan, serta panduan berguna untuk membina set minda seorang ahli perniagaan profesional yang berjaya.

Kami telah menyediakan pelbagai bahan penulisan yang akan diterbitkan satu persatu beberapa kali seminggu. Semua artikel yang diterbitkan akan dikategorikan mengikut tajuk, yang anda boleh selusuri menerusi menu blog. Selain itu, kami turut menghasilkan koleksi merentas tajuk yang disatukan mengikut idea serupa. Jangan segan untuk menyimpan dan berkongsi koleksi ini dengan rakan-rakan anda, sepertimana yang anda lakukan terhadap artikel bebas atau kiriman Facebook kami.

 

 

 

improvements

Jadual dagangan Hari Kesyukuran USA

Jabatan Teknikal OctaFX ingin memaklumkan bahawa sempena perayaan Hari Kesyukuran yang akan datang, beberapa instrumen akan mengalami perubahan jadual dagangan. Bermula 22 November sehingga 23 November 2018, jadual dagangan untuk beberapa instrumen dan indeks akan mengalami perubahan. Sila teliti jadual berikut dalam merancang dagangan anda.
Baca lagi Previous

20 hari dagangan, 20 hadiah yang luar biasa

Dari 3 hingga 28 Disember, kami menganjurkan acara Tahun Baru dengan banyak hadiah dan penggalak dagangan yang hebat. Buka hadiah baru pada setiap hari dagangan, tuntut bonus peribadi anda dan sertai pertandingan yang menawarkan hadiah termasuk iPhone, iPad dan wang.
Baca lagi Next
Start livechat