OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Demo Champion OctaFX, pusingan 77: masa untuk keuntungan yang besar

Pusingan 77 Pertandingan Demo Champion OctaFX sudah selesai. Kami mengucapkan semoga berjaya kepada empat pedagang yang berkongsi dana hadiah berjumlah USD1000 pada bulan ini!

  • Tempat Pertama dengan hadiah USD500 dimenangi oleh Afrin Juniko dari Indonesia
  • Tempat Kedua dengan hadiah USD300 dimenangi oleh Gunardi Buyung dari Indonesia
  • Tempat Ketiga dengan hadiah USD100 dimenangi oleh Rusman Ali dari Indonesia
  • Pemenang terakhir, Helmi Arif dari Indonesia menerima USD100

Jangan lupa untuk melihat temu bual dengan para pemenang di bawah yang mendedahkan rahsia mereka untuk dagangan yang berjaya dan menjadi juara seterusnya dalam Pertandingan Demo Champion OctaFX!

TEMPAT PERTAMA: AFRIN JUNIKO DARI INDONESIA

Saya sangat gembira kerana berjaya menang daripada ribuan peserta yang lain. Saya berdagang menggunakan Android, oleh itu saya bolah berdagang di mana-mana sahaja apabila saya ada masa terluang. Saya juga melihat banyak promosi lain yang menarik di OctaFX yang saya perlu cuba.

Rahsia kejayaan dagangan saya adalah bersabar dan mungkin sedikit tuah. Strategi saya adalah berdagang lot kecil, mengambil kira daya tahan modal. Melalui cara ini, saya mendapat untung yang besar bagi EURUSD dan saya tidak mengalami kerugian yang besar walaupun masih mengalami beberapa kerugian.

Saya mengesyorkan untuk berlatih dan belajar sekurang-kurangnya 2-3 tahun untuk menjadi pedagang yang bagus.

TEMPAT KEDUA: GUNARDI BUYUNG DARI INDONESIA

Saya sangat bersyukur kerana menjadi pemenang. Saya bekerja keras dan meluangkan hampir semua masa saya dalam pertandingan ini. Selepas kejayaan ini, saya pasti akan menyertai promosi lain. Strategi saya adalah menunggu dengan sabar, saya boleh menunggu masa yang sesuai untuk membuka kedudukan. Saya mengikut corak kaki lilin, inilah satu-satunya teknik yang saya gunakan.

Keuntungan terbesar yang saya dapat adalah apabila terdapat Jurang pada EURUSD dan saya mendapat untung 200 pip. Saya tidak mengalami sebarang kerugian yang besar.

Pada pendapat saya, anda perlu berlatih sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menjadi pedagang yang bagus.

TEMPAT KETIGA: RUSMAN ALI DARI INDONESIA

Walaupun saya tidak meluangkan masa yang banyak dalam pertandingan ini, saya menjadi pemenang dan saya sangat gembira. Sudah tentu saya akan menyertai pusingan seterusnya dalam pertandingan ini.

Strategi saya adalah untuk membuka dagangan pada masa berita dan mengikut analisis.

Keuntungan yang paling besar semasa pertandingan ini ialah 5000% dan kerugian saya ialah panggilan margin $100

DAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT TERAKHIR: HELMI ARIF DARI INDONESIA

Saya banyak belajar daripada pertandingan ini, membuka kedudukan semasa berita yang penting menyebabkan saya gagal dan dagangan tidak berkesan. Saya mahu memperbaik prestasi saya supaya saya boleh mengatasi peserta lain.

Saya tidak terlibat dalam pertandingan ini sepanjang masa kerana saya bekerja, jadi saya berdagang apabila saya ada masa lapang. Saya mengalami banyak kerugian pada kebanyakan masa, tidak banyak dagangan saya yang berjaya.

Saya sudah berlatih selama 2 tahun dan masih tidak dapat menggelar diri saya sebagai pedagang yang bagus.

 

Jadi juara OctaFX

Capai tahap seterusnya dalam kerjaya dagangan anda. Keuntungan bersamaan dengan hadiah wang tunai, oleh itu daftar hari ini untuk mengambil bahagian dalam pusingan seterusnya Pertandingan Demo Champion OctaFX.

promotions-and-contests

Pertandingan Demo cTrader Weekly pusingan 100: temui pemenang bertuah!

Pusingan 100 Pertandingan Demo cTrader Weekly OctaFX yang penting sudah selesai. Pusingan yang istimewa ini menawarkan dua kali ganda tabung hadiah, lantaran itu meningkatkan keseronokan untuk mengetahui tentang keputusannya.
Baca lagi Previous

Deposit langsung dengan Mastercard dan Visa sudah kembali

Tambah wang ke akaun dagangan anda secara terus daripada kad anda—pantas dan mudah! Kami telah menyambung semula deposit langsung dengan Mastercard dan Visa yang dikeluarkan oleh mana-mana bank. Kini anda boleh membuat deposit dengan kad anda secara terus di laman kami atau melalui aplikasi dagangan kami, hampir dari setiap negara di dunia.
Baca lagi Next
Start livechat