OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

OctaFX menyumbangkan peralatan kepada program Bola Keranjang Berkerusi Roda BSF!

OctaFX telah bekerjasama dengan Yayasan Sukan Bali (BSF) dengan menumpukan tentang cara untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan ahli sukan kurang upaya di Bali, Indonesia.

Dengan bantuan kami, BSF kini mampu untuk menarik lebih ramai peserta dalam sukan bola keranjang berkerusi roda: kami telah menyumbangkan sebanyak 10 kerusi roda serba baru kepada program bola keranjang berkerusi roda BSF! Hal ini juga dapat membantu mempertingkatkan kualiti sesi latihan, dengan adanya peralatan baru yang lebih canggih!

Kami amat berbangga untuk menyokong pembangunan program ini, kerana ia juga dapat membantu golongan muda dari seluruh Bali untuk bersosial, berlatih dan menetapkan matlamat baru! Kami yakin bahawa dengan melibatkan diri dalam sukan ini, golongan muda kurang upaya dapat menjadi lebih sihat serta merasai pengalaman yang lebih baik.

Pasukan OctaFX amat berbangga untuk menyokong ahli sukan BSF kerana kami sedar bahawa mereka sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengatasi sebarang rintangan yang mereka alami. Melihat hasil yang positif merupakan anugerah yang berharga buat kami!

"Bagi pihak Yayasan Sukan Bali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada OctaFX atas sokongan mereka melalui penajaan kerusi roda WB yang serba baru ini, jadi sebagai ganti kepada kerusi-kerusi lama itu, kami sudah mempunyai kerusi aluminium yang kukuh yang memudahkan kami untuk bersaing bersama-sama negara lain dalam sukan bole keranjang berkerusi roda"

Rodney Holt,

Yayasan BSF 

Ini merupakan permulaan yang baik dalam kerjasama kami dengan BSF. Melalui sokongan kami terhadap BSF dalam 3rd International Bali Para Games, kami berbesar hati untuk terus membantu para atlet BSF dalam pelbagai program lain.

Ikuti laman berita kami untuk mengetahui semua butiran dan lawati laman web rasmi BSF untuk mengubah kehidupan bersama OctaFX!

bali-sports-foundation charity csr

Pertandingan Sebenar Supercharged OctaFX! 7 Pusingan yang tinggal untuk ke peringkat akhir!

Pertandingan sebenar Supercharged OctaFX mengalukan lebih daripada satu pemenang untuk disenaraikan dalam senarai peserta peringkat akhir yang bersedia untuk mengambil risiko!
Baca lagi Previous

Pemenang Pusingan 28 Pertandingan demo mingguan cTrader diumumkan!

Pusingan baharu pertandingan demo mingguan cTrader yang berterusan telah berakhir dan sekarang kami akan mengumumkan nama para pemenang. Pedagang terbaik pusingan ini akan dianugerahkan dana hadiah berjumlah $400.
Baca lagi Next
Mula livechat