OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Berita Syarikat
Back

OctaFX memperkenalkan platform perdagangan baharu - cTrader!

Kami mahu pelanggan kami mengambil langkah ke arah standard baharu dalam perdagangan FX dengan OctaFX! Kami berbangga untuk mengumumkan penambahbaikan yang sangat penting – OctaFX melancarkan perdagangan dengan platform cTrader!

"Kami berbangga melakukan kemajuan ini dan membantu anda memperkaya pengalaman perdagangan anda!"

Pasukan Jabatan IT

Dibangunkan untuk perdagangan ECN, cTrader memberi capaian STP penuh kepada pasaran perdagangan mata wang. Anda boleh berdagang secara langsung dengan bank global yang terkemuka. Tiada gangguan pengantaraan meja urus niaga, memberi jaminan satu bidang perdagangan tahap baharu yang membantu anda mencapai matlamat anda. cTrader menyediakan kemasukan dan pelaksanaan yang terpantas, pesanan diisi hanya dalam beberapa milisaat.

Antara ciri paling inovatif yang akan anda temui menggunakan cTrader ialah:

  • Penentuan Harga Tahap II - memaparkan pilihan penuh harga boleh dilaksanakan terus daripada pembekal kecairan. Pesanan diisi dengan tempahan pesanan penuh menggunakan Harga Purata Berpemberat Volum (VWAP).
  • Perdagangan Carta Lanjutan – menggunakan carta sebagai alat perdagangan anda! Membuka dan menutup pesanan, serta mengubah suai kemasukan renti rugi (stop loss), ambil untung (take profit) dan pesanan had (limit order) dengan hanya menggunakan fungsi klik dan seret. Gunakan sepenuhnya fungsi Carta Tanda (Tick chart).Dengan kemajuan QuickTrade, perdagangan satu klik dan dwiklik boleh didapati dari bahagian atas setiap carta.  Anda juga boleh membuat Petikan Carta (ChartShot) dan mengongsinya dengan segera!
  • Berbilang Akaun – Berdagang dengan sebanyak mungkin akaun dan mata wang asas yang berbeza. Bertukar antara berbilang akaun demo dan akaun sebenar dengan dua klik menggunakan Bar Akaun.
  • Sesi Dagangan – cTrader sentiasa menunjukkan pasaran perdagangan (cth. London, Tokyo, New York) yang sedang berjalan – dipaparkan dengan jelas di bahagian bawah platform.
  • Templat – cTrader memudahkan anda mencipta dan menyimpan templat carta untuk digunakan dalam cTrader dan cAlgo pada masa depan.

Selain daripada cTrader dalam versi desktop dan aplikasi untuk iOS dan Android, terdapat juga:

cTrader WEB – cTrader dalam pelayar anda. Kini anda boleh menerima yang terbaik dalam perdagangan FX, dari mana-mana komputer yang mempunyai akses internet.

cAlgo – dibangunkan untuk perdagangan algoritma dan membolehkan anda membina cBot perdagangan dan penunjuk teknikal tersuai menggunakan C#. cTrader dan cAlgo disepadukan dan berfungsi dengan mudah bersama-sama untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang lancar antara perdagangan manual dan automatik.

Teruja untuk mengetahui lebih lanjut? Bandingkan platform perdagangan yang disediakan OctaFX di sini.

Cuba cTrader dan kekal terus bersama kami - kami menyediakan sesuatu yang besar untuk pengguna cTrader!

improvements

Jadual Perdagangan Hari pekerja AS

Bersempena Hari Kemerdekaan AS yang akan tiba pada 1 September ini, Bahagian Teknikal OctaFX ingin memaklumkan kepada anda bahawa jadual perdagangan bagi XAU/USD dan instrumen perdagangan XAG/USD akan berubah.
Baca lagi Previous

Tiga hadiah dianugerahkan – sambut Juara OctaFX untuk Pusingan 30!

Pusingan 30 pertandingan demo Juara OctaFX telah mengumpulkan lebih daripada 3500 peserta dan menyatukan mereka dalam satu tujuan yang sama – untuk memenangi hadiah-hadiah sempena sambutan Pusingan ke-30!
Baca lagi Next
Start livechat