OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Demo Juara OctaFX, Pusingan 76: Jangan Berputus Asa

Pusingan 76 Pertandingan Demo Juara OctaFX sudah selesai. Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Dermawan Karamoy dari Indonesia
  • Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Yaping Zhang dari China 
  • Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Adit Priyadi dari Indonesia
  • Pemenang terakhir, Waryono dari Indonesia menerima USD100

Jangan lupa untuk melihat temu bual dengan para pemenang di bawah yang mendedahkan rahsia mereka untuk dagangan yang berjaya dan menjadi juara seterusnya dalam Pertandingan Demo Juara OctaFX!

TEMPAT PERTAMA: DERMAWAN KARAMOY DARI INDONESIA

Saya sangat gembira dan berpuas hati kerana memenangi Pertandingan Juara OctaFX ini. Walaupun saya tidak meluangkan semua masa untuk berdagang dalam pertandingan ini, saya menyemaknya setiap hari.

Sekarang saya sudah menang, tibalah masanya untuk saya menunjukkan prestasi dagangan saya dengan mengikuti atau menyertai promosi lain.

Berkaitan dengan berdagang, saya nasihatkan agar semua pedagang bersabar, jangan terburu-buru dan sentiasa berhati-hati apabila anda membuka kedudukan. Strategi saya adalah untuk mengikuti corak lilin dan saya rasa yakin tentang teknik saya. Saya tidak merancang untuk menukar kepada strategi lain buat masa ini.

Memenangi pertandingan merupakan kejayaan yang besar bagi saya, tetapi saya juga kerugian $100 semasa pertandingan ini dan mengalami Panggilan Margin.

Pada pendapat saya, anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk menjadi pedagang yang bagus.

TEMPAT KEDUA: YAPING ZHANG DARI CHINA

Sangat seronok kerana memenangi pusingan ini, saya rasa sangat gembira. Pertandingan yang dianjurkan oleh OctaFX ini sangat baik. Kejayaan dalam pertandingan akaun demo ini menggalakkan saya untuk berdagang pada akaun sebenar.

Saya meluangkan sebahagian besar daripada masa saya berdagang dalam pertandingan ini, tak kira masa, saya berdagang siang dan malam. Sekarang saya pasti ingin menyertai pertandingan lain yang dianjurkan oleh OctaFX.

Nasihat saya untuk menjadi pedagang yang berjaya adalah sentiasa fokus. Saya rasa saya dapat melakukan lebih baik daripada orang lain kerana saya meluangkan lebih banyak masa berdagang berbanding orang lain.

Pada pendapat saya, anda memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk menjadi pedagang yang hebat.

TEMPAT KETIGA: ADIT PRIYADI DARI INDONESIA

Sangat menakjubkan, hasil terbaik saya semasa Pertandingan Demo OctaFX. Saya bangga dan menjadi lebih bersemangat untuk memulakan Dagangan forex dengan OctaFX.

Saya fokus pada dagangan dalam akaun Demo saya, bukannya di akaun sebenar saya semasa pertandingan ini, tetapi saya tidak meluangkan banyak masa untuk berdagang. Saya sudah menyertai pusingan yang seterusnya untuk pertandingan ini. Saya akan bersaing untuk pusingan seterusnya bagi mendapatkan kedudukan yang lebih baik, mungkin tempat kedua atau pertama! Jika ada pertandingan lain, saya juga akan menyertainya.

Nasihat dagangan saya adalah untuk bersikap konsisten, saya cuba menggunakan satu strategi dagangan yang saya ada dan fokus padanya. Disiplin dalam menggunakan peraturan itu. Saya mengesyorkan penggunaan Ambil Untung dan Henti Rugi, jadi baki akan terus berkembang dari masa ke masa.

Strategi saya adalah untuk menggunakan Analisis Teknikal menggunakan Anjakan Fibonacci yang boleh didapati pada Platform MT4. Saya tidak mengubahnya dan saya membuka kedudukan menggunakan strategi ini.

Jika anda ingin mengetahui jumlah masa yang anda perlukan untuk menjadi pedagang yang bagus, saya fikir anda tidak akan mencapai kesempurnaan. Saya tidak rasa seperti pedagang yang bagus, walaupun saya sudah mengenali Forex selama 3 tahun. Saya fikir kemampuan setiap orang adalah berbeza. Berdasarkan pembacaan saya, pedagang forex akan mencapai puncak kejayaan mereka selepas 12-13 tahun berlatih.

DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT TERAKHIR: WARYONO DARI INDONESIA

Saya belajar banyak perkara daripada pertandingan ini dan pada masa yang akan datang saya mahu mengatasi peserta lain dan mendapatkan tempat pertama. Saya berdagang selepas waktu kerja dan apabila saya ada masa lapang.

Dagangan saya yang paling berjaya ialah GBPUSD dan EURUSD dan alat dagangan kegemaran saya ialah GBPUSD, EURUSD, USDCAD, USDJPY, AUDUSD.

Saya fikir anda memerlukan lebih daripada 1 tahun untuk belajar tentang Forex. Tetapi paling penting adalah jangan berputus asa.

Jadi juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo Juara OctaFX.

promotions-and-contests

Perubahan Dalam Jadual Dagangan Untuk Hari Kemerdekaan

OctaFX ingin memaklumkan tentang perubahan dalam jadual dagangan pada 3-4 Julai.
Baca lagi Previous

Acara istimewa sempena pusingan 100 pertandingan Demo cTrader

Pusingan ke-100 Pertandingan Demo Mingguan cTrader kami yang akan datang akan bermula. Kami berasa gembira untuk mengumumkan bahawa tabung hadiah kini jumlahnya mencapai 200%!
Baca lagi Next
Start livechat