OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

PERTANDINGAN DEMO JUARA OCTAFX, PUSINGAN 75: INDONESIA MENGUASAI PERSAINGAN

Pusingan 75 Pertandingan Demo Juara OctaFX sudah selesai. Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh M Fatah Fuadi dari Indonesia
  • Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Rombang Rizky Sihombing dari Indonesia 
  • Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Aprillia Rulis dari Indonesia
  • Pemenang terakhir, Lei Luan dari China menerima USD100

Pemenang baru kami berkongsi perasaan dan pandangan mereka tentang pusingan yang lepas, serta mendedahkan faktor utama kejayaan mereka. Ketahui semua rahsia dalam temu bual kami dengan pedagang terbaik dalam Pertandingan Demo Juara OctaFX terbaru.

TEMPAT PERTAMA: M FATAH FUADI DARI INDONESIA

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada OctaFX kerana menganjurkan pertandingan ini, jadi kami mempunyai peluang yang baik untuk berdagang.Saya tidak pernah terfikir akan menjadi pemenang pertama, saya sangat gembira!

Bagi saya, pengurusan masa ialah faktor penting bagi kejayaan, ia membantu saya memantau pergerakan dagangan. Saya fikir penting untuk menyedari dan mengawal emosi apabila saya memasuki pasaran. Tiada strategi khusus yang boleh saya cadangkan, anda boleh menggunakan semua strategi selagi anda mengawal emosi anda. Semua orang boleh berdagang, tetapi untuk menjadi orang yang bagus dalam perdagangan anda akan memerlukan masa yang lama, lebih dari 1 atau 2 tahun.

TEMPAT KEDUA: ROMBANG RIZKY SIHOMBING DARI INDONESIA

Menjadi pemenang Juara OctaFX merupakan suatu pencapaian bagi saya. Saya terlibat sepenuhnya dalam pertandingan ini sejak awal, tetapi saya tidak membuka dagangan setiap hari. Sekarang saya sudah menang, tiba masanya untuk saya lebih aktif mengikuti promosi OctaFX. Kesabaran ialah faktor utama kejayaan saya. Strategi saya adalah untuk berdagang apabila pasaran "mendatar".

Saya rasa sangat beruntung kerana menjadi salah seorang pemenang Juara OctaFX. Tetapi untuk berjaya, anda perlu belajar menjadi pedagang yang baik, mungkin mengambil masa 3 tahun untuk menjadi pakar.

TEMPAT KETIGA: APRILLIA RULIS DARI INDONESIA

Saya melihat banyak promosi yang menarik di OctaFX dan saya sangat gembira dapat mengambil bahagian dalam Pertandingan Demo Juara kerana saya menjadi pemenang daripada beratus-ratus peserta. Saya berdagang dalam akaun pertandingan demo selama 2 hari sahaja, ia tidak membuang masa saya sama sekali. Nasihat saya untuk pedagang adalah bersabar dalam perdagangan forex dan sedikit tuah juga diperlukan.

Strategi dagangan saya adalah untuk mengikuti arah aliran pasaran, mungkin saya akan mengembangkan strategi ini pada akaun sebenar dengan pengurusan henti rugi yang baik. Perkara yang membantu saya menang dalam pertandingan ini ialah saya sangat bertuah ketika mendagangkan pasangan GBPUSD dalam pertandingan ini dan saya tidak mengalami kerugian sama sekali. Pada pendapat saya, anda memerlukan 1-2 tahun untuk berdagang dengan jayanya. 

DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT TERAKHIR: LEI LUAN DARI CHINA

Jadi juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo Juara OctaFX.

promotions-and-contests

PERUBAHAN JADUAL DAGANGAN SEMPENA HARI PERINGATAN AS DAN CUTI BANK MUSIM BUNGA UK PADA 28 MEI 2018

Sila ambil maklum mengenai perubahan terhadap jadual dagangan pada hari Isnin, 28 Mei seperti berikut.
Baca lagi Previous

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 daripada OctaFX

Tahniah kepada semua pelanggan kami yang berharga dan setia yang telah berjaya menyempurnakan Ramadan dan sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Baca lagi Next
Mula livechat