Daftar masuk
Buka akaun
Buka akaun
Daftar masuk

Berita Syarikat

Back

OctaFX diiktiraf sebagai Broker STP Terbaik 2015 oleh World News Media!

Tahun 2015 kian berakhir dan ada sesuatu yang bakal diraikan di OctaFX!

Majalah European CEO yang diterbitkan oleh World News Media telah menganugerahkan gelaran Broker STP Terbaik 2015 kepada OctaFX.
Sememangnya kami amat berbesar hati untuk menerima pengiktirafan perkhidmatan yang begitu hebat terhadap perkhidmatan kami! Kami juga ingin menzahirkan rasa penghargaan kepada para pelanggan kami atas kepercayaan dan kesetiaan yang mereka tunjukkan dengan dagangan bersama kami! Kami mengambil ini sebagai satu tanggungjawab penting, dan OctaFX sememangnya gembira untuk memikulnya. Gelaran Broker STP Terbaik 2015 membuatkan kami lebih bersemangat untuk terus berusaha dengan lebih keras pada tahun 2016 demi memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada para pelanggan kami.

Majalah European CEO menyatakan bahawa OctaFX "harus diraikan atas kecanggihan teknologinya, serta melalui keunggulan pengetahuannya dalam industri forex di samping keupayaannya untuk memenuhi keperluan pelanggan yang kompleks". Kami sangat berbangga atas pengiktirafan yang setinggi ini.

Lebih lanjut mengenai European CEO dan World News Media: World News Media merupakan penerbit terkemuka dalam penghasilan majalah perniagaan dan kewangan yang berkualiti tinggi, termasuklah European CEO. Dengan mengenalpasti perkara yang perlu dibezakan antara yang terbaik dengan yang lain, Anugerah European CEO menawarkan maklumat dalaman mengenai arah tuju perniagaan dalam situasi di Eropah. Anugerah European CEO turut melihat kepada syarikat yang paling inovatif. Dengan mengambil kira strategi akaun, kelestarian, kebolehuntungan serta pelbagai faktor lain, Anugerah European CEO pada tahun ini hanya menyerlahkan entiti terbaik dalam pasaran perniagaan.

Baca mengenai anugerah European CEO 2015 di sini. Dapatkan isu terbaru majalah ini dalam versi digital di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan OctaFX dalam industri.

Berdaganglah dengan OctaFX - Broker STP Terbaik 2015!

awards

Jadual Dagangan Waktu Cuti Hari Natal dan Tahun Baru serta waktu operasi Sokongan Pelanggan

OctaFX ingin memaklumkan kepada anda mengenai perubahan terhadap waktu dagangan bagi semua instrumen semasa musim cuti Hari Natal dan Tahun Baru.
Baca lagi Previous

Undilah OctaFX dalam anugerah FX Empire 2015!

Kami amat berbangga untuk mengumumkan bahawa OctaFX telah dicalonkan untuk anugerah Broker Paling Inovatif dan Broker Antarabangsa Terbaik dalam Anugerah Broker Forex 2015 oleh FX Empire! Buktikan sokongan anda terhadap perkhidmatan kami dengan mengundi di sini!
Baca lagi Next
Mula livechat