OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pusingan 33 Juara OctaFX: Pemenang Pertama dalam cubaannya yang akhirnya menghasilkan kejayaan

Pusingan terakhir dalam tahun 2014 telah selesai dan kami bersedia untuk berkongsi pengalaman pemenang dengan anda! Kami sentiasa berasa bangga menerima kisah-kisah pedagang dan memberikan mereka peluang untuk didengari!

Biar kami ulangi nama-nama pemenang kami:

  • Tempat Pertama – En. R Tjahyo Sembodo dari Indonesia
  • Tempat Ke-2 – En. Aliaksei Matusevich dari Belarus
  • Tempat Ke-3 – En Ahmet Metin Yilmaz dari Turki
  • Pemenang tempat terakhir dalam pertandingan ini – En. Rathuwaduge Suranga dari Sri Lanka

Tempat Pertama  En. R Tjahyo Sembodo dari Indonesia tentang pengalaman beliau sebagai pemenang:

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa dan saya berasa hebat. Selepas beberapa cubaan, akhirnya saya mendapat apa yang saya mahukan. Sebenarnya saya tidak terfikir boleh memenangi tempat pertama sekurang-kurangnya dalam 3 minggu pertama pusingan. Minggu lepas, saya melihat peluang untuk mendapat tempat ketiga dan cuba untuk berdagang dengan selamat dan berhati-hati. Dalam 3 hari terakhir, saya terkejut apabila berada di tempat ketiga dan cuba mengekalkan kedudukan saya. Dan pada hari minggu yang indah ini, pada hari-hari terakhir bulan Disember, saya menerima pemberitahuan e-mel daripada OctaFX yang menyatakan saya mendapat kedudukan tertinggi dalam pertandingan. Wah! Saya amat teruja dan gembira. Terima kasih OctaFX atas hujung minggu yang indah ini.

Sekarang, mari saya ceritakan tentang dagangan saya:

Saya tidak sentiasa mempunyai masa untuk berada di depan komputer dan menganalisis setiap peluang. Saya sebenarnya cuma ada sedikit masa untuk menganalisis. Jadi saya dibantu oleh robot dalam dagangan hari ke hari.

Teknik saya ialah scalping dengan panduan tindakan harga dibangunkan dengan mencari peluang untuk menarik balik harga apabila harga melepasi rintangan atau sokongan pada carta 5M. Ya, saya telah membangunkan robot dagangan untuk membantu saya dengan teknik-teknik ini. Selain itu, saya menukar dagangan secara manual.

Pusingan ini adalah pencapaian tertinggi saya selepas pusingan 32 pertandingan sebulan lepas: Ketika itu saya mendapat kedudukan ke-4. Sebelumnya, saya mengalami beberapa panggilan margin dalam akaun demo dan langsung.

Pada pendapat saya, semua orang boleh mempelajari konsep Berdagang Forex dengan cepat dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, menjadi konsisten memerlukan beberapa tahun. Bersabar, belajar daripada pengalaman dan miliki pengurusan wang yang baik – itulah cara yang terbaik untuk menjadi pedagang yang baik dan juga bertahan dalam pernigaan ini. Saya tidak mengatakan saya lebih baik daripada orang lain.

Saya lebih suka mengatakan ia masa yang tepat untuk peluang yang tepat dan jejak dagangan yang tepat. Singkirkan perasaan tamak dan takut, kerana itulah kunci kejayaan. Saya percaya setiap orang berpeluang untuk menjadi yang terbaik.

Tempat Ke-2 – En. Aliaksei Matusevich dari Belarus

Saya gembira kerana mendapat tempat ke-2. Saya telah mencuba pelbagai teknik. Saya rasa saya cuma bertuah, tetapi sekarang saya mempertimbangkan untuk menyertai promosi OctaFX yang lain. Latihan menghasilkan kesempurnaan!

Tempat Ke-3 – En Ahmet Metin Yilmaz dari Turki:

 Ia pengalaman yang baik dan mengujakan dan ia tidak mengambil masa yang banyak.  Disiplin dan percaya pada sistem yang saya bangunkan dengan masa membantu saya memperoleh hasil saya. Strategi saya berdasarkan pada tindakan harga, dan ya, saya membangunkan strategi ini dengan mencuba pelbagai teknik.
Sebenarnya saya tidak fikir yang saya pedagang yang bagus. Jika saya menduduki tempat pertama pada masa hadapan, saya akan fikirkan mengenai memberikan nasihat kepada rakan pedagang.

Pemenang tempat terakhir dalam pertandingan ini, En. Rathuwaduge Suranga dari Sri Lanka:

Saya telah mencuba selama 2 tahun untuk menjadi pemenang dan untuk menduduki tempat pertama. Namun, saya gembira tentang syarikat anda walaupun menjadi pemenang tempat terakhir.  Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan tempat pertama dalam pusingan seterusnya. Saya telah memainkan dan mempelajari banyak perkara untuk menambah baik pada masa hadapan. Ia mengambil masa yang panjang untuk menjadi pedagang yang bagus! Saya bersama anda sejak 2012, tetapi saya masih belajar!

Kami berterima kasih kepada semua peserta untuk kisah mereka! Mendapat inspirasi daripada mereka?  Mendaftar dalam Pusingan 35 Pertandingan Demo Juara OctaFX! 

octafx-champion promotions-and-contests success-story

Pusingan 33 pertandingan demo Juara OctaFX sudah selesai!

Pada tahun ini lebih daripada 25000 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan demo Juara OctaFX!
Baca lagi Previous

Pemenang Pertandingan demo mingguan cTrader OctaFX Pusingan 6 dianugerahkan!

Sementara Pertandingan demo mingguan cTrader pusingan 7 sedang berlangsung, OctaFX dengan gembiranya mempersembahkan pemenang Pusingan 6 dan hadiah-hadiah mereka
Baca lagi Next
Mula livechat