OctaFX | OctaFX Forex Broker
Daftar masuk
Buka akaun
Berita Syarikat
Back

Pertandingan Sebenar Supercharged OctaFX! 7 Pusingan yang tinggal untuk ke peringkat akhir!

Pertandingan sebenar Supercharged OctaFX mengalukan lebih daripada satu pemenang untuk disenaraikan dalam senarai peserta peringkat akhir yang bersedia untuk mengambil risiko! Berikut merupakan petua untuk mendapatkan skor! 

En. Selim Shikder dari Bangladesh kini bersedia untuk berkongsi kisah kejayaannya dengan pedagang OctaFX:

Soalan: Apakah perasaan anda mengenai pertandingan sebenar Supercharged OctaFX?
Jawapan: Sebagai pedagang bulan ini dalam pertandingan Supercharged OctaFX, saya berasa amat gembira dan teruja! Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT serta pihak OctaFX yang telah menganjurkan pertandingan hebat ini. 

Soalan: Sejauh manakah penglibatan anda dalam pertandingan ini - adakah ia mengambil terlalu banyak masa anda?
Jawapan: Sebenarnya saya sentiasa melibatkan diri dengan berita Forex dan perubahan harga bagi pasangan matawang yang berlainan. Saya sedang mencari peluang untuk kemasukan yang sempurna. Dan sudah pastinya ia tidak mengganggu masa saya.

Soalan: Apakah faktor utama yang mendorong kejayaan anda? Mengapakah anda lebih baik daripada yang lain?
Jawapan: Faktor utama yang mendorong kejayaan saya ialah kesabaran untuk menunggu kemasukan terbaik. Apabila saya melihat kedudukan tersebut hanya tinggal 4 hari lagi sebelum tamat, dan saya dapati saya berada pada kedudukan teratas jadi saya yakin bahawa saya boleh memenangi pertandingan ini. Kemudian saya memutuskan untuk tidak mengalah dalam pertandingan ini! Itulah sebabnya mengapa saya menutup beberapa perintah yang rugi. Saya merancang untuk mengambil risiko pada hari terakhir pertandingan untuk menjadi pemenang.

Soalan: Apakah strategi anda? Adakah anda telah mencipta pelan terbaik ataupun telah mencuba pelbagai teknik untuk berjaya?
Jawapan: Sebenarnya saya melakukan dagangan berdasarkan trend pasaran. Itulah sebabnya log dagangan saya menunjukkan beberapa dengan jangka panjang dan juga scalping. Untuk memenangi pertandingan ini, saya cuba untuk mendapatkan lebih banyak pip dan juga keuntungan supaya saya boleh berada pada kedudukan teratas. 

Soalan: Apakah keuntungan yang paling bernilai buat anda? Pernahkah anda mengalami kerugian besar? 
Jawapan: Saya rasa keuntungan paling besar saya dapat ialah pada hari terakhir. Ya, saya pernah mengalami kerugian beberapa kali. Sebab saya rasa pedagang Forex perlu mengalami kerugian besar. Jika tidak mereka tidak akan belajar mengenai dagangan forex dan satu hari mereka akan kehilangan seluruh akaun jika mereka tak sanggup untuk mengalami kerugian. 

Soalan: Adakah anda merancang untuk memenangi sebuah Tesla?
Jawapan: Sudah pasti. Sasaran utama saya ialah untuk memenangi Tesla Model S. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memenangi pertandingan ini dengan melakukan keputusan dagangan yang terbaik pada masa yang paling sesuai. 

Soalan: Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada peserta lain dalam pertandingan sebenar Supercharged OctaFX?
Jawapan: Satu nasihat untuk semua pedagang: hanya patuhi dan ikuti trend pasaran. Kerana pasaran sentiasa betul. 

Peringkat akhir pun akan bermula tak lama lagi! Daftarlah dalam pertandingan sebenar Supercharged sekarang untuk bertanding bagi memenangi sebuah Tesla Model S dan pelbagai hadiah hebat yang lain!

octafx-supercharged promotions-and-contests success-story

Jadual dagangan OctaFX berubah disebabkan berakhirnya Waktu Musim Panas.

Pasukan OctaFX ingin memaklumkan kepada anda bahawa pada Waktu Musim Panas di Eropah akan berakhir pada hari Ahad, 25 Oktober.
Baca lagi Previous

OctaFX menyumbangkan peralatan kepada program Bola Keranjang Berkerusi Roda BSF!

OctaFX telah bekerjasama dengan Yayasan Sukan Bali (BSF) dengan menumpukan tentang cara untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan ahli sukan kurang upaya di Bali, Indonesia.
Baca lagi Next
Mula livechat