OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

PERTANDINGAN DEMO JUARA OCTAFX, PUSINGAN 71: KESABARAN IALAH FAKTOR UTAMA KEJAYAAN

Pusingan 71 Pertandingan Demo Juara OctaFX sudah selesai.

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Victor L.Simbar dari Indonesia
  • Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Achmad Zulfraeni dari Indonesia
  • Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Faizul Nuraini dari Indonesia
  • Pemenang terakhir, Eniola Olufemi dari Nigeria menerima USD100

Pemenang baru kami berkongsi perasaan dan pandangan mereka tentang pusingan yang lepas, serta mendedahkan faktor utama kejayaan mereka. Ketahui tentang perasaan para pemenang dan cara mereka mencapai kejayaan dalam temu bual kami dengan pedagang terbaik Pusingan 71 Pertandingan Demo Juara OctaFX.

TEMPAT PERTAMA:VICTOR L. SIMBAR DARI INDONESIA

Sudah tentu saya rasa gembira dan bersyukur kerana memenangi tempat pertama, sangat hebat! Mendapat tempat teratas bukanlah mudah, saya meluangkan masa yang banyak. Tetapi, saya mungkin akan menyertai lagi pertandingan yang akan datang.

Perkara paling penting dalam dagangan adalah berdisiplin dalam dagangan anda, jangan tamak dan jangan ikut perasaan. Anda perlu menganalisis carta dan kekal dengan strategi anda.

Saya pernah mendapat untung yang besar, tetapi juga kerugian yang besar, perjalanan yang mencabar bagi saya.

Pada pendapat saya, anda memerlukan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman untuk benar-benar mahir dalam dagangan forex. 

TEMPAT KEDUA: Achmad Zulfraeni DARI INDONESIA

Saya sangat gembira kerana akhirnya dapat mencapai kejayaan, saya kerap menyertai pertandingan ini tetapi selalu gagal untuk memasuki senarai 10 teratas. Awal tahun 2018 ini permulaan yang baik untuk saya sebagai pedagang kerana berjaya mengatasi ramai pedagang dalam pertandingan ini.

Saya kerap melihat carta pasaran sekali setiap jam. Tetapi apabila hendak membuka kedudukan, saya lebih berminat membuka dagangan pada sesi petang. Pada masa ini, carta lebih mudah dibaca menggunakan teknikal dan juga fundamental.

Sudah tentu, saya mahu mencuba dan mengambil bahagian lagi. Pedagang sejati ialah pedagang yang tidak akan cepat berpuas hati dan sentiasa belajar tentang forex. Sudah tentu, saya akan menyertai pertandingan yang seterusnya!

Berkenaan dagangan saya, faktor utama bagi saya ialah kesabaran. Kita mesti tahu waktu yang tepat untuk membuka kedudukan. Saya mampu berjaya dalam pertandingan ini dengan bersikap sabar dan tidak tergesa-gesa tentang pergerakan pasaran yang turun naik. Sebelum ini, saya sentiasa tergesa-gesa apabila membuka kedudukan dan menyebabkan banyak kerugian.

Strategi saya sentiasa sama. Saya sentiasa menggunakan scalping. Tetapi seperti yang katakan sebelum ini, kesabaran ialah faktor utama dalam kejayaan saya dalam pertandingan ini.

Kelebihan yang paling hebat tidak berlaku dalam pertandingan ini. Saya pernah cuba menyertai pertandingan dengan broker lain dan berjaya mendapat untung 100 pip. Mungkin nampak kecil, tetapi bagi scalper seperti saya, sudah tentu ini sudah cukup besar. Dari segi kerugian, saya pernah kerugian lebih daripada 500 pip. Kesilapan terbesar saya kerana memegang kedudukan yang sudah pun bertentangan daripada arah aliran, tetapi itu pengajaran bagi saya untuk menjadi pedagang yang lebih baik.

Saya mengetahui tentang Dagangan Forex sejak tahun 2016. Saya mula belajar dan memahami ciri setiap pasangan di carta pasaran dengan belajar tentang teknikal dan fundamental. Jika anda sudah mempunyai pengetahuan tentang forex, anda hanya memerlukan satu lagi faktor penting iaitu kawalan emosi. Kerana walaupun anda mengetahui segala-galanya tentang forex, tetapi membuka kedudukan bukan berdasarkan analisis tetapi emosi, hasilnya ialah kerugian.

TEMPAT KETIGA: FAIZUN NURAINI DARI INDONESIA

Saya sangat berbangga dan gembira kerana menjadi salah seorang pemenang dalam pertandingan ini! Walaupun saya bekerja keras untuk menang, saya tidak meluangkan semua masa saya untuk berdagang dalam pertandingan ini. Sekarang selepas menjadi pemenang, tiba masanya untuk saya mencari lebih banyak peluang bagi menguji kemahiran dagangan saya dan mencuba promosi lain daripada OctaFX.

Saya percaya bahawa perkara paling penting dalam berdagang ialah kesabaran dan kedengaran mudah, tetapi sangat sukar untuk mematuhi peraturan ini.

Saya menghadapi turun dan naik semasa berdagang, saya pernah mendapat $100 dalam satu dagangan, sememangnya hebat, tetapi pada masa yang lain saya kerugian separuh daripada modal saya.

Saya pasti bahawa 1 tahun adalah mencukupi untuk menjadi pedagang yang hebat, selagi anda mempunyai ketekunan dan kesabaran.

DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT TERAKHIR: ENIOLA OLUFEMI DARI NIGERIA

Selepas menyertai pertandingan ini, saya sedar bahawa saya mahu meningkatkan prestasi saya dan cuba mengatasi peserta lain dalam pusingan seterusnya.

Daripada pertandingan ini, saya belajar untuk tidak menggunakan lot yang tinggi semasa berdagang dan tidak berdagang apabila tidak dapat memantau dagangan. Saya menggunakan Ichimoku berdasarkan strategi dan mendapati ia memberikan beberapa isyarat yang salah.

Saya sangat terlibat dalam pertandingan ini dan meluangkan banyak masa. Saya tahu sukar untuk menang tanpa meluangkan masa yang banyak. Dagangan saya yang paling berjaya ialah dagangan yang isyaratnya semua sepadan dengan tempoh masa, saya pertimbangkan tempoh masa 4 jam, harian dan mingguan.

Alat dagangan yang berfungsi untuk saya termasuk emas 9,20,100,200 serta zon sokongan dan rintangan.

Pada pendapat saya, anda boleh menjadi pedagang dalam masa kurang daripada sebulan, tetapi untuk menjadi pedagang yang menguntungkan secara berterusan, anda mungkin memerlukan lebih daripada 5 tahun.

Jadi juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Untung bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk menyertai pusingan seterusnya Pertandingan Demo Juara OctaFX.

octafx-champion promotions-and-contests

Perubahan jadual dagangan OctaFX pada Hari Presiden AS 19 Februari 2018

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan waktu dagangan bagi beberapa instrumen pada Hari Presiden AS, 19 Februari. Sila pertimbangkan jadual berikut semasa merancang dagangan anda
Baca lagi Previous

PERUBAHAN JADUAL DAGANGAN DISEBABKAN PERALIHAN MASA MUSIM PANAS 2018

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan dalam jadual dagangan disebabkan peralihan masa musim panas.
Baca lagi Next
Mula livechat